Roti burger bersalut telur yang special



Ada petang hari tu, Azeq gan Fina nak makan burger yg jual tepi jalan tu, gerai burger dengan rumah bukan jauh nau.. jerit je dah boleh amik order.. pastu, order la 2 burger daging untuk budak2 ni. aku bagi duit ringgit-ringgit RM3 sorang satu, diorang ni bukan boleh bagi duit lumpsum kang berebut nak bayar. brader burger tu pun dah masak dengan perangai korang, packing pun sorang satu plastic, tak boleh sekali kang ada gak main tarik plastic kat situ.. Pitam kan nak melayan!! order burger dengan roti sahaja.. yg lain semua taknak, sos, sayur, timun, mayonis semua taknak, semata-mata roti dengan daging burger saje.. hehhh kalau macam ni mama pun boleh buat 

Esoknya.. diorang nak makan burger lagi.. eh..eh!! tak elok selalu sangat makan burger kan, pesen aku bagi je diorang nak makan pe sampai jemu, dah jemu tak mintak dah.. lagipun, kalau bab makanan ni tak sampai hati nak tolak..  so, aku belikan jugak burger.. TAPI bukan belikan burger yg tepi jalan tu..caranya, aku buat burger special yg lagi sedap dari brader tu, biar korang ingat burger yg mama buat jeeeeee sedap!!.. aku buat roti burger bersalut telur yang special khas untuk korang aje tauuuuu. 

senang je, balut burger tu dengan telur.. goreng telur macam nak buat telur dadar.. masa nak membalut tu sendi-sendi tangan kena lembut, jangan nak membalut burger macam nak smash badminton.. bior la berseni sikit. barulah cantik burger kita duduk dalam telur berbungkus gitu kan.

 pe macam! 
mengancam tak burger special hakak.. balik buat tau, 
buat jangan tak buat.. hahaha 

 ada special lagi, 
tak main berbungkus telur je.. kita masak sendiri sokati la nak letak pe.. buat biar betul-betul special.. letak cheese pulak.. baru lah betul-betul sepesall


siap dah roti burger bersalut telur yang special untuk engkorang aje, sama macam yg korang request kat kedai tu takde sayur, sos, timun, salad, mayo.. haaa sekarang sedap yg mana?
better cakap yg baik2 aje..
kang..kang.. mama taknak masak lagi..
ar.. arr..  

 hokeyyyy !! tau dah jawapannya.. compom la mama punya lagi sedap.. tengok muka ke excited kan nya tu pon dah tahu !!


makan la korang sampai kenyang...
aku dapat makan satu gigit je, jadilah nak buat rasa
diorang ni suka ikut musim, ada hari tu..kalau suka bihun goreng. tiap-tiap petang aku masak bihun goreng, senang keje mak kou menggoreng bihun je untuk korang, kalau dah jemu sua ke mulut takmo.. last2 telur kicap jugak yg sedap. now, jarang dah diorang mintak nak makan burger, jemu kot nengok sebundle roti depan mata bahaha




-gee-
9 Komentar untuk "Roti burger bersalut telur yang special "

dibalut telur, ada cheese lg..ni betul2 special..kalau kt gerai mau 5 ringgit lebih..

comel nya,muka cute selepas dapat roti burger tu...nampak sedap la sis

sendi sendi kene lembut cewahhh..aiyaaa tgk bege pagi cmni..adehh lapaaa..

Ini macam memang puas ati betul cik suzie. Macam lepas geram pun ada haha..
Konyang la azeq & Fina ye

Ni kalau dpt burger r**** pun kita dah tak pandang. Puas hati dpt makan ni zie oi.

sedap tu..siap ada cheese lg kn

bila orang tengah diet terpaksa tengok post ni, rasa macam nak drop komen ke idok ni? hahaha! adehhh, tahan2, sabor2..huhu

mestilah yang mak masak lagi sedap, bersih dan halal. Nak satu boleh? hehe

opcoz laaa mak masak win.. macam mana pun tetap sodap. hihihi.. tak mintak da burger depan rumah tu. sebelah mata pun x pandang =D

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top