Resepi Samosa Kentang Cheese



Salam Ramadhan semua.
Dah masuk 10 malam ramadhan yang terakhir.
  
Rasulullah saw. bersabda, “Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (H.R  Bukhari). 

Tak semua dari kita menemui malam lailatul qadar, hanya insan terpilih & benar2 bersungguh dalam mengerjakan ibadah berjaya mendapatkan ye. Semoga kita semua berkesempatan untuk bertemu malam Lailatul Qadar pada Ramadhan kali ini. InsyaAllah.

Weekend, macam biasa aku kan penghuni tetap tiap2 minggu balik rumah mak. Tak kira hujan panas, ribut taufan ke mesti balik jumpa mak. Dah tua2 bangka pun nak duduk bawah keti mak. ehh mesti !! Kalau duduk rumah mak adalah projek masak, bebudak tu kalau duduk rumah atok diorang tak kacou aku kat dapur. Diorang leka main, kejap kang main kat luar, lepas tu dengor suara diorang main kat atas. Dah bosan main kat atas main game pulak. Kang tiba2 senyap, rupa ye zzzz 😴😴😴 tido. waaa sejuk hati. Banyak la aktiviti diorang kat rumah atok. Takde lah terperap dok dalam rumah je.

Resepi Samosa Kentang Cheese

Resepi Samosa Kentang Cheese  

Bahan2 adalah :
1. Kulit Popia
2. Lobak (di sagat halus)
3. Cheese
4. Inti - kentang (cara masak inti DI SINI)

Resepi Samosa Kentang Cheese  
Kulit popia aku potong 3 layer, aku nak buat samosa kecik2 comel je. Sekali masuk mulut, habis.
Letak inti kentang, hirisan lobak dan parutan cheese.

Resepi Samosa Kentang Cheese  
Aku parut cheese macam ni je.

Resepi Samosa Kentang Cheese  
Dah siap untuk di goreng, nak frozen pun boleh. Nampak tak, ada perbezaan bentuk di situ. Itu hakak punya. Hakak punya special sikit, sukoti la nak letak inti, cheese & lobak banyak mana. Kuasa inti di tangan beta. hahaa Itu ana yang punya, jangan sape berani nak ambik tau.

Resepi Samosa Kentang Cheese  
Tadaa, dah siap di goreng. Tunggu waktu berbuka baru boleh ngapppp. 
Sedap ye air coklat mocha kat belakang tu.

Resepi Samosa Kentang Cheese

 Selamat mencuba
&
 selamat berpuasa semua.



-zie-
Tag : Resipi
3 Komentar untuk "Resepi Samosa Kentang Cheese "

sedapnye tak penah makan popia letak cheese...akak pose taun ni tak buat kuih untuk berbuka langsung...kemain femalas nye lahai taun ni...lagi kak long pon takde...nasib baik famili akak memang jenis buka terus makan nasik je...

Rajin Zie masak.. Nampak sedap!

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top