Hatyai food hunting | Zaina Dim Sum & Khlong Hae Seafood Buffet



Hatyai food hunting

Kembali lagi Hatyai food hunting - stay in mood masih misi yg sama 'food hunting'. hari ke-2 memasing bangun pagi muka fresh sebab nak melantak kejap lagi. semalam flat giler seharian penat bejalan plus gan tak mandinya.

pegi time public holiday almost semua tempat full. mula2 nak makan dim sum Chabura yg viral tu. sekali dapat info ada 3 van nak masuk tak lepas. pastu saje kekwat lalu depan kedai.. mengemut orang sampai keluar-keluar kedai macam ada funfair kat dalam tu. harapannnn tinggal harapan.. (yg ramai dalam tu pun orang Malaysia) 

Zaina Dim Sum

acara yg ditunggu2 nak makan dimsum. pagi tu breakfast dim sum kat Zaina Dim Sum. lokasi agak jauh sikit dari Chabura. tapi pe de hal, ada supir yg bawakkan.. kita duduk lex je dalam van janji sampai.

Hatyai food hunting

sila la baca nama kedai kalau paham. pegi Zaina Dim sum pun penuh..
pegi travel time macam ni kena lah pandai bawak diri. sorang pegi cop tempat, yg sorang pegi beratur amik makanan. gittewww.

kak cah cakap 'zie, ko amik banyak jenis, nanti boleh kita rasa semua'
bahek!! hakak pun menurut perintah

Hatyai food hunting

dah siap order, aku pun naik atas tunggu order sampai.
k.cah tanya 'zie, amik dimsum pe zie'
aku jawab 'ntah kak, sy amik semua yg nampak sedap.

tengah sembang2 order pun sampai. diorang hantar Dim sum berdulang2. letak ada. ada lagi.. ada lagii.. ehh banyak giler.

sekali datanggggg! 40 jenis dim sum atas meja. banyak gileeeee. macam risau boleh ke habis banyak2 ni. pastu dengan roti canai, nasi goreng, bubur uiiiih mang aiii mentekedarah ke hape ni
ahaha

DAN ini kejadiannya !!


Hatyai food hunting

gile tak gile kitorang melantak in 5 minutes gone! balas dendam semalam makan kat Floating Market tak puas.

harga reasonable..
satu bekas 20baht ikut jenis dimsum. kalau korang tak suka makan dim sum boleh order menu lain macam roti canai, nasi goreng seafood, bubur, nasi kerabu. Nak habaq korang should try bubur dia. cakap ni pun dah hangin macam nak pegi makan bubur sajerrr. SEDAPPPPPP hehh


Hatyai food hunting
semua tembolok boleh tahan macam tongkang. 
nak habaq dim sum dia sedap gilos. ni baru betol nak up.

Hatyai food hunting
yg nyonya ni game.. saje suruh duduk kerusi baby.. muat kou pungkoq. haha

Hatyai food hunting

Hatyai food hunting

Hatyai food hunting

total semua 860 baht
bahagi 7 orang dalam 122bt je.. convert duit kita dalam belas2 je seorang.
roti canai dia macam mahal sikit 30 baht. duit kita dalam rm4 lebih.

selepas beberapa minit..
ini yg tinggal...


Hatyai food hunting
licin terukk

Hatyai food hunting

Hatyai food hunting

perut dah kenyang.. baru boleh menari dengan GUMBIRA!!
puas hati dapat makan dimsum

next......

Naik feri

naik feri nak pegi Samila Beach. ni macam feri Pulau Pinang tu boleh hangkut motor/kereta/van. ada jalan darat & ada jalan air. tapi nak keluar nak rasa angin laut feeling macam titanic tu tak boleh. sebabnya pintu ke pintu kereta rapatttt giler. badan nipis macam model pun tak lepas. duduk saje dalam van tengok laut.

Hatyai food hunting

tengah tunggu que nak naik feri, datang budak2 jual pelam.. 
sian tengoknya.. dulu kita baya dia tengah ligat berlari kat padang main rounders.
ni kecik2 dah pandai cari duit untuk family
beli la 2-3 bungkus buat kunyah2 dalam van.

Hatyai food hunting
seketol lemon manis satu kali..
nak bergaya pakai speck mata hitam hajat tak sampai. rabun!! dapat pinjam shade k.cah pulun selfie 100 kali..

next..

Samila Beach, Songkhla


Hatyai food hunting

Hatyai food hunting

Sampai Samila Beach aku terus tuju coconut ice cream vanila yg dok kata famous tu.. satu 35baht. beli 3 100baht. free air kelapa.. topping coklat boleh letak sendiri. di sebabkan topping letak sendiri hakak tabur ikut sesukahati.

saja nak habaq.. ada orang jek hakak suruh rasa ais krim dia yg dok kata sedap giler tu. hakak rasa biasa je. takde la sedap giler. ais krim vanila letak dalam kelapa pastu boleh add kacang, carrot & kelapa parut.

buat basah tekak cuaca panas2 kat pantai makan ais krim sedap juga.
souvenir kat sini murah.. korang boleh borong souvenir banyak2.

next..

Klong Hae Halal Seafood Buffet

ni tempat yg paling hakak suggests.. wajib pegi. Seafood Buffet dia lain dari yg lain. sebab kitorang ni muka diorang macam jakun dapur bakar pakai arang. kat tempat kita pakai dapur litrik kan.

Hatyai food hunting
tema blue black & white.. geng kacamata isketambola 

Hatyai food hunting

Hatyai food hunting

Hatyai food hunting

Hatyai food hunting

ni ada cerita kelakar..
dah dapat tempat duduk.. dah amik semua seafood untuk main bakar2. pastu tertunggu2 mana benda alah nak bakar ni. datang brother ni bawak dapur tembaga dalam tu ada arang.

'abe, masak atas ni keeeer? sup tomyam mana?'
brader tu buat vodo je, ntah hape dia cakap thailand. (mengutuk aku ke hape)

diorang takde sup tomyam ke hape.. air masak je kasi. siap dengan seketol cerek atas meja.

kitorang pun main belasah main bakar2. sebab tiru meja sebelah aku pun amik udang, sotong, kepah.. grill kan. dalam beberapa minit terjongket udang aku. kejung!! kulit udang tu terbakar hitam2 macam bakar sate. nape udang ni keras? tak caya tengok gambar atas.. terdamporrrr udang hakak. kebetulan, meja sebelah kitorang tu orang local Thailand.. geng a.adam (tourist guide) diorang bantai gelak gilegile sambil ketuk meja. "bakpo bakar udang sampai hite" eh sukahati aku lahhh haha. padahal dah malu. pastu a.adam tunjuk cara makan bagi sedap. tapi sebelom tu kena bahan kou-kou laaaah.

kwang ajo kannn

Hatyai food hunting
3 orang belakang tu yg dok bahan kami.
di cakap 'amik gambar bokpo tapi makan tak sedap'
panas je telinga guwe dengar
kwanggggg jaqqqqq abe ni

Hatyai food hunting

meh nak share.. amik tips ni..
kalau korang datang kat Seafood Buffet ni buat2 cerdik sikit bahahaa. cara makan nak bagi sedap. udang yg fresh tu masukkan dalam sup yg sebesar longkang ni. agak dah separa masak grillkan pulak.. pastu nak makan. cicah dengan sos thai yg super duper sedap. sos diorang tak main la sos yg dalam botol tu. ni sos thai handmade sendiri. sos diorang ada banyak jenis. ada wana hijau, merah, hitam. lebih dari 3 jenis kot..

abe thailand tu cakap sebab letak udang dalam sup?
kat otak udang ni ada juice yg buat sup jadi sedap. tu kadang ada orang buat air rebusan udang untuk penambah perisa buat kuah mee udang, mee kari. kalau nak makan sup, amik sup tadi letak sos sikit. gaulkan.. ni macam mix & match kan makanan supaya lebih sedap. testing pun ye jugak.
tapi seriously!! memang sedap giler.. hokkkey

tak caya.. tengok gambar yg before..
memang betol aku bakar udang sampai kejung..nak cakap dah termalu..
please jangan malukan hakak dek..
bahahahaha

Hatyai food hunting

kesedapan diorang terletak kat sos dia. diorang takde marinate daging ke hape. dorang hidangkan seafood fresh. daging, udang, ikan, seafood semua fresh. paling favorite daging la. daging di potong slice, grillkan. nak makan cicah dengan sos .. perrrrrrrhhhhh terangkat pungkoqq bila makan.

aku tengok meja jiran semuaaaaa bakar udang.. terdamporrrr udang tu.

Hatyai food hunting

mekasih larrrr ajar kitorang makan buffet bagi sedap. baru rasa nikmat kesedapan SEAFOOD.
patutlaa ada yg aku baca kat blog ada yg makan tak sedap la. bagi air masak..
eh sebenarnya kita yg tak explore. bukan salah kedai..
ni hakak dah hajar makan bagi sedap.. sila la follow.

harga ??

289 baht dewasa
179 baht kanak-kanak
convert la sendiri in ringgit mesia.
bukak pukul 3pm

nak review sikit:

seafood dia banyak & fresh. kalau datang lewat. habisss. macam2 jenis seafood ada. udang, kepah, kerang, sotong, siput. ketam je takde. semua fresh belaka. air minum unlimited. ada berapa jenis air tak ingat. tapi banyak giler. air fanta pun ada. paling win ikan bakar dia (siakap/lagi tak ingat). ikan bakar dia takde buh rempah ke hape. just bakar letak garam kasar. tapi sedapppppppppppp hampun. makan cicah sos @ makan gitu sedap. terus nampak kaabah.

and tak lupa.. tandas bersih!


Khlong Hae Seafood Buffet
69/72 Lopburi Ramesuan Frontage Rd,
Khlong Hae Hatyai District
Songkhla 90110, Thailand

Next...

Lee Garden Night Market


selepas kekenyangan makan seafood malam jenjalan pegi Lee Garden Night market. Lee Garden ni macam pasar malam kat Jalan Tar tu. bukak hari jumaat, sabtu & ahad. ada juga food jalan yg sedap. ada la dua-tiga ekor vavi panggang. cengkerik, katak, ular takde pulang tersidai..

Hatyai food hunting

malam tu adik gan ziemah sambung jalan2 kat Lee Garden. kitorang yg tua2 ni decide nak balik hotel nak rest. tumit kaki sakit dah nih. adik cerita dia beli pancake pisang. brother yg jual pancake tu hensem. punya tak sedar banyak giler video brother tu dalam hp. start dari dia dari tabur pisang sampai ke bayar. di puji-puji hensem.. hensem.. sambil makan pun cakap hensem. pastu aku tanya satu soalan je 'islam tak'
terdiam budak dua-dua orang tu 
dengan yakin & tawaduq nya terus jawab ehhh 'ISLAMMMMM'
bahahahahahahhahah

nak suggests kalau korang cari hotel yg strategik. boleh stay kat Lee Garden Hotel Plaza. keluar hotel bawah tu pasar Lee Garden. Hari tu nak stay kat situ tapi dah full book.

Day 3


plan nak repeat makan Dim Sum. tapi baht tinggal cukup2 untuk breakfast.
breakfast dekat area hotel pastu morning walk area hotel. sebab kejap lagi nak gerak balik.

Morning walk


Hatyai food hunting
felling kat Shibuya Crossing.. heheheh

Hatyai food hunting
back to normal life. membibik, menyinga, mendobi, mencuci fuhhhhh.. wonderful mommy. ni kat Padang Besar tengah tunggu train. 

pesanan: so next, kalau korang rasa tujuan datang untuk food hunting.. tempat makan yg suggests mesti pegi dim sum, Klong Hae Buffet Seafood, Floating Market.. Lee Garden pun ok ada gerai makanan yg sedap. tapi make sure cari yg halal. Samila Beach pun harus pegi, souvenir dia murah. murah dari tempat lain. tapi tak banyak pilihan macam kat Asean Nights Bazaar. ais krim coconut vanila dia biasa je. nak rasa buat basah tekak ok sangat. 



My Hatyai trip :

:: Trip murah ke Hatyai
:: Makanan Halal Food Hunting | itinenary 3h2m


6 Komentar untuk "Hatyai food hunting | Zaina Dim Sum & Khlong Hae Seafood Buffet"

tgh puasa tgk gmbr makanan ni..laparrrrrrr...meriah btul dimsum bersusun2 tu..5 minit je gone..hebat btul...seafood buffet tu yummyyy

perrkkkh penuh meja dengan dimsum, walaupun nampak banyak tapi isi sikit2 je apalah sangat kongsi ramai2 kan... murah2 ye makanan seafood kat sana, geram nengok korang punya food hunting nih, terus lapar je perut ni rasanya

akak hari tu makan dimsum kat chabura dimsum. 100 lebih dimsum kitaorang ambik. kat sana memang meriah dengan dimsum sekarang eh.

Hatyai surga makanan.. kami plan nak ke sana asyik tertangguh je..

puas la makan dimsum . Bestkan dapat pergi holiday dengan kawan-kawan . Saya pun dah achieve target nak holiday dengan kawan-kawan ke bandung tahun lepas sebelum salah seorang dari kami kahwin .

comelnya pakai baju sedondon! Sampai hati abe tok ngajor, sib baik zie kreatif

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top