My Breastfeeding Journey



sumber google

Masa aku pregnant aku ada tengok gambar ni kat fb. Aku senyum je tengok picture ni.

Kecoh sekejap ibu-ibu yg menyusu bakor-membakor antara satu sama lain - susu badan vs susu lembu. Masing-masing nak up dapat sijil yg mana. Aku malas nak betekak bab ni sebab hal breastfeeding ni takkan habis. Masing2 taknak kalah dengan teori masing2. Yg nak menang sangat tu ambik laah. Ada jugak pengalaman menyusukan anak, pengalaman tetek bengkak, pengalaman puting melecet, pengalaman susu meleleh, paling terkesan pengalaman kena gigit dengan anak time menyusu. 
perrghhh sakittt gilee rasa nak tampor je. bahahahaha
Nasib anak, aku picit hidung dia bagi stop mengigit. hadoi menghadoiiii juga la, hazabnya rasa nak tercabut puting

Cabaran bagi susu badan kat anak memang mencabar. Tapi, cabaran tak bagi susu badan boleh tahan hebatnya - cabaran dikecam. Cerita breastfeading ni takkan habis. Cuma kat sini aku nak cerita my breastfeeding journey. 

Anak 1st - Ajid

Masa anak 1st dapat juga menyusukan 7 bulan. Lepas juga dapat 'Ijazah' 
Anak yg 1st aku memang tak tahu nak menyusu macam mana. Pastu aku beli pam susu yg murah kat kedai baby around dalam puluh ringgit je. Sekali pakai sakit gilee nenen macam nak tercabut puting. Pam susu yg aku beli ni takde suction (sedut lepas, sedut lepas) pam yg aku beli ni dia sedut memanjang. Nak lepas kena tekan button. Gilee apa! Tak functional betol pam susu ni. Lama2 pakai boleh labuh nenen campak belakang.

Punya berusaha nak breasfeed beli pam tangan pun pernah. Lenguh tangan aku memerah.

Time tu pam susu tak banyak di pasaran. Ada yg popular pun Madela tapi bapak mahal. Aku takde duit nak beli. 

So, aku try bagi direct kat baby. Tapi selalu la mengamuk nak susu. Berperang nak susukan anak. Lambat sikit mengamuk macam hape, terpaksa pujuk bagi dia cool baru nak menyusu. Baby pun ada angin, kalau datang angin ribut taufan nak kencing pun tak meyempat.
Terpaksa topup susu formula. 
Susu badan tak produce dengan baik sebab tak kerap bagi. On off lama-lama tak bagi. Dapat menyusu 7 bulan pun dah ok. Bagi aku ok sangat sebab how struggle nak bagi susu kat baby walaupun dapat merasa 7 bulan. ada aku kisah?

Anak 2nd - Fina

Masa Fina dapat breastfeed 2 tahun 7 bulan. Bangga diri jap sebab dari 'Ijazah' terus up dapat Phd. Time Fina susu badan aku banyak. Kalau tak pam mengeras melayut buah betik. Kalau di perah boleh dapat 1 jug jus oren la. Balik keje aku terus bagi direct kat baby. Dah bagi isap kempis semula, baru lega. Happy gile dapat bagi susu badan kat anak. Jimat pun jimat sebab susu formula tak payah beli. susu formula beli buat spare. Bagi susu badan kat anak jarang sakit. Tapi yg tak menahan tu asyik nak mengentel je laaa. Pantang nampak aku terbaring ada je 'benda' memanjat.

Apa petua susu badan banyak?

Mengandungkan Fina aku dah niat nak menyusukan anak 2 tahun. Time pregnant aku start kumpul duit nak beli pam susu jenama Madela, itu pun amik yg basic harga RM500 lebih. Aku tekad beli juga walaupun tak tahu susu badan produce ke tak. Alhamdulillah susu aku banyak sampai boleh buat stok. So far, sepanjang breastfeeding kan Fina nothing special. Takde petua ke hape. Makan macam biasa. Milkbooster pun aku tak ambil. 
Nampak tak rezeki anak Allah nak bagi. Doa, usaha & tawakal. 

Anak 3rd - Ariff

Sekarang baby Ariff baru usia 4 bulan, tapi nampak gayanya susu aku tak meriah macam anak yg 2nd. Selalu fikir +ve susu aku banyak. Usaha juga untuk pam tapi hasil nak dapat 1oz pun payah. Macam2 benda aku makan untuk banyakkan susu badan. Milkbooster sampai ke lobak putih pun aku telan (rasa hancing ku telan jebat). Berurut sudah. Walaupun susu aku tak berapa ada, tapi keep bagi direct kat baby. Aku paksa bagi hisap janji dapat minum. Dapat sikit pun takpe. Teori yg selalu cakap kalau anak yg before meriah susu, anak yg next pun susu meriah, teori tu macam tak boleh pakai. Aku selalu doa banyakkan susu badan untuk anak aku. Harap2 dapatlah sampai setahun. Walaupun tak dapat buat stok berbotol2 dapat merasa susu aku dah bersyukur sangat.

Breastfeeding ni memang challeging especially yg pertama kali. Don't give up. InshaAllah lama-lama kita pandai la. Takde benda yg terus kita tahu, we need to learn.  Buat la macam2, makan la macam2 kalau bukan dengan izin Allah perkara tu takkan terjadi. 



Ni susu badan yg aku perah masa dalam pantangkan Ariff.
Alhamdulillah dapat juga 5oz. 

Ada juga suara-suara sumbang yg mengkritik ibu-ibu yg tak bagi susu badan kat anak ni 'malas' banyak mengelat tak cukup usaha untuk banyakkan susu badan. 
Usaha & malas tu berbeza. 
Dah USAHA tapi nasib tak menyebelahi dia, MALAS memang beserah taknak bagi langsung.
Tak pernah fikir ke rezeki susu badan Allah yg bagi?

Aku pernah rasa dari susu badan takde sampai ke susu badan meriah. 
Bukan kata tak cukup usaha, it's about REZEKI.
Mintak dengan Allah bagi susu banyak. Allah bagi.
Allah banyak sampai terpaksa buang. Perah pastu buang sebab takde tempat simpan (time tu pegi kursus)
Mak mana yg taknak bagi the best kat anak?
Mak mana yg tak sedih kalau susu badan kurang?
Benda2 macam ni aku selalu bior kan je. Jangan rasa down bila orang bandingkan kita (benda macam ni selalu terjadi) 
Lantak deme nak cakap apa. Diorang boleh cakap apa saja yg hadam kita.
Jangan mental down yang penting anak-anak aku cukup makan. 

yang mana tak cukup susu badan don't worry be happy.
susu lembu kat pasaraya belambak. Pilih
Susu lembu kat luar banyak-banyak tu untuk sapa?


0 Komentar untuk "My Breastfeeding Journey"

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top