Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar

Jepun Mari | Wednesday, 16 October 2019,09:29 |
hai uolls...

fuhhhhh.. selesai dah kedua-dua pihak.. minggu lepas menghantar ke belah lelaki ke Tanjong Karang. dapat jodoh tak jauh pusing2 ke Tanjong Karang jugek..

dulu masa duduk Tg.Karang memang tak pernah terfikir nak keluar dari Tg.Karang. 22 tahun aku duduk Tg.Karang banyak kenangan childhood kat sini. paling koman pun kalau ada orang tua menetap kat sini boleh balik kampong. ini pindah terus dari Tg.Karang (TK) menetap di Gombak. Pindah pun tak jauh still in Selangor. tu pun kecoh bahahaha. terus cop kat dahi orang Gombak padahal mendatang. rumah kat TK pun takde. dah jual..

hari tu kat kenduri mata aku ni meliar jeek cari kawan kampung. merayau cari orang yg aku kenal.. jumpa cikgu Halimah, cikgu Abu.. tengah ceduk air tiba yg tokey air balang tu senior. pastu tengah bejalan ke pelamin tiba ada orang tegur. bapak cha2.. p.cik awang. dulu time sekolah aku selalu lepak rumah dia.. macam dah second home.. siap makan, minum, tido sampai mak aku cakap suruh hangkut kain baju duduk rumah cha2..

PALING SERAM!!
keluarga belah lelaki.. mak mertua Miera USTAZAH AKU!! ustazah Rafeahhhhh.. ustazah ni garang.. rotan kat tangan.. naik basikal rotan kat bakul. tup tup tak sangka jadi keluarga.. negegeeeeeee.

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
baru nak starts menghayun.. datang pulak budak baju biru ni..

berkumpul di homestay Inap Desa Laman Haji Munjar. tuan homestay ni pun kenal, Ustaz Munjar. anak ustaz ni anak buah cik yan (yg buat baju aku tu). nak keluar dari homestay lalu sekolah aku. cakap kat Azeq 'ni lah sekolah mama zeq' azeq cakap 'buruk je sekolah mama' adoiii macam lawa sangat sekolah dia kat bandar tu .. kwanggg asemmm


Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
pengantin lama yg malu2 tahik kucing.. 
suruh peluk pinggang pun maluuuuuu bahahaa.. yg baju merah kat belakang tu adik!!

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
mak cik perantin..  berkumpul kat homestay..
cantik baju ucu. beli kat Minaz.. sekali kantoi dengan laki sendiri tag harga tak buang lagi 300 lebih.
matilanakkkk

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
  bunga telur ni aku yg mengentel. cuma tambah reben bagi lebat.. ucu cakap apesal warna merah. aku cakap riben tu je yg ader bahaha. pastu tengok bunga telur belah Janda Baik lagi mengancam! siap bunga kristal. belah Tanjong menyambut 2 menantu. naik pelamin 2 pasang pengantin

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
buat kat Dewan Noh Omar kat Sg.Kajang.. pelamin dia cantikkkkkkk giler. belah sini sambut 2 pasang pengantin.. dua-dua lelaki senang buat sekali menyambut menantu je


Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
kakak pengantin yg sewel..
sukati je topup nasi sendiri kat dom makan tu..  


Inap Desa Laman Hj Munjar

kitorang stay kat Inap Desa Laman Hj Munjar rumah ibu. 3 bilik 2 bilik air. 1 bilik ada aircond. RM300 semalam. 

kalau ikutkan nak balik hari pun boleh, tapi memang sajer nak stay. Rindu dengan TANJONG KARANG. nanti petang2 aku merayau masuk ceruk-ceruk kampung bukan cari kawan2.. cari port memancing.. hadoiiiiii! pening melayan dua beranak tu. Pantang jumpa parit nak melempar joran sajer. selagi tak dapat ikan selagi tu taknak balik. Pastu mancing kat Kunci Air Buang dapat sekor ikan baru nak balik.. lagi lama kat sini lagi hangin haku. dah la takde pe.. kalau ada kedai kopi-kopi sedap jugak melepak.. ini, parit memanjang..

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
Rumah Ibu - Inap Desa Laman Haji Munjar

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
ada buai.. boleh main buai puas-puas.
nak main kat playground tu malu.. kat sini hayun la sampai pokok kelapa..

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
pondok rotan ni orang asli yg buat. 2 minggu berkampung kat sini buat pondok rotan ni.

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar

petang-petang buat lempeng kelapa pandan.. tak main la kelapa parut (KELAPA PARUT - word ni asyik lupa jee). kikis isi kelapa lepas tu adun dalam tepung buat lempeng.. perrrggggghhh bertambah sedapppp cicah dengan sambal ikan goreng.

sambal ikan goreng tu aku masak siap-siap dari rumah.
kang sampai sana ada yg lapar la. bawak gula, teh, roti, peanut butter
dah macam mak bedah sangat ni.

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar

dapur luas.. nak tergolek, terlentang pun takde hal lahh
bilik air ada tempayan macam ni.. pagi-pagi mandi seram sejuk.. bukan seram apa. takut jumpa natang yg tak sepatutnya.
sekali yes!!
lepas tu dengar kecoh2 kat bilik air ada katak kodok. jenis yg kembung kalau marah tu eeeeeeee
nasib bukan aku yg mandi. kang panik punya hal cantek je keluar tanpa seurat benang bahahaha.
rumah kampung macam ni compom la ada kodok. memang habit dia suka duduk tempat sejuk-sejuk.. dalam bilik air memang biaseeeee lahh..!!
yg tak biasa nya. bangun pagi angkat tilam elok je katak tu duduk kat hujung tilam tido bersama-sama dengan ROSE
bahahahahahahahahahah
pagi-pagi buta dah kecoh pasal KODOK SEMALAM


Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
dalam dia dinding kayu macam ni.. lama tak tido rumah kampung yg betul2 kampung macam ni. aku memang bawak selimut sebab malam compom sejuk gilerrrrr.. memang sejuk ya! budak dua orang tu yg tak suka selimut tu elok dua-dua merengkok dalam selimut macam ulor sawa.

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar
ni rumah anak - RM150 tak silap.
jenis studio

Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar

so basically kat sini makanan tak susah cari.. kawasan laut macam ni kedai seafood memang belambak. nak makan seafood sedap ada satu restoran baru Dangau Rimba. nak makan soto sedap boleh makan kat Warong Soto Pasir Penambang. jalan hala ke Sekinchan kat tepi-tepi jalan tu belambak orang jual mentarang. nak makan mee udang sedap kat batu 23 Sekinchan Mee Udang King Original pon sedap. kat Batu 9 sebelah Petronas ada restoran Kambing Bakar.. ada restoran seafood jugak.. hari tu order seafood makan ramai2 penuh sepanjang meja sekali bayar tak sampai 150 pun.. murahhhnyaaaaaaaa.. bestnya duduk sini boleh makan seafood sedap-sedap. fresh pulak tu.. pastu jangan lupa, bawak icebox siap-siap boleh bawak ikan fresh balik KL.





Inap Desa Laman Haji Munjar
Lorong Mawar Jalan Balai Bomba
Kg. Sungai Kajang
45500 Tanjong Karang, Selangor

019-277 7709
Tag : Food review
7 Komen untuk "Resepsi di Tanjong Karang | Inap Desa Laman Haji Munjar"

kalau dapat letak sekor cicak tokkey, konfem hang terus cekaut! hahahhaha. jee, elok fina buat fringe rambut mcmtu.. mcm anak dawaaa angatt..

k.cah: rambut dia tu apak dia jaga. tak potong. tapi nak urus sikat takmo pulakkk ..hangin jee!

cicak tuuuuuuuuu xmoo cerita.. geli teriaqqqqqq! masih terasa cicak tu melekat kat lengan ni.. hanyun2 takmo pii.. melompat ke dashboard.. eeeeeeeee vodo cicak ni bahahahahahahah

Menarik beb. Bab kodok tu aku Tak tahan. Rumah mak aku dulu kodok suka bertelur dalam kolah. Sabo jelah.

menarik homestay ni. especially yg ada buai kat bawah tu

bestnya, bergaya kakak n makcik pantin

lawo inap desa nya, dapur besar luas... rumah pun lawo, bilik air nya walaupun ada tempayan tu tapi tetap moden dengan toilet duduk tuh

Air dalam tempayan tu woo. Mana nk dpt skrg ni nak oi. Hehe

Wah..Selamat pengantin baru Mira. Lawo pengantin. Pelamin pun lawa. Yang penting kakak pengantin vogue de vass gitu. Baju ropol2 sib baik tak celup dalam lauk

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top