Rempah Ratus Mak Siti merentasi generasi



Assalamualaikum korang!

Raya-raya ni mesti membizi masak rendang bermacam jenis kan.. ada tu tak reti nak makan yang mana satu dulu. Raya-raya memang sesuai sangat la masak dengan rempah ratus Mak Siti. Produk yang wajib ada dalam dapur ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga bahan pengawet.

Rempah Ratus Mak Siti merentasi generasi

Kemunculan resepi rempah ratus turun termurun asli ini sebenarnya ada jalan cerita pahit dan manis. Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarga 

Rempah Ratus Mak Siti merentasi generasi

Rempah Ratus Mak Siti merentasi generasi

'Mak Siti' merentasi generasi

Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan keluarga. Berkat usaha dan pemasaran di buat di kampung-kampung dan bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali. 

40 tahun berada di pasaran. kini rempah ratus Mak Siti sangat terkenal di Johor Bahru. Namun, bukan mudah untuk meneruskan legasi perniagaan rempah ratus lebih-lebih lagi Siti Khawa Jannah Nasuha, 38, terpaksa bergelut dengan persaingan sengit jenama rempah ratus lama dan baharu

"Berniaga bukan mudah kerana ia memerlukan bajar, kesungguhan dan yang paling penting perlu ada ilmu. Elemen lain adalah keikhlasan dalam melakasanakan tanggungjawab. Tidak berhenti menambah ilmu serta cekal ketika berdepan pelbagai cabaran"

Rempah Ratus Mak Siti merentasi generasi

Disebalik kejayaan 'Mak Siti'


Pada awalnya, Puan Siti Khawa tertekan dengan harapan yang dipikul untuk memajukan perniagaan keluarga sedangkan dia tidak mempunyai pengalaman. Selepas menamatkan pengajian, dia terjun dalam dunia perniagaan keluarga dengan keadaan pasaran Mak Siti yang tidak menentu. Berlaku penyelewengan dalam kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak yakin dengan kemampuanannya. Berkat doa dan usaha, Siti Khawa mula memperbaiki pengurusan perniagaan dan dia berjaya bangkit untuk memastikan jenama rempah ratus Mak Siti terus mendapat tempat di hati pengguna.

Mengimbau permulaan jenama Mak Siti, legasi ini merupakan usaha bapanya Nasuha Kasian dan ibunya Siti Hajir Salleh. Tonggak utama Puan Siti Khawa semestilah ibu dan bapanya. Ibu dan bapanya adalah seorang yang kuat bekerja dan berusaha untuk memperbaiki kehidupan, kerana mereka bukan berasal dari keluarga yang berada. Lebih 35 tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah)

Pernah suatu ketika ibu bapanya di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu bekerja di sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga 'rempah sahaja'. Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran. Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi lebih berjaya. 

Rempah Ratus Mak Siti merentasi generasi
BERSAMA ibu tercinta Siti Hajir Salleh, 66


Memperluaskan jenama Mak Siti


Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat. Cabaran yang besar dan semangat yang kuat ada dalam diri mereka. pada tahun 2000 keluarganya mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor untuk memperluaskan jenama rempah ratus Mak Siti.  Ladang dan kilang ini terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh Johor merangkumi seluas 3,200 ekar. Di ladang ini pelbagai aktiviti di jalankan termasuk perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalah pengedaran rempah ratus. Ladang ini pernah dinobatkan sebagai 'Malaysian Guiness Book of Record 2014' sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir 6,000 spesis rempah ratus.

Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarian. Produk utama adalah serbuk rempah kari daging, serbuk rempah kari ikan, serbuk rempah sup, serbuk rempah sup soto, serbuk rempah rendang, sup tulang, sup bunjut, sup soto, dan raja sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada terdapat di kedai-kedai runcit, pasaraya  dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, Mydin, Eco, dan St Rosyam Mart)


Rempah Ratus Mak Siti merentasi generasi

Perancangan untuk tahun 2019

Memperluaskan lagi jenama Mak Siti ke seluruh negeri dan luar negara. juga memperkenalkan produk Mak Siti kini tedapat di dalam botol setaraf dengan antarabangsa.

Pelbagai resepi boleh di hasilkan dengan menggunakan rempah Mak Siti.. boleh tengok ig Mak Siti kat bawah ni. 

Rempah Ratus Mak Siti merentasi generasi

Maklumat lanjut boleh tengok sini : 


Whatsapp : 017-330 9330



Tag : Gaya Hidup
3 Komentar untuk "Rempah Ratus Mak Siti merentasi generasi "

Dari kecil-kecilan kini dikenali ramai..

Rempah Mak Siti ni kalau rempah sop dia sedap dan juga rempak masak kicap tu..Sis memang selalu beli 2 rempah ni...

Terbaik lah Mak Siti. Terus rasa nak nyanyi lagu blues gang tu. Hehe.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top