Munafik 2



Minggu lepas aku telah buat sesuatu yg aku sendiri tak pernah buat untuk sekian lama. iaitu pi tengok cerita HANTU. HAHAHAHA... aku ni penakut tapi buat2 berani. hati tu nak tengok tapi PENAKUT!! Kalau kat rumah tengok cerita hantu aku akan standby satu bantal kecik untuk tutup muka. dalam panggung tak boleh bawak bantal kan. so caranya, aku bawal pashmina. senang nak selubung kepala teruihhhhhhh.. HAHAHAHAHA nampak samar2 di sebalik tabir jadiii lah (baik tak yah tengok)


aku pegi tengok dengan family ucu, anak aku duorang, adek, a'a & wani.. terus booking 11 seat..
port biasa tengok wayang kat tgv Wangsa Walk.. sebab dekat giler dengan rumah
hahahaaaa



Cerita ni mengisahkan 

kesinambungan dari filem Munafik 1 tentang kehidupan ustaz Adam yg dulunya tak boleh terima hakikat kematian anak & isterinya. ustaz Adam bertaubat dan keimanannya begitu goyah dalam Munafik1. tapi kali ni menguatkan iman ustaz Adam dan hubungan dia dengan Allah semakin rapat. cabaran kali ni bukan persoalan tentang keimanan tetapi bagaimana dia berhadapan dengan golongan munafik atau dajjal akhir zaman.

kisahnya, ada sebuah perkampungan yg terpesong jauh dari ajaran agama Islam.. Abujar (Nasir Bilal Khan) konon menggangkat dirinya dia sebagai tuhan yg boleh bawak orang ke syurga. lebih kurang macam ayah pin la dulu. sape yg menentang ajaran Abujar akan dihukum bunuh & di bakar hidup2. jahat..jahat!! jahat nak mampos dia. Sakinah (Maya Karin) terpaksa duduk dalam hutan untuk meneruskan ajaran Islam secara senyap2. Sehinggalah datangnya ustaz Adam yg membantu untuk mengubat imam Malek (ayah sakinah) yg di sihir oleh Abujar. ustaz Adam ni bergadai nyawa untuk menyedarkan orang kampong tentang ajaran Islam 

ending dia macam tak best la.. aku berharap ustaz Adam tu akan terus hidup. mungkin Munafik 2 ni penutup cerita. No more munafik lagi.. akan ada cerita plot baru.

JALAN CERITA
bagi aku jalan cerita di Munafik1 lagi menarik dengan banyak tanda tanya. di Munafik 2 mengajarkan, ada 'sahabat' di hadapan kita muka malaikat. tetapi kat hati penuh dengki yg berkarat.
korang takkan rasa boring sebab setiap saat akan ada surprise yg horror hokey.. 

SERAM
memang seram. untuk pengetahuan korang, aku tutup mata hampir 80% sepanjang filem ni diatayangkan. so aku tengok dari celahan-celahan jari yg gebus. takut weh! soo time hantu tu nak keluar je memang sumpah aku tutup mata siap-siap. aku rasa memang takut la dengan sound efek yg tiba2 je berdentum... sial! pastu part ustaz Adam kena hempuk dgn kayu bagi pengsan, sedar2 dia dah ada dalam sebuah keranda bersama mayat yg dah berulat. eeeee takut.

SEDIH
cerita ni berjaya buat aku bergenang air mata.. ustaz Adam memperjuangkan islam hingga ke titisan akhir. tapi aku still nampak Syamsul tu suara macam mendatar je.. apsal eh! penghayatan aku tak sampai kot? bahahaa SEDIH bila orang yg ustaz Adam sayang (mak) dia mati. part MAK memang aku sedih.. rata-rata pun dah tahu kenapa?  macam mana dia boleh mati itu kena tengok la kang aku cerita semua kat sini tak seram laa

Spoil..
kalau citer seram memang kena gelap2 eh! aku terfikir nape lah duduk kat rumah malam2 tak pasang lampu. lampu mana? aku kalau duduk kat rumah setiap sudut bukak lampu, biar terang  menderang rumah aku macam hari raya bahahaha

berapa BINTANG?
aku nak kasi 8/10 bintang, sebab lagi 2 bintang ganti balik part yg aku tutup muka tak tengok.
hehehehee



-gee-

Tag : Movie Review
6 Komentar untuk "Munafik 2"

suami dok ajak pi tgk, tapi saya rasa macam belum cukup sado. takut je rasa nak tgk hehe

takpeee.. kalu takut peluk cik abg .. hahaha

Yeah kita geng. Tgk citer seram sorok blkg bantal. Plg senang mute sound. Then rewind semula sbb dh tau part seram kat ne. Haha

Tunggu keluar TV jelah. Haha. Tapi katanya ada sambungan sebab ada orang tanya Syamsul tu kat Twitter. Gitew katanya dia kena kecam sebab buat filem kesedaran..elokla pulak tayang zaman banyak munafik ni.

nak tengok tapi takut nak tapi takut..takut tu lebih..hahaha.so xdela tgk lagi movie ni.heheh

Hebat cerita ini.. Sila lah dtg ke blog saya http://akuman85.blogspot.com

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top