1st masuk pertandingan Beyblade



ayoyoo.. ayomaaaa.. kemahen meliat nak menghupdate blog sekarang ni. meh la kita kelebet cerita yg lepas-lepas. 

Musim Beyblade eh sekarang. ke dah slow down? budak2 ni suka sesuatu kejap je. pastu suka benda lain pulak. natang pe laaa beyblade ni. seingat aku dulu paling koman pun main gasing yg ada tali tu. ni kategori gasing jugak la, tapi gasing moden. sekarang ni Beyblade tengah up. pening aku dengan benda ni. kalau dapat reward sikit2 nak beyblade. sekarang ni Azeq dah ada 9 beyblade. itu pun nak collect lagi. feninnnnnnn

1st masuk pertandingan Beyblade


baru2 ni terpaksa la tunaikan janji nak belikan dia beyblade baru, pastu budak promoter tu memang dah kenal dah muka ni. asal aku masuk kedai 'kak ada baru' kak ada pertandingan beyblade' Azeq dengar je pertandingan beyblade excited giler nak masuk. tak sabar2 balik rumah terus nak practice. dia dah mention awal2 dia nak menang. dia nak kalahkan semua orang. aku kata budak ni kalau kalah kecewa kang. 10 hari 10 malam berendam air mata kang.


aku dapat pamplet. aku baca kecik besar aku nengok pamplet tu.
game ni buat kat kat Masjid. sape yg tinggal area Keramat lokasi kat masjid Al-Ansar, Keramat.
register tak mahal RM20 je. time tu aku dah la bendera jepun. pertandingan buat kat masjid, segan silu aku. ramai mak aji/pak aji yg hantar cucu dia masuk bertanding. kita ni memang pakai sopan, tapi i tak biaseeeee berkain di tengahari buta. macam biaseeeeeee aku pakai seluar jean. 

nasib tournament ni bukan buat dalam masjid. sekarang ni kan kat masjid ada dewan untuk buat aktiviti, ada dewan untuk nikah. masjid pun dah moden. kenduri kahwin pun ada yg buat kat masjid,  senang nak solat. bagus untuk nak mengimarahkan masjid.

1st masuk pertandingan Beyblade

yg rasmikan imam masjid Al-Ansar ni. imam ni tak berapa sihat tapi dalam uzur dia tu dia datang jugak nak rasmikan. ucapan imam memang mendalam. imam cakap ciri pertama kedewasaan seorang laki2 adalah memakmurkan masjid.  ramai anak2 muda kurang datang ke masjid, dengan anjuran biro pemuda ni dapat menarik anak-anak datang ke masjid. sebab apabila di padang masyhar adalah anak-anak muda yg terpaut hatinya dengan masjid.

lepas tu, aku toleh belakang ingat budak2 ni insaf la. selamber diorang main beyblade. tak sabar sangat nak belawan. hahahaa

1st masuk pertandingan Beyblade

ralit giler budak2 ni main. ntah hape yg syiok sangat tengok benda tu berpusing. satu beyblade ni ada yg RM15, RM20, RM25. kalau jenis SB mahal sikit sebab pattern ikut macam yg original (beza pun 3-5 ringgit je) tu belom jenis stadium dia. ada RM15, RM25, RM35. kalau stadium yg original dia punya tapak ada punat yg boleh spin. harga 300 lebih kot la. lagi lama la beyblade tu spin. meterial semua plastik. kalau yg ori mungkin plastik yg kualiti kot.

1st masuk pertandingan Beyblade

dalam tentatif start game after zuhur 2.30 petang. ada briefing gan pembahagian group.
game start dalam pukul 3.00 petang.
lepas tu urusetia tak bajet penyertaan ramai, sekali yg walk-in haaaa amik kou RAMAI.
drag lama giler sampai ke petang tak settle. pukul 6.30 petang still tak settle.
sistem diorang pun kelam kabut, maybe ni 1st time buat pertandingan macam ni kan.

pastu dengan aku tak lunch lagi.. Fina pulak dah merengek mintak balik. badan belengas panas2 ni.
kalau muda-muda dulu cepat jugak naik hangin nih. ni dah tua-tua relax cool chill lex. aku tanya penganjur bila boleh settle? yg jawab encik-encik berkupiah ada janggut putih sikit 'ana akan cuba, inshaAllah' jawapan yg suci murni. kou ghase ingat boleh nak marah bahahahahahaha. 

pemenang tak de lagi, Azeq dengan dunia dia la. seronok main beyblade sampai tak ingat makan.
yg bagus buat kat masjid, masuk solat asar semua game stop. semua budak2 pehembat suruh solat. ini elok! yg tak bestnya bila sistem kelam kabut. drag lama then game sambung lepas isyak... huwaaaaaa lepas isyak nak datang lagi. kou ghase? nasib la Wangsa Maju dengan Keramat ni berjiran. boleh la nak lari2 kejap. kalau buat nun kat Ampang, Damansara ke mampoh aku tak datang.

1st masuk pertandingan Beyblade
pengsan melayan!

kitorang makan kat Fiske Steakhouse area Keramat tu.
before ni pernah makan kat sini tak berapa urhmmm.. tapi perut dah lapar sangat ni main belasah makan kat sini. jalan hala ke aeon tu tutup ada pasar malam pulak.

1st masuk pertandingan Beyblade
order chocolate ice blended RM11 untuk Fina. 

1st masuk pertandingan Beyblade
 chicken chop RM14.50 - juzjuz je

1st masuk pertandingan Beyblade
 pasta creamy mushroom RM15 - ermm rasa pun lebih-kurang juzjuz. mungkin badan dah letih sangat. sekarang ni tak fikir nak makan fikir nak membuta je ni. 

1st masuk pertandingan Beyblade
budak yg excited sangat main sampai makan pun tak ingat. berhangin je haku.

1st masuk pertandingan Beyblade

overall makan hari tu tak berapa sedap. cheese cake aku tak makan. takde rasa nak makan kek.

lepas makan, balik rumah mandi2. maghrib. dapat lunjurkan kaki 15 minit lepas tu pukul 8 malam datang lagi untuk semi-final. Azeq terpilih masuk semi final. ikutkan hati malas nak datang lagi. hadiah takde la grand mana. ada 6 ketul je pun. tapi kita ni sokong je la apa yg anak minat. yg aku perasan sejak ada beyblade ni jarang dia main hp. kalau dulu pantang tengok muka kita ni 'mama hp'. now balik-balik sekolah.. greyyyyyyyy (spin main bleyblade)

1st masuk pertandingan Beyblade

after solat isyak, betempur lagi. sesi final lagi meriah. tadi petang serabut dengan ramai budak2. time malam nampak teratur sikit. game malam ni untuk yg masuk semi-final je. 

1st masuk pertandingan Beyblade

pukul 10.30 malam baru settle. pukul 11 malam sampai rumah aku terus melayang sampai sopporo. kruhhh kruhhh. Azeq dapat saguhati. jadilaaaaa dari tak dapat langsung. tapi frustt dia tak boleh cakap la. macam orang putus cinta. walaupun badan letih seharian aku kat situ tapi aku puas la. satu experiance bagi Azeq setiap pertandingan ada kalah & menang. mula2 dia macam tak boleh terima yg dia kalah. menangis teruk. menjejeh air mata bertakung hingus. kalau tadah dapat sebaldi lah. sampai baju aku ni jadi tisu lap hingus dia. habess lencun lengan aku ni. bagi tisu taknak. cranky jugak. beyblade dia campak. cakap tak hebat la. tapi kita tenangkan dia bagi dia semangat. pastu pujuk dia. the end aku pakat dengan juri bagi dia merasa naik atas stage walaupun hadiah aku beli hahahahah.. (ustaz usap2 rambut dia 'bijak ni bijak ni' aminnnnnnnnnnn)

k.bye





-gee-
7 Komentar untuk "1st masuk pertandingan Beyblade"

Padat aktiviti dengan anak ye dear, fiske restoren tu pun lama ju dh x pi mkn, suka makan tang mushroom soup sebab murah haha

kah².. teruk nau rupa mamy melayan anak tu...hehehehe...

Yup, sekarang ni memang demam beyblade tengah melanda anak2 lelaki seantero malaya haha... Kat rumah ni dah brrbulu mata/telinga akak tengok depa 2 org tu asyik berlawan beyblade huhu

Kreatif lah masjid tu. Thumbs up.

Tahniah azeq. Nanti ajak ibu gi pertandingan lagi ye :p

comel kan tok2 imam chair beyblade competition. hehehhehe. cayuk ajik, jom lawan abam dgn aisy skali.... kita main tukar2 hadiah...haha

No wonder lah ramai dok update pasal beyblade ni. Kang apa lg nk jd hot semula ntah ye.

jujur cakap sy mmg x tau beyblade ni apa. sy ingatkan another rollerblade. bla google hmmm baru tau hehehe

seronok sakan lah ye.. sana sini org dok cerita beyblade ni.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top