Selepas tular kejadian kapal selam milik Tentera Nasional Indonesia KRI Nanggala-402 karam di dasar laut, tular sebuah filem dari Rusia bertajuk KURSK popular di Malaysia. Movie ni sebelum ni tak dapat sambutan tetapi sejak berlaku insiden kapal selam karam milik Indonesia KRI Nanggala-402 movie Kursk terus mendapat rating tinggi. Tenggelamnya kapal selam Kursk milik Rusia ni kisah benar. Aku tak boleh tengok cerita base true story ni nanti sedih. Penceritaan lebih kurang sama dengan nahas kapal selam KRI Nanggala-402. Cuma kapal selam Kursk meletup di laut dan terkandas di dasar laut. Kerajaan Rusia menolak sebarang bantuan dari negara luar. tapi tu la, kalau kerajaan Rusia menerima bantuan lebih awal 23 orang kru yg masih hidup mesti dapat diselamatkan. Nahas KRI Nanggala-402 meletup terpecah 3, hanya bangkai serpihan dan beberapa barang seperti sejadah ditemui terapung. Apa yg berlaku sebenarnya? Kita pun tak tahu? Wallahu a'lam "Dan Allah Maha Tahu/Maha Mengetahui" Takziah kepada keluarga crew nahas kapal selam Indonesia, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Tenggelamnya Kapal Selam Kursk Rusia
sumber : fb
KURSK (2018)
Rating : 6.6/10
Kisahnya, semasa dalam latihan ketenteraan maritim Rusia, Pavel dah report kepada kapten kapal suhu peluru torpedo meningkat dengan cepat. Pavel minta kebenaran dari kapten untuk menembak lebih awal sebab bimbang berlaku kebocoran minyak. Lepas tu, kapten kapal cakap 'ko tunggu dulu. kejap lagi sampai ke destinasi ko tembak'. Lebih kurang gitu la arahan dia. Arahan tentera ni kan tegas. Dah cakap tunggu, jawapannya tetap tunggu. Pavel pun tunggu la. Ketika suhu semakin meningkat tiba-tiba peluru meletup. Ledakan yg pertama berlaku letupan yg slow, bahagian bontot je yg pecah. Kali ke-2 berlaku letupan yg besar. Letupan ke-2 tu dari peluru torpedo. Sekali dia meletup meranapkan sebahagian kapal. Berlaku ledakan yg besar terus menjunamkan kapal selam ke dasar laut. yg sedihnya kru di bilik senjata semua mati termasuk la si Pavel ni.
Dah berlaku ledakan yg besar baru kapten Mikhail ni terhangak-hangak rasa besalah. Tu la deh. den dah khobar tembak awal. ekau tak dongar.
kru yang terselamat seramai 23 orang berlari ke tempat takde air. Dalam keadaan terperangkap di dasar laut, air sejuk, takde makanan, oksigen semakin berkurangan. Mereka berharap ada bantuan yg datang selamatkan mereka. Nak berenang keluar tak boleh. Kalau keluar juga boleh mati, tekanan yg tinggi boleh menyebabkan gegendang telinga pecah, paru-paru pecah, pembuluh darah hancur senang citer kalau keluar menempa maut. Keadaan semakin sukar apabila kadar oksigen makin menurun, Kapten Mikhail & Sacha berenang mencari kartrid oksigen. part ni aku geram, terangkat-angkat bontot aku tengok diorang berenang tahan nafas punya lama. Kawan yg sorang dah nyawa-nyawa ikan, kapten Mikhail tarik jugak kawan dia bawak keluar. Nasib selamat.
Time Leo nak tukar kartrid oksigen (dia ni kalut sikit) tah macam mana dia terlepas kartrid tu jatuh dalam air terus menyambar api. Diorang ada beberapa minit je nak hidup. tak lama tu diorang nyanyi lagu maritim laut ramai-ramai.
5 hari kemudian, kerajaan Rusia bersetuju menerima bantuan dari Inggeris & Norway. Sedih jiwa aku bila tengok 23 orang anak kapal yg berusaha untuk terus hidup semua terapung dah mati. Merembes! Cerita ni lagi best dari apa yg aku cerita. Korang tengok la sendiri.
Cerita ni dari kisah benar kapal selam Kursk berteknologi peluru berpandu milik Rusia pernah tenggelam semasa melakukan latihan ketenteraan pada 12 Ogos 2000. Insiden ini satu kemalangan maritim yang paling teruk dalam sejarah yang mengorbankan seramai 118 orang anak kapal.
Berlaku konflik kerajaan Rusia menolak sebarang bantuan dari negara luar. Banyak je negara lain tawarkan bantuan untuk selamatkan anak kapal tetapi Rusia menolok. Rusia berasa hebat kerana kapal selam nuklear miliknya tidak akan tenggelam di laut. Namun, takdir ada perancangan lain menggelamkan kapal selam ini di dasar Barent Sea.
Cerita ni best.
Cukup la merasa masuk ke dalam kapal selam sebenar itu pun kat Melaka (muziam kapal selam). Sempit, rimas, banyak besi. Pusing kiri kanan rasa macam menghimpit. Laluan pun hanya muat-muat sorang lalu.
Movie nak cari kat mana?
Pandai-pandai la korang cari kat mana. Kat fb ke? Neflix ke?
Filem ni di arahkan oleh Thomas Vinterberg berdasarkan buku dari 'A Time to Die'
Tag :
Movie Review
1 Komentar untuk "Tenggelamnya Kapal Selam Kursk Rusia"
bila kes Nanggala tu baru tau ada citer ni based on true story sbb saya kurang gemar citer2 sedih menyayat hati. tapi trasa nak tngk citer ni.. sayuuuu hati kes ni..
jemput join GA blog saya :
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.