sawadikap.. masuk pintu keluaq kot tingkappp!!
next..
next.....
Lokasi ??
tak dapat nak explain details. nak translate pun tak paham tulisan thai tu.
search la sendiri yeee. ada board atas kepala tu
next...
next...
next..
balik hotel naik tuk tuk 20 baht sorang.
next kita Sambung day 2. acara yg ditunggu2 makan Dim Sum & Seafood buffet.. yum yummy
so, kat sini hakak ringkas kan itinerary Day 1 buat korang yg plan nak pegi Hatyai untuk Food Hunting. mana yg korang rasa tak perlu pegi boleh skip.. pilih yg best-best
Day 1
:: 7:00 am Breakfast
:: 8:00 am Cable Car Hatyai City
:: 8:30 am Chang Puak Camp (Elephant)
:: 10:00 am BigBee Garden (tak payah pegi pun tak pe)
:: 11:00 am Makan tengahari kat Halal Food
:: 12:30 pm Masjid Songkhla (amik gambar)
:: 1:30 pm Tha Kham Station
:: 2:30 pm Check-in Hotel
:: 3:30 pm Floating Market
:: 7:00 pm Asean Ninght Bazaar
:: 9:00 pm Balik Hotel (Red Planet Hotel)
:: Food Hunting | Makan Dimsum & Khlong Hae Seafood Buffet
:: Khlong Hae Floating Market
awal bismillah dah mention plan pegi HatYai nak mencekik makanan halal. haruslah tujuan utama pada makanan Thai yg terkenal dengan kesedapan dia. food hunting kali ni takde la bajet sangat. sebabnya aku ada cerita trip ajet-ajet diva tapi bajet ciput entry yg lepas.. nahh nak share dengan uolls itinerary 3h2m di Hatyai yg tak seberapa ni.
Day 1
naik ets dari KL - Padang Besar sampai di sempadan subuh. solat subuh kat terminal Padang Besar mencabar betol. tempat kecik sumbat ramai2 dalam tu dah macam sardin.. susah macam mana pun solat tu wajib. solat la cemana pun biar perjalanan kita tu berkat. urusan kat imegresen smooth. masuk sempadan pagi takde sesak sangat, bila dah tengahari berbus-bus masuk Thailand.
Cable Car Hatyai city
pagi tu breakfast makan nasi berlauk, lalu dengan tak lalu je nak telan.. pagi sangat melantak nasi. after breakfast tak tahu nak terjah mana dulu. first place pegi Cable Car Hatyai City. tempat dia atas bukit tapi tak sejuk.. kitorang saje jalan2 tengok view.. sebelah Cable Car ada tokong besar.
nak gi mana tu mak cikkkkk ???
cer teka? mana satu si tua & si bangka..
geng kacamata isketambola..
kat bawah tu ada banyak pokok juntai macam ni. buah ni tak boleh makan tapi buat ubat. uniknya sebab dia tumbuh juntai2 macam ni & aku tak pernah jumpa pokok ni.. Pokok ni nama Cannon Ball Tree adik-beradik dengan Dragon Ball
Chang Puak Camp (Elephant)
Chang Puak Camp ni tempat tengok gajah. gajah kat Malaysia pun tak tertengok. ni kan pula datang Hatyai tengok gajah. Gajah Hatyai lain kot naa.. selain gajah ada white lion, monyet, kambing biri2. nak begambar gan depa kena bayar. kemahen jaga standard haiwan2 kat sini.
tak tahu pulak adik gan ziemah ni pecinta haiwan.
sampai kat Chang Puak Camp naik sheh diorang, kejap begambar dengan monyet, kang dengan white lion. gajah je tak naik. syok monyet jantan ni dok atas riba anak dara. pantang orang tala kamera terus silang kaki. aku perghati je mata monyet ni, dia pakai eyeshadow kaler biru laaa bahahaha, lipstik tak pakai pula dia. akak pun tak pakai eyeshadow nyet. skirt cantik dah kaler pink, tapi perangai biar sopan sikit nyet.. kejap2 dia angkat skirt dia garu montot. ceitttttt
nasib ziemah ni pakai tudung kalau tak dah cari kutu kat kepala ziemah.
nak begambar dengan yoyet ni kena bayar 100b.
sampai kat Chang Puak Camp naik sheh diorang, kejap begambar dengan monyet, kang dengan white lion. gajah je tak naik. syok monyet jantan ni dok atas riba anak dara. pantang orang tala kamera terus silang kaki. aku perghati je mata monyet ni, dia pakai eyeshadow kaler biru laaa bahahaha, lipstik tak pakai pula dia. akak pun tak pakai eyeshadow nyet. skirt cantik dah kaler pink, tapi perangai biar sopan sikit nyet.. kejap2 dia angkat skirt dia garu montot. ceitttttt
nasib ziemah ni pakai tudung kalau tak dah cari kutu kat kepala ziemah.
nak begambar dengan yoyet ni kena bayar 100b.
comel white lion ni macam pusy cat. sekali dia berdiri.. mang aiii besar kouuuuu !!
korang main lah dengan 'geng' korang. hakak makan ice crem. yg kelakarnya a.Zack baca tulisan kat ice cream tu bunyi bahasa Thai 'banana ice cream'.. laju2 aku gan k.cah beli.. sekali bukan ice cream banana.. ice cream vanila.. bahahahah.. tapi takpe sedap je pun. layan makan ice cream berteman gajah-gajah.
next..
BigBee Garden
saje jalan2 membunuh masa. kalau korang berminat nak rasa madu Thailand boleh la datang ke BigBee Garden. saje nengok lebah thai rupa cemana pulak kan. selain madu, ada jual ice cream madu.. ice cream dia letak sarang madu. sedap gak la rasa serat2 madu lebah.
harga tak ingat berapa baht
limau bali ni teringat kat abah. abah suka makan limau bali. abah kalau kopek buah limau bali kitorang berebut nak kulit dia. sebab boleh main buat helmet..
next.....
lunch Halal Seafood
kitorang makan tengahari kat kedai Halal Food.. tempat memang cantik tapi bila tengahari bahang laut naik, mata tu makin lama makin mengecik nak terlelap pun hader. nak ke tempat Halal Food macam jauh sikit sebab musing ikut jalan jauh.. jalan dekat ada sajer ikut jalan jauh.. kattttaaaa jalan2 makan angin. sempat juga seround kutu karok dalam van. kitorang makan taknak kenyang sangat sebab nanti petang nak melantak kat Floating Market.
muka-muka tak mandi
nak sampai ke hujung kena meniti jambatan kecik macam ni.. yg dalam khemah kecik2 tu pun tempat makan juga. boleh pilih nak makan kat dalam pondok atau pankin hujung laut sana.. dah meniti separuh jalan, terus kepala tu rasa pening nak muntah.. hakak ni kan ada penyakit mabuk todi. konon parking tepi buat2 tengok ikan. tapi sebenarnya nak terbelahak bahahahahaha. tapi hakak berjaya control cun ehh. sampai juga ke hujung dengan jayanya tanpa mengeluarkan apa2.
sape punya idea buat tempat makan macam ni. cantik memang cantik. nak balik ke darat satu hal. dah makan kenyang sambil jalan kang ada yg drive true kat laut yg dah makan tadi..bahahahah
mabuk todi!!
us.. makan-makan
order tomyam, sotong masak telur asin & kerabu mangga.. sotong masak telur asin tak urmm sangat.. dia masak basah.
akak yg miong boleh cover cun tuhhhhh
Lokasi ??
tak dapat nak explain details. nak translate pun tak paham tulisan thai tu.
search la sendiri yeee. ada board atas kepala tu
next...
Masjid Songkhla Thailand
sebab masjid ni paling dekat Malaysia. ramai lah orang mesia menikah kat sini. kitorang datang bukan bawak sape2 untuk nikahkan, saje melawat kawasan. Masjid dia macam taj mahal. tak solat pun kat sini. sebab planing nak checkin hotel dulu. mandi & solat.. rimas dah dari semalam tak mandi. bau usah cakap la.. tetap wangiii walaupun tak mandi..
anak dara yg bujang dua orang tu dahhh kenapaaaaa doa macam orang lelaki.. siap silang kaki.
yg Nana 'gie.. mintak doa ko sikit' bahahahahahaha
yg Nana 'gie.. mintak doa ko sikit' bahahahahahaha
next...
Tha Kham Station
Tha Kham Station ni tempat baru bukak dalam 2 bulan gitu. ala2 macam cafe di tengah bendang. tapi tak bendang sangat sebab sawah dia segan tumbuh mati tak mahu. banyak sudut boleh selfie. Tempat ni lepak-lepak minum kopi.
pondok yg belakang tu pun tempat lepak juga.. tapi malas nak ke sana.. cuaca panas sangat
geng kacamata lagik...
cafe dia ada air jual air macam ni 60baht aje.. dalam ringgit kita tak sampai 10 hingget.
susahnya nak communicate dengan adik-adik jual air.. tak berapa faham..
ni air Hazelnut cream
Khlong Hae Floating Market
dah petang2 sikit boleh la pegi Khlong Hae Floating Market. bukak pukul 3pm-9pm. boleh la tengok makcik-makcik jual makanan tepi sungai (atas boat) hari tu pegi takde la feeling gile2 nak makan semua food dia. suka tengok budaya dia, pakaian dia, cara hidup diorang.. tengok makcik-makcik ni niaga. jenuhhhhh laaaaa sakit pinggang duduk lama-lama atas bot boleh cram kaki.
yg dalam buluh tu otak-otak..
ni takoyaki yg jek kata sedap giler tu.. biashe-biasheee je hokkey!
fish flakes mana??
fish flakes mana??
paling favorite telur puyuh goreng.. 20baht satu bekas
selepas beberapa minit shopping.. ini hasilnya.
baru nak melabuhkan punggung.. baru dapat menikmati takoyaki seketol. tiba2 hujan turun dengan lebatnya... orang lain semua dah bertempiaran lari cari bumbung.. kitorang ingat hujan main-main kejap lagi berhenti lah. selamber duduk makan dalam hujan konon-konon anggap salji. TAPI!! makin dibiar makin lebat pulak.. terpaksa bangun cari tempat berteduh.
makan la kitorang dalam berdiri.
tak feel langsung !! hahahah
tengok! mengemut orang kat belakang tu. lepas hujan berhenti makin ramai manusia. mana datangnya yg tadi time hujan semua menyorok. kat sini 75% pelancong adalah rakyat Malaysia. Melayu, China, India semua bersatu kat sini. tak jumpa pulak mat salleh berebut nak beli makanan kat sampan ni lah.
next..
Asean Nights Bazaar
Asean nights Bazaar ni macam down town la. dulu tempat ni takde bumbung. pastu upgrade kan ada bumbung. nak shopping souvenir boleh la tapi kat Samila Beach lagi murah. tapi tak semua souvenir ada kat Samila. kat tingkat atas tempat makan-makan. tapi kitorang nak makan pun.. sebab mata ni fikir nak membuta.balik hotel naik tuk tuk 20 baht sorang.
Day 1 je dah pulun habesss. sampai hotel dah flat giler. cuma budak duorang tu (adik & ziemah) yg tak reti penat. malam tu depa sambung jalan pegi Lee Garden sampai jahanam sandal aku dikerjakan. aku dah membuta mimpi sampai Sapporo main salji.
next kita Sambung day 2. acara yg ditunggu2 makan Dim Sum & Seafood buffet.. yum yummy
so, kat sini hakak ringkas kan itinerary Day 1 buat korang yg plan nak pegi Hatyai untuk Food Hunting. mana yg korang rasa tak perlu pegi boleh skip.. pilih yg best-best
Day 1
:: 7:00 am Breakfast
:: 8:00 am Cable Car Hatyai City
:: 8:30 am Chang Puak Camp (Elephant)
:: 10:00 am BigBee Garden (tak payah pegi pun tak pe)
:: 11:00 am Makan tengahari kat Halal Food
:: 12:30 pm Masjid Songkhla (amik gambar)
:: 1:30 pm Tha Kham Station
:: 2:30 pm Check-in Hotel
:: 3:30 pm Floating Market
:: 7:00 pm Asean Ninght Bazaar
:: 9:00 pm Balik Hotel (Red Planet Hotel)
My Hatyai trip 2019
:: Ke Hatyai kita!! Trip murah ke Hatyai:: Food Hunting | Makan Dimsum & Khlong Hae Seafood Buffet
:: Khlong Hae Floating Market
5 Komentar untuk "Makanan Halal 'Food Hunting' di HatYai | itinerary 3h2m"
ya ampun, banyakkkkkkk nya gambar makan terliur nengok dik oi
sedapnya nengok limau bali tuh, cantik je kejadian nya...
pokok cannonball tu rasanya pernah nampak kat sabah pun ada jugak
meriah mkn2 die especially kt floating market tu..tp rmi giler la org tu
Beraninya bergambar ngan white lion. Tapi pose depan masjid tu tak boleh blah
seafood halal utk day 1 tu dekat mana??
lokasi tak dapat dikesan.. hampunn. hahahah.. tp ada update letak gambar lebel kedai..
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.