hai hampaaaa!!
after a few hours kitorang merayau. ni je yg kami beli. baru nak menikmati makanan yg beli tadi. hujan pun turun dengan lebatnya. hujan lebat yg tak boleh bawak bincang. bertempiaran larik sambil tatang makanan... tak feel langsung makan sambil berdiri. hahaha
selepas hujan reda..
ni kejadian limpahan manusia yg wujud. tadi hujan tadi mana manusia ni semua menyorok.
dua kali cukup!
lebih kang bejalan kentut2 bau telur.
saje nak sembang pasai Khlong Hae Floating Market. tempat ni jadi viral sebab salah satu tempat syurga makanan kat Hatyai. berpusu2 rakyat Malaysia datang ke sini macam pesta. 75% adalah pelancong dari Malaysia termasuk Melayu, China, India bersatu kat sini. tak jumpa pulak mat salleh berebut nak beli makanan pon. hakak rasa korang mesti pegi at least once untuk melihat budaya & kehidupan diorang macam mana. tapi sebelum nak terjah tempat ni simpan excited tu sikit. sebab nanti yg apa di viralkan tak sama. tengok makcik2 ni niaga atas sampan macam tu letih pun haderrrrr. yelaa nak ke kiri/kanan tak boleh.. duduk statik kat sampan tu diam2. lama2 boleh cram kaki. for me, ni diorang punya strategi untuk tarikan pelancong. tapi aku rasa macam leceh sikit nak beli makanan dengan kena pijak sikit tebing tu. takut tercelup kaki masuk sungai.
about food?
aku tak jumpa makanan yg betol2 rare untuk mentekedarah kecuali satu makanan ni. makanan yg best kat dimsum & seafood buffet. tu hakak recommends sangat-sangat pegi. ohh satu lagi! gerai yg kat atas ada vavi salai.. beware kot korang terpegang ingat itik salai.. sekali pegang vaviiii siak ngeehh ngeehh vavi sungguh bahahahahah
almost the time duduk dalam sampan macam ni.
duit & makanan hulur dalam basket macam ni.
yg dalam loyang otak2 kukus dalam buluh. yg sebelah tu air kelapa pandan. boleh pilih nak minum dalam buluh atau tembikar.
takoyaki biasheee-biasheee aje
fish flakes mana??
idea yg bagus letak dalam daun pisang macam ni. tapiiiiiiiii terdedah gitu susah juga nak pegang. daun pisang kat Hatyai ni senang jumpa ehh. sebab kebanyakan makanan letak dalam daun pisang. kat tempat kita jumpa daun pisang time beli nasi lemak. itu pun nasi lemak singgit satu.
otak2 bakar 25baht
telur puyuh goreng & sotong goreng tepung
telur puyuh goreng lagiii
udang & sotong goreng tepung
after a few hours kitorang merayau. ni je yg kami beli. baru nak menikmati makanan yg beli tadi. hujan pun turun dengan lebatnya. hujan lebat yg tak boleh bawak bincang. bertempiaran larik sambil tatang makanan... tak feel langsung makan sambil berdiri. hahaha
selepas hujan reda..
ni kejadian limpahan manusia yg wujud. tadi hujan tadi mana manusia ni semua menyorok.
aku cakap kat nana 'weh aku nak turun bawah beli telur puyuh goreng lagi, sedap pulak'
aku pun turun bawah menyusup2 kat orang ramai beli lagi sebekas.. 20baht satu
masa nak beli tu.. ada satu group bincang nak beli ke tak?
pastu aku datang terus cakap kat makcik tu 'nak satu' (cakap melayu depa faham)
ada sorang girl ni tanya sedap tak. aku pandang dia dengan duit kat tangan tapi macam teragak2 nak beli...
aku terus cakap 'sedapppp, saya dah makan DUA KALI'
ada brother kat belakang menyampuk 'DUA KALI KAK'
'yaaa dua kali'
girl & brother ni pun terus beli bahahaha.. nampak tak muka confident hakak yg suka kan telur ni of coz cakap sedappppp lah
aku tak tahu lahh ape yg suka sangat telur puyuh goreng ni.. sebab dia kan kecik2 comel macam tu sekali makan terus melting dalam mulut. suka sangatlahh sampai repeat dua kali. bahahaa.
dua kali cukup!
lebih kang bejalan kentut2 bau telur.
hakak memang sukakan telur separuh masak.. kadang kat rumah kalau tiber datang teringin nak makan, rebus buat sendiri. telo mentah I CANNOT telan.. tapi yg separuh masak hakak boleh belasah 3 biji..
percaya atau tidak aku dah belasah 14 biji telur puyuh goreng.. HAHAHAHAHAHA
atas telur tabur dengan lada sulah & sos perasa maggi tu. SEDAPPPPP!!
korang should try this!
makan sekali jatuh cinta wooooouuu
atas telur tabur dengan lada sulah & sos perasa maggi tu. SEDAPPPPP!!
korang should try this!
makan sekali jatuh cinta wooooouuu
berjoget2 telur puyuh duk dendiam dalam perut. hati gumbira dapat minum air kelapa pandan berstraw kan bunga orkid.. fuhhh background belakang tu mengemut manusia.. hakak tak kisah dah sebab dah jumpa makanan yg sedap kat sini. tak pernah terfikir pun nak buat telur puyuh goreng. biasa rebus masak sambal.
nampakkk!! sis dah pasang kekuda nak gerak balik.
balik dari Hatyai berat aku naik 3 kilo.. huwaaaaa nak bagi naik cukup senangggg.. nak turun sekilo belum tentu dapat. tapi ada hakak kisahhhhhh!! aku sejenis yg enjoy the food and untuk enjoy food, aku perlukan ketenangan. ada orang jenis yg tak kisah bab makan kalau pegi holiday. diorang lagi fokus untuk shopping. makan cincai2 pun takpe. memang sekali tu je la bejalan dengan group tu. macam aku tengok destinasi juga, kali ni memang nak jjcm. sebab sejenis kalau pegi mana2 fokus kat makan. pegi tempat orang kan, mestilah nak enjoy makanan kat tempat orang.
Pe2 pun gerak lu..pape roger!
Hahaha
-gee-
-gee-
7 Komentar untuk "Khlong Hae Floating Market, Hatyai"
tak pernah makan telur puyuh goreng. seronok tengok orang jalan jalan sambil makan makan. meriah gitu.
port makan ni kalau kat sana.. entah bila nak jejak sana..
bestnya tengok makanan je sepanjang-panjang tuh, memang menarik la telur puyuh gitu, cantik je kejadian telur kuningnya...
otak-otak tu menggoda nengoknya, puas makan 1 besar gitu..
singgah khamis
meriah makanan kt floating market ni, rambang mata..huhu..
kalau pergi tempat yang makanan halal senang cari memang melantak jelah. hehe
Perghhh 14 biji tu. Menari2 cik kolestrol dalam badan tu. Haha
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.