Hai korang! Lama tak bersiaran. Lately ni badan selalu berasa letih dan lesu, kadang-kadang kerja yang tak menentu masa menjadikan diri kita tak terurus. Lagi-lagi berada di dalam pandemik Covid-19 masyarakat kita mula menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu. Dalam situasi sekarang ramai juga yang mengambil pendekatan bekerja dari rumah. Adakala bekerja dari rumah boleh membuatkan seseorang itu menjadi tidak aktif dan cepat letih. Ada juga yang beranggapan nak kekal aktif dan sihat kena amalkan diet yang betul berseli dengan exercise. Diet dan exercise menjadi topik hangat dalam trend sekarang dan aku bukannya sejenis exercise yang beria-ia. So, kat sini ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk sentiasa kekal aktif dan bertenaga.
Nah 7 tips untuk sentiasa kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari.
Boleh baca juga suplemen probiotik dirumus khas untuk kesihatan wanita Bio Life Proutix
Selalu letih, nah 7 tips untuk sentiada kekal aktif san sihat.
Perbanyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 liter sehari. yes, memang susah untuk amalkan minum air kosong. even kalau kita pergi restaurant macam-macam menu air manis yang sedap-sedap dihidangkan. Aku type jenis yang suka makan. Makan nak banyak. Kalau makan sikit boleh murung sampai ke malam. So, senang faham macam ni. Makan banyak--> badan banyak toxin--> minum air banyak--> kencing pun banyak--> toxin akan keluar bersama-sama air kencing--> badan jadi neutral semula--> yayy. Satu lagi aku memang train diri aku supaya tak minum air gas tapi kadang-kadang tewas juga, sebab teringin terpaksa minum seteguk dua. Sejujurnya sugar content dia banyak gila. Minum sikit-sikit untuk buat rasa ok laa dari minum sebotol habis
2. Bangun sebelum subuh.
Sepatutnya bangun pagi sangat easy bagi kita yang muslim. Rasulullah pun bangun sebelum subuh untuk melakukan solat sunat dan solat subuh. Aku memang sejenis yang susah nak bangun lewat. Makna kata kalau tiba-tiba terbangun lambat, nanti rasa kepala jadi berat, badan cepat letih dan semua benda jadi malas. Lepas tu mulalah sakit kepala. Bila kita set mind kita bangun pagi, badan rasa fresh. Sesekali nak bangun lewat takde masalah. Tapi jangan la terlajak lewat sampai hari dah meninggi baru nak mangkit. Dah masuk Asar baru nak bangun. Habis, zuhurnya mana?
3. Gandakan solat.
Ada kajian menunjukkan aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila digunakan. Kebanyakkan otot dan sendi bergerak ketika melakukan solat. Umat Islam beruntung kerana solat wajib yang dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot fizikal tubuh.
4. Perbanyakkan puasa sunat.
Salah satu hikmah berpuasa bukan sahaja membantu kita menahan lapar dan dahaga malah menyihatkan tubuh badan. Manfaat kesihatan, iaitu dengan berpuasa boleh merehatkan sistem pencernaan tubuh badan. Makan banyak--> proses--> berak banyak. Bayangkan 360 hari perut memproses makanan tanpa henti. Berpuasa 30 hari dalam bulan Ramadhan dapatlah perut tu berehat. Lagi bagus kalau dapat mengamalkan puasa sunat. Disamping dapat merehatkan sistem pencernaan tubuh kita dapat juga gandakan pahala.
5. Mengurangkan berat badan.
Benda ni terpaling susah nak buat. Workout gila-gila tapi kilo turun sikit je. Penat dah buat macam-macam tapi hasilnya tetap sama. Kena kaji semula di mana silapnya. Orang bersenam kita nak bersenam. Orang berdiet kita nak berdiet. Letih dan berat badan memang saling berkait. Badan jadi berat maknanya kita terpaksa bekerja lebih untuk buat pergerakan like simple movement. Kadang naik tangga pun boleh jadi mengah. Jangan biarkan badan kita cecah overweight, sebab nak turunkan lemak bukan senang. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengelakkan sebarang pertambahan berat badan terlebih dahulu sebelum bersedia untuk mengurangkannya.
6. Praktikalkan 'MyPlate' - suku suku separuh
Makan ikut suku-suku separuh memang great idea. Contoh suku ikan atau sumber protien yang lain, suku nasi atau karbohidrat yang lain dan separuh dengan buah-buahan/sayur. Nabi pun ada berpesan makan biar berpada-pada, berhenti sebelum kenyang. Apa-apa pun yang kita lakukan di dunia ni semuanya kena bersederhana. Tak kira dalam apa jua bentuk, makan/pakai/gurauan semua jangan melampau batas.
7. Suka berjalan kaki.
Jadi untuk memastikan diri kita sentiasa kekal aktif dan bertenaga, harus mendisiplinkan diri dengan tabiat yang baik. Selain itu, boleh juga mengamalkan suplemen makanan tambahan dengan Nat B Fizzy dari Bio-Life.
Ada tak tablet yang boleh ganti
Sekarang ramai mencari tablet yang merangkumi vitamin di dalam makanan-makanan lain. Ada cara yang lebih mudah untuk di amalkan. Tablet Nat B Fizzy Bio-life membantu untuk meningkatkan imun badan dan sentiasa kekal bertenaga sepanjang hari. Selain vitamin c, Nat B Fizzy mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, Biotin, Kalsium dan Magnasium.
Bagaimana Nat B Fizzy membantu dalam mengekalkan kesihatan?
- Vitamin B1 - Menukarkan karbohidrat, lemak, dan protein kepada tenaga.
- Vitamin B2 - Membebaskan tenaga dari karbohidrat, lemak, protein dan merangsang pertumbuhan.
- Vitamin B3 - Bertindak dalam pemindahan tenaga daripada makanan.
- Vitamin B5 - Membantu dalam metabolisma tenga daripada makan.
- Vitamin B6 - Terlibat dalam pembentukan sel darah merah.
- Vitamin B12 - Membantu dalam pembentukan sel darah merah.
- Biotin - Memecahkan karbohidrat, lemak, dan protein kepada tenaga.
- Vitamin C - Membantu dalam penghasilan kolagen, penyerapan zat besi dan penghapusan radikal bebas.
- Kalsium - Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
- Magnesium - Terlibat dalam pembentukan tulang.
0 Komentar untuk "Selalu letih, nah 7 tips untuk sentiasa kekal aktif dan bertenaga"
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.