Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Jepun Mari | 13 June 2019,09:30 |
Mat Ri Ya.. af hir tin. berbulu tak hakak jadi dak-dak wichat..

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!
kan sedap sebut betul2.. ni sebut hujung-hujung ghase nak hantuk palee..
Dah start keje ke semua?
ada yg stuck jem 10-14 jam tak boleh bayangkan caner. kematu punggok. itu belum plus nak makan, berak, kencing. nasib la kampung aku tak redah barat, timur. sipi2 utara pun still boleh cilok ikut jalan dalam.

Tahun ni cipta sejarah, seminggu sebelum raya aku dah balik Sungkai.
aku ok je balik umah mil. kadang bilik air pun aku cuci, dah kita nak pakai kita la basuh.. nanti setiap petang pegi bazar kat pekan Sungkai cari kuih sedap2. kuih diorang besar tapak tangan baru 50sen. gila tak gila aku membeli. sedap pulak tu. 

tahun ni cik abam kitew ikut giliran cuti before raya, berkobar2 amir nak balik kampung siap borong mercun macam boleh buat mandi. sape yg tengok ig story aku, macam tu la amir kat kampong. puas lenjan moto rxjek dia. ada ke ajak jalan raya naik moto rxz dia tuh. tak melentik pungkoq aku nanti. terbeliak habes pak haji kampung gagahaaha. Budak-budak pun suka balik kampung. sepupu dia ramai yg baya2 diorang. sampai-sampai kampung turun kereta berdesupppppppppp hilang main ke tanah. Nanti aku jerit je Ajiddddddddddddddd.. Finaaaaaaaaaaa.. asal diorang menyahut, kira OK! kitorang laki bini duduk dalam rumah macam pengantin baru. berkepit memanjang. nasib masa tu puasa kalau tak aku dah tido atas perut amir kahhhhh kahhhhhh.

firstly, nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin untuk semua pembaca blog 'jepun mari' kot-kot ada yg tergurau kasar, terguris hati dengan penulisan hakak ni.. maaf hokey. kosong-kosong!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sawah bendang Sabak Bernam

Memandangkan dah seminggu aku duduk Sungkai, hari raya pertama tengahari sikit kitorang gerak ke Sabak Bernam. Bagi budak2 puas beraya kat Sungkai dulu. Amir cakap kat Sungkai raya diorang. diorang jalan beraya sendiri (sebijik macam aku kecik2 dulu) kat Sabak raya kita pulak, diorang ikut kita pulak beraya umah sedara.

Rumah nenek betul2 depan bendang. Dah petang2 sikit photoshoot kat bendang. Nasib cuaca tak menterik sangat. Kalau time tengahari panas tu, ghase nak baring atas ice batu. tau-tau lah rumah tepi bendang cemana. bahang dia lain macaiammm. nampak nice je picture berlatar belakang kan bendang. TAPI!! hakikatnya terkangkang-tersiat hakak mengangkat kain nak memanjat atas palong  air. keje gilaaaaaaaa..  

tapi .. hasilnya.. fuhhhhh lega.. cantikkkkkkkkkkkkkk
tak sia-sia haku tarik kain sampai ke betis wakakaawakakaaa #initipu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

ucu sorang pakai pakai baju warna lain  terus up jadi ketua marhaban.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

masa kitorang naik atas palong ini, ucu bising2 kat bawah cakap jangan naik ramai-ramai nanti patah.. issshh tak amik hati betol.. kami-kami ni bukan berat mana pun. tak lama tu orang yg bising2 tak bagi naik tu tiber2 jeeee mintak tolak montot nak memanjat jugak.. pastu kitorang semuaaaa turun takut patah.. bahahahaha

mana yg tak kenal, benda putih macam paip tu adalah 'palong'. tempat salurkan air dari parit ke sawah. tah ke berapa ratus kali turun naik panjat palong ni. kalau sorang dah naik.. kang terpegang orang lain. SEMUA jatuh.. spoil betol!!

risau telentang ke belakang je kang!!

psssssttt... semua ni anak-anak dara lagi tau. ehhhhhhhhhhhh!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

anak dara aku ni memang pantang kalau mak dia posing sorang.. merajuk tak tentu pasal tetiber. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
kiri : ucu, fina, siti, adek, mira

Selamat Hari Raya Aidilfitri
bajet cun.. fedulik!! seketol lemon manis - 1.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
tengok la! 
mana-mana ada aku, ada Fina. ucu risau je aku memanjat atas ni dengan tumit tinggi.. tak pasal-pasal balik rumah bawak selut kah kahh

Raya in Songket

Hari raya ke-2.. tema songket. 
Ingat tak aku pernah cerita beli borong kain songket kat Jalan Tar kat sini 
terus up jadi baju raya. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
hakak with songket. seketol lemon manis - 2.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
rumah first, beraya rumah nenek Jaro kat Sg. Panjang. nenek Jaro ni adik beradik dengan nenek. rapat jugak la. setiap tahun mesti datang sini sebab ada laksa. senang nak ingat trademark 'rumah nenek laksa' wakakaa

Selamat Hari Raya Aidilfitri

raya ke-2, abah taknak pakai baju melayu. abah nak pakai kemeja. panas raya2 ni. yg hujung sikecik tu Umar mentayang 'mak long'.. cayangggggg ia tu. tak banyak ragam, senang bawak jalan. tido malam pun tak melalak. pasni boleh jalan jauh sebab umar 'good boy'
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kiri : adek, cik ana, izati kaput, nani, fina, ucu, siti, cik ani, mira

Selamat Hari Raya Aidilfitri
mentayam mama ni.. bab melawa bagi kat dia. pantang kalau aku melawa sikit, dia pun nak jugak.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

next: raya rumah atok tori (arwah)
tahun lepas atok tori ada lagi, tahun ni takde (alfatihah). rasa sedih, sayu. anak cucu ni yg penyambung warisan. macam kitorang ni kalau tak datang berkunjung rumah makcik2 sedara ni, memang tak kenal sedara. padahal ni keluarga belah mak. sebab rapat sampai sekarang wajib datang walaupun orang tua yang atas2 ni takde.

tak lama tu dapat berita cik azie (menantu atok tori) 'pergi' secara tiba-tiba. petang raya tu elok bersembang, becakap, bejalan, sihat walafiat.. otw nak balik KL dalam kereta dah takde. macam orang tido. masa petang raya tu memang ada batuk sikit. tapi takde teruk. cuma malam tu cik azie mengadu dada dia sakit. Sungguh janji Allah 'pasti' tentang kematian. Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan para solihin dan diterima segala amal kebajikan.

anak & suami lagi tak dapat terima, balik kampung sama2, beraya sama2, pergi jalan raya sama2, malam dah takde. sob .. sob..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
ni sambal tahun jawa.
setiap tahun ni lah menu wajib kat rumah atok Tori. favorite arwah mak ni. selama ni aku tak pernah makan. tapi tahun ni tergerak hati nak makan.. sekali SEDAP. sambal tahun ni boleh tahan bertahun-tahun. sebab tu nama dia sambal tahun. kalau simpan lagi lama lagi sedap. proses buatnya pun rumit, orang yg ada kesabaran tinggi je boleh sediakan juadah ni.. kulit lembu tu bakar lama, pakai arang, pastu kikis pulak, rebus pun lama..

ucu cakap. orang dulu2 sambal tahun jawa ni lah makanan yg terpaling sedap. kalau arwah atok tu masak, diorang punya suka macam tak makan setahun. dulu-dulu kan susah, time hari raya je dapat makan sedap-sedap. orang dulu2 setiap inci part lembu tu semua boleh makan. lidah, mata, otak.. sekarang kalau sebut lidah lembu aku dah kembang tekak.

Raya ke-3. balik Negeri Sembilan
pergi rumah mak lang kat Serting Felda Raja Alias 3, rumah betul2 depan MRSM Jempol

Selamat Hari Raya Aidilfitri

ada yg dm baju beli kat mana? kang aku bagi tahu menyesal..
baju murah-murah je wak.. aku rasa paling mahal pun baju poplook. itu pun nak beli sehelai berkira nak mamposss hahahah..
baju ni beli kat TS . times square jeeeeeeeeeeeee.. sepasang 60 hingget, kain pun sedap, siap ada lining, tak panas, tak jarang.. janji tutup pungkoq.. lulus sirim..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

makan kat rumah mak lang.. tak tahu nak habaq cemana.. tahap sedap tu aku boleh tambah nasi 3x.. lauk simple je, ikan goreng tenggiri, ikan masin lemak kuning gan sayur petola. tapiiiiiiiiiiiiiiii aura tangan nenek2 tu masak lain maciam...macam kena sampuk. mangkali kitorang rindukan 'mak' yes.. rindu masakan mak. rindu nak makan masakan mak. sedih kan! kami yg takde mak ni.. raya2 pun masak sendiri. semua buat sendiri, kuih raya, masak ntah cemana main tibai je janji masak. ntah ghase pe? tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii rasa memang sedap la... berani cakap tak sedap, berpeluh keti seharian kat dapur. sebijik macam iklan raya yg masak rendang daging hijau tu. 'rendang Soraya'

 korang yg ada mak ni.. belai mak korang puas2.. cedok resepi dia masak cemana. esok-esok kita pulak kena masak untuk dia. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
seketol lemon manis - 3
aka SITI..

cukup tiga, kang 4,5,6,7,8 korang muntah pulak..
setakat ini dulu Siti menceceh.. minggu ni jalan raya lagi..
tahun ni takde semeriah mana. tahun lepas jumpa 'ada'.. tahun ni jumpa 'dah takde'
bab persiapan, semua bersederhana. aku pakai baju tahun2 dulu pun takpeeeeeeee
dulukan makan pakai untuk anak-anak.. diorang memang puas beraya kat kampong. aku memang lepaskan diorang main. takde nak sekat-sekat. aku memang bagi diorang rasa betul2 'suasana kampung' tapi still in monitoring laaaa..
tahun ni Ajid dah pandai kira duit raya.. mana yg dapat kat dia semuaaaaaaaaaaaa dia simpan.. siap kira total berapa.
kalau dapat kat mak dia, aku sorok.. kang dapat semua kat dia habessssss dia mengaku semua duit dia.. duit raya Fina pun dia claim duit dia.. caner tu??

k.bye..
sambung nanti




Tag : Hari Raya
11 Komen untuk "Selamat Hari Raya Aidilfitri "

Selamat Hari Raya dear..
Maaf zahir batin...

Sama kampung Suami Sis di Sabak Bernam, di Sepintas dan juga Bagan Terap hehehe

selamat hari raya...cantik2 gambar tepi sawah tu. Saya dah 12 tahun masak sendiri takde mak dah sedih sangat hari raya tanpa mak dan ayah tapi itulah kan semua tu tak dapat nak dielakkan

salam aidilfitri...jrg2 menantu blk awal umh mertua ..menantu kesayangan ni hehe...seronok kampung posing2 kt sawah padi...kita 2thn dh raya kl so tkde la hadap jammed hehe

SIS LIN : ehh yeke.. gambo kat bendang ni kat Bagan Terap la.. kat sepintas pun ada sedara, rumah nenek jaro buat kerepek tu.. tah-tah kita sedara kot hehehehe..

ANUM : selamat hari raya jg

AMY : kot-kot dapat tanah serelung ke hahaha

ARYAN : sedih kan.. walau apa pun ni mengajar kita erti kehidupan.. sedih tetap sedih.. hidup kena teruskan. semoga kita lebih tabah.. sob sobbb sob

Meriahnya raya dia sakan bergambar hehehe...
Selamat hari raya juga serta mahan zahir dan batin.

ohhh..kampung di Sabak Bernam. Dekat dah dengan kampung saya di Bagan Datuk. Ya ampun sedapnya sambal taun tuh. Rare sambal ni..hanya di perkampungan orang Jawa saja yang ada. Terliurrr terus bila teringat..hahah!

nany : tak jauh dah Bagan Datoh dari sabak bernam.. sempadan je kita ni..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top