Muzium Negara - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Muzium Negara

Jepun Mari | Friday, 21 September 2018,09:49 |
ni cerita yg lepas-lepas.. tapi tetap nak up kat sini.. di sebabkan cuti yg panjang bersambung2.. dah takde plan nak jalan mana? tiba2 ucu up dalam group 'jom pegi Muzium' 
krik... krik. krikkkkkk
macam kelakar pulak nak pegi Muzium Negara tuhhhhhh haaaaa..
dah bertahun tak jejak ke Muzium kali ni nak pegi pulak.. tak sure ntah apa yg ada kat dalam tu. last time pegi masa kecik2. tahun bila tak ingat! kebetulan masa tu ada pemeran hantu.. sape ingat? ada dulu pameran mumia yg di import dari Mesir untuk pameran kat Muzium. time tu segala hantu di pamerkan, jenglot, jin toncet, toyol. siap ada bunyi langsuir mengilai-gilai.. siot betol!! suka mainkan perasaan orang yg penakut ni. yg mumia tu sebijik macam dalam cerita 'the mummies return' siap balut2 gan kain putih tu. pastu duduk dalam karung dia macam bathtub tu.. riso je takut dia bangun jadi zombieee. 

time tu aku kecik. ada satu bilik tu pasang asap kemenyen... siap ada orang yg jaga. dia cakap kalau lemah semangat better tak payah masuk.. tapi bapak aku lex je masuk.. tak sure hantu pe yg letak kat dalam tu.. aku kan penakut, intai pun taknak. tak lama pun dalam tu sebab aku dah melalak mintak keluar.. kahhh kahhh. naseb takde rasukan syaiton nirrajimmmm.

tu last masuk muzium..
now came back with family wak yah melawat MUZIUM NEGARA
kah kahhhh kahhhhhhh

jom la nengok apa yg ada kat muzium ni.

Muzium Negara
tangga menuju kejayaan.. kwangg kwang
exceli, kat atas tu kaunter tiket. yg ramai2 kat atas tu tengah beratur nak beli tiket.

tiket masuk :
Dewasa RM2, warga emas / OKU RM1, kanak-kanak (3-12 tahun) Free

Muzium Negara

elok ucu tengah jalan nak masuk Muzium, tiba2 ada pelancong Korea nak bergambar.. makcik yg tak berapa nak ada rambut tu bukan neneeeeeek aku.. dia adalah pelancong Korea gan kawan dia yg pakai cap.. macam ayam gan itik bercakap sepatah harem tak paham.. yg paham yes.. no.. yes.. no 

yes 'u takdeee rambut' bahahahaa

Muzium Negara
pelik budak ni tengok tengkorak.. tengkorak ni berusia lebih dari 500 tahun. gila tak gila punya lama tahan.
aku cakap nilah tengkorak yg ada dalam kepala kita..
banyak tanya budak ni sampai takde idea nak jawab apa
'kenapa hidung dia belubang'
'mana rambut dia'
'dia nak makan macam mana'
'dia boleh nampak tak, mata dia berlubang'
bla bla blaaaa blaaa
aihhh penat nak jawab soklan dia. last2 aku bawak ke tempat lain.

Muzium Negara
pe tah nama alat ni.. tepok padi ke hape tah..
ucu sempat merasa guna benda ni.. kampung kan kat sawah Sabak Bernam tu.

Muzium Negara
ada helah dia pegang2 kain orang tu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Muzium Negara
UCUUUuuuuuuuuuuuuu
tak malu selak-selak kain orang bahahahah
dia cakap nak tengok orang tu pakai sepender tak.. tak pakai sepender ok lagi.. jangan dia kentut sudah!!

Muzium Negara

'nak duit raya makcik'

ni istana lama, ia dibina tanpa sebatang paku pun, semua pakai pahat

Muzium Negara
kiri : nenek, c.zali, c.lan, haikal, c.jan, miss suzie, hakimi, ajid, fina, mira, ucu, c.jue, c.ani.. ehhhh penat lah nak sebut sorang-sorang.. ada ramai lagi yg tak masuk kat tepi2 tu..
kate rombongan keluarga. paling kurang 20 orang ada.

complete rombongan wak yah the family ke MUZIUM NEGARA
#bookofrecord

overall.. takde pe yg best sangat kat dalam ni. barang pameran pun takde yg hebat sangat.. for me untuk pembelajaran & pengetahuan better la. lagipun setiap negeri dah ada muzium dia sendiri, so banyak khazanah yg dah di ambil oleh negeri masing-masing. kalau nak adventure better pegi ke muzium negeri, kat situ mungkin banyak input. bagi aku ok laaaaa. takde la boring sangat. kitorang bukan nak tengok sangat pameran kat muzium ni.. salah satu sebab nak happy2 dengan keluarga. sembang-sembang/gelak tawa. sepanjang dalam muzium ni kitorang asyik ketawa sampai krem perut.. asyik membahan je kejenya.

Muzium Negara
seredak-seredak tu sedap.. ajid suka makan gaul-gaul dengan nasi.

balik dari masuk Muzium, masing2 kelaparan tahap gaban. sekor2 muka macam zombieee cari nasi.. kitorang makan ayam penyet kat area Gombak tu. simple ada nasi, ada ayam.. settle

Muzium Negara

-end-




-gee-
Tag : Family, Muzium
7 Komen untuk "Muzium Negara "

SA percaya kalau pi melawat Muzium Negara, selalunya anak- anak yang teruja lebih...

Nottylah ucu u hahaha...

Tapi baguslah ramai pulak yang join ye. Family akak takdelah gamaknya yang nak join kalau buat rombongan cik kiah ke muzium macam ni :p

mula2 diorang mmg excited sbb tak faham pe kebenda muzium tu.. bila dah sampi semuaaaaa muka toyer.. krik krikkkk hahahaa

tak plan.. tiba2 je semua nak turun.. hahah macam pelik bin ajaib pulak..

zie mana ke pic kat ketapi belakang mezium tu?? wajippppp posing situu woooo..

bagus bawak anak² ke sini..jadi diorang lebih teruja dari kita..ke kita teruja dari diorang...hehehe

Lama oi tak masuk muzium. Last masa baru2 kawen rasanya. Nak bawa lah syafi ke sini nanti.
Pameran hantu tu pernah masuk juga rasanya. Sama lah tak berani sgt.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top