Bonding time @ Kidzoona Mini Aeon AU



lama giler tak berceloteh kat sini, roh nak menghapdate blog mana ntah, malassssss bebenor
so dengan ini Assalamualaikum geng!! ada yg rindu tak..
memang tak la bahahaaa dulik!

hari tu amik emergency leave sebab mak mertua mak itam tu meninggal.

so hari tu duduk la kat rumah dengan budak2, yela bila cuti yg tak plan, macam2 ragam la, kejap kang sorang-sorang datang mengadu, kang Fina datang mengadu si abang tak bagi main mainan dia. sat gi si adik bantai melalak, tak lama tu elok main bersama, lepas tu mengadu lagi. Pening aku !! dah macam pusat aduan rakyat. 

aku kata... tak boleh jadi ni, sebelum mak ko hijo, better keluar bawak pergi bejalan.
Plan asal nak bawak diorang gi Kidzoona yg kat Aeon AU Setiawangasa tu, tah macam mana boleh singgah Aeon Wangsa Maju dulu.

Bonding time @ Kidzoona Mini Aeon AU
kasut pon kena beli dua, pattern sama warna lain. PITAM !!

Dah masuk Aeon Wangsa Maju konon nak main kat Molly fantasy, sekali staff situ cakap open pukul 12 pm sebab tak cukup staff.. ehhh boleh gitu, takkan nak tunggu pukul 12 baru dapat main. malas nak tunggu blah gi tempat lain. 
Molly Fantasy tak best, ada limit time, bayar ikut jam, lepas tu kena beli pulak kad dia. Dah la masuk kena bayar, paksa beli kad dia pulak. Kalau nak main kejap 1-2 jam boleh la, ingat diorang ni boleh control bagi main kejap, paling tidak mesti kena top-up.

back to plan asal, terus gi kat Kidzoona yg kat Aeon Au Setiawangsa tu. 
tiket masuk weekday RM10, weekend & Public Holiday RM17 unlimited times, main laaa sampai lebam. Harga tiket termasuk 'per entry' makna kata kalau dah keluar gi makan & solat lepas tu nak masuk balik pon boleh, takde hal. Janji resit tiket masuk tadi tak hilang. Buka pukul 10 pagi - 10 malam.

Bonding time @ Kidzoona Mini Aeon AU

Kat dalam ni kanak-kanak dan penjaga mesti pakai stokin. Kalau tak bawak stokin silalah beli stokin dia RM4 sepasang, better bawak stokin sendiri. 

hari tu, stokin budak2 ni aku bawak, stokin sendiri tak bawak
tak tentu pasal terbang 4 hingget beli stokin dia, ingatkan penjaga tak perlu pakai stokin, rupanya penjaga pon kena pakai stokin.
tersorok2 kaki bajet staff situ tak nampak, sekali dia datang 'akak de stokin, kalau takde kami de jual 4 henggit sepasang'
cehhhh kena beli jugakkkkkkkkk

Bonding time @ Kidzoona Mini Aeon AU
kan dah rugi beli stokin buruk ni, dah pegang dah stokin Minion yg kak Sha bagi ole2 from Hong Kong, terkulat2 nak pakai sebab cute sangat, sayang nak pakai, kedek's punya pasal kan dah kena beli bahahaa, rugi tol

Bonding time @ Kidzoona Mini Aeon AU
tempat dia clean dan clear.

banyak permainan, so jangan riso kalau berebut 

Bonding time @ Kidzoona Mini Aeon AU


Bonding time @ Kidzoona Mini Aeon AU


ni budak si dagu runcing.
Kinetic sand pun hado, main la puas2 kat sini sebab kat rumah aku sorok kinetic sand ni, hahha
sebabnya dah main bibik Gee ni yg tukang kemas, penat kemas sampai satu umah berpasir, mana taknya main kinetic sand ni sampai ke rambut2 berpasir, tak ke hamuk
nak bersihkan rumah, nak bersihkan orang lagi

Ada satu hari tu kesian pulak dah beli tak main, suruh depa main kat laman luar, siapkan la bekas untuk main, bajet pasir ni tak berterabur, sekali dah puas main kat luar masuk dalam rumah berlari-lari dengan tangan kaki berpasir, baju pon berpasir sampai ke rambut. 
Pelik.. macam mana pasir boleh sampai ke rambut, diorang ni main kan berpeluh, kalau kepala gatal garu pakai tangan, tangan pulak berpasir, habesssssss satu badan berpasir, tension... 
lama2 aku geram sorokkan sampai lupa ingatan sorok kat mana bahaha


main jumping ni, tapi riso gak kalau jumping tinggi tiba2 terkeluar dari landasan.
takut jatuh kat bawah, tak lama pon main kat sini, aku tak bagi bahahaaa

Bonding time @ Kidzoona Mini Aeon AU

kat sini ok la kalau nak bawak anak bersuka ria, entrance in and out ada security look gate, diorang takkan terlepas dari kawasan sebab ramai staff yg monitor.
kita pon ada masa untuk rest sambil perhati diorang main. hari tu main kat dalam ni sampai 3 jam.
nak pergi toilet, surau pun dekat, sebelah Kidzoona je, lepas bawak diorang gi toilet sambung main lagi.

satu je la nak pesan, ada parent yg ambil kesempatan
dia ingat bila dah masuk kat dalam ni dia lepaskan anak dia main tanpa monitor.
aku pon ada gak main hp, tengok hp kejap, reply wassap pe yg patut lepas tu monitor anak
keselamatan anak tanggungjawab kita sendiri
ni ada yg sibuk main handphone tak tengok2 anak tu, update kat media sosial 'quality time with kids'
tapi sebenarnya quality time nak wifi free kan.. jeng.. jeng.. jeng !!

kita risau kadang2 budak ni berkawan ada yg kasar, main sokati je nak tolak2 anak kita, beliakkan mata sikit terus lari
baru tahu bijik mata mak2 ni bukan boleh jadi besar, pusing belakang pon boleh tau!!
bahahaa



-zie-
14 Komentar untuk "Bonding time @ Kidzoona Mini Aeon AU "

harap jangan ada parents yang letak anak pastu blah gi shopping. hihi. memang penting untuk monitor. orang jahat sekarang macam2 rupa.

IQ kalau bawak masuk tempat macam ni dengan Qa'id, rasa macam nak join main sekali. zaman mak2 mana ad semua ni. haha! tengok hp kejap2 jer, rekod video dan ambk gambar sket2.

mini kidzoona ni Qa'id pernah masuk rasanya, mak2 sdra dia pernah bawak, IQ belum pernah masuk lagi. nampak best. tapi tersorok sket, kalau sesetengah org mesti tak perasan sgt

Syokkk kualiti time dgn anak anak

Anak aki kalau masuk ni max 2 jam je. Kadang sejam lebih dia dah penat. Hehe..

betol Sal.. klu zie tak percaya sape2 pun.. riso zaman sekarang bukan leh caya..

memang, tempat dia ke hujung sikit..
ms akak gi ari tu akak de main satu toys ni, sekali tak perasan tersyok pulak tetiba jadi perhatian bahahaaha.. buat malu jeeeee

diorang suka la tempat macm ni..

babe, dia ada geng memang lama jadinya, cuba salah sorag takde..
adik atau abag takde mesti main kejap, cakp bosan hahahaa

Murah juga tiket dia tu zie. Selalu lalu je dpn kidzoona ni. Boleh lah bawa syafi ke sini pula.

Kan.. Unlimited times lak tu.. De tempt yg lg mahal dari ni kan.

sushi tu dia bagi sekali ke? hahahahha. if yes, aku nak p dgn abam jek.. nak makann je..hahahhaa

Opps.. Ada free wifi! :)
Mmg kena jd multitasker gitu.
Anak-anak wajib lebih utama apatah lg kt tempat public gini



Jemput singgah baca artikel terbaru saya

mcm real kan kak.. mula2 si azeq tu bawak kat sy ingat real, dah nak gigit masuk mulut, nasib istiqomah, kalau tak mesti diorang cop parent ngok !!

Syoklnyaa tengok main macam macam, best betul kanak kanak ni :D

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top