Jalan-jalan Melaka : Freeport AFamosa Outlet



Sementara nak tunggu check in pukul 3pm, membiasa jalan-jalan cuci mata. Serious seh first time aku sampai Freeport aFamosa Outlet ni. tempat biasa-biasa je, takde la best sangat. lebih kurang macam JPO, Genting Oulet. jpo aku tak pernah pegi. kat sini ada dr.Cadin, Puma, Nike, clarks, camel active, Carlo Rino. tapi layankan jalan2 sebab nak menghabiskan waktu. masa pegi Melaka ni anak2 taktahu pun mak apak dia planing apa. cuti umum isnin selasa pun depa taktahu. better keep secrets dari depa tahu, kang macam berteh jagung tak berhenti betanya.. pitam!!

Jalan-jalan Melaka : Freeport AFamosa Outlet

sampai kat Freeport Outlet ni Ajid cakap ada 3 perkara yg dia dah lama tak buat. time dia cakap tu nak tergelak pun hado.. aku cuit-cuit laki aku.. bahahah monyok je muka diorang. kesiannnnnnn haha
1. pegi zoo
2. mandi pool
3. main taman (playground)
HAHAHA


Jalan-jalan Melaka : Freeport AFamosa Outlet

'boring mama' HAHAHAHAHA

Jalan-jalan Melaka : Freeport AFamosa Outlet
 tempat apa la mak aku bawak ni.. miahhh miahhh

Jalan-jalan Melaka : Freeport AFamosa Outlet
muka ada senyum sikit dapat main benda pusing2 ni.. bayar pun murah singget sorang satu kepala.

kejap yeeee anak2.. mak apak korang nak usha kasut kejap.. 

Jalan-jalan Melaka : Freeport AFamosa Outlet

since dia nampak bini dia dok try macam2 kasut.. 'apa kata mama beli yg helok sikit' hahaha.. nampak sangat selama ni dia pegrati je kaki guwe.. 
dia ni memang cerewet bab kasut. tengok jahit tapak la. jahit tepi la. jahit tulang belut takmo bang?sebab tu kasut dia tak banyak. satu kasut dia boleh tahan 10 tahun pakai. ko ghase agak2 berapa rege 1 kasut?. aku pulak jenis yg banyak kasut. agak2 dah rabak aku buang. boring pulak pakai kasut bertahun2 bahahah 
ni pun dia yg pilih. konsep aku senang. sedap kat kaki aku pakai..

Jalan-jalan Melaka : Freeport AFamosa Outlet
terus sewel bini dia dapat sebijik Polo Hill.. i ok je bila pakwe lanjer. harga asal tak ingat la weh. tapi ada dis 50%.. sandal hitam yg aku pakai tu ok peeee. beli kat Brand Outlet RM47 beli dapat dua.. ngeh.. ngeh. huntung dapat dua.. hahah selesa pun selesa, lembut je tapak.. bila pakai bau macam chewgam tauuuuuuuuu

dah pusing2 perut pun lapar.. plan nak makan asam pedas.. rugi laaaa dah sampai Melaka tak pekena asam pedas. kat aFamosa Outlet ni tempat food tak banyak.. foodcourt dia pun tak meriah. ada pun KFC.. idok la teman datang jauh2 nak makan K.F.C.. so, keluar cari ASAM PEDAS.

Jalan-jalan Melaka : Freeport AFamosa Outlet
 telor itik lemak kuning sayur pucuk ubi yg perghhhhhhh.. sedap 


tak jauh dari aFamosa Oulet ada satu kedai makan Rimbun nama dia. berdekatan dengan gerai durian yg jual tepi jalan. tak kisah la kedai pe janji ada asam pedas. aku amik asam pedas ikan tenggiri, nasi  gan telur itik lemak kuning sayur pucuk ubi, husb pun amik lauk yg lebih kurang sama, nasi ayam untuk budak2. total semua RM25.. terkesima kejap! bior betol makcik kira.. ke makcik kira meja sebelah? apa2 lah makcik. asam pedas makcik sedap.. aku siap hirup2 kuah asam pedas dia.. rasa nak tapau bawak pegi hotel.. 




-gee-
Tag : Melaka, Travel
10 Komentar untuk "Jalan-jalan Melaka : Freeport AFamosa Outlet"

comel je anak anak akak hahahaha bestnya dapat jalan jalan

Baru je beli kasut kat BO. Buy 1 free 1. Ok what. Haha

alhamdulillah, seronok nya jalan jalan, yang penting asam pedas melaka tu memang tak dapat dilupakan sungguh~

Pakwe awak samalah cam pakwe akak ni hah. Bab kasut ke baju ke seluar ke memang particular. Segala benda dia nak cek dulu :D

Comeynya gaya ajid & Fina tu...

Rezeki zie la tu dapat harga gitu. Kira murah tu.

Murah beb rm25. Afamosa free port tu tak best. Haha..suka lg JPO

comel mcm mak dia kah kahhhhhhh

kan.. kasut pompuan bnyk yg murah.. tpi jgn aspect boleh pakai bertahun2.. bg zie senang je dah rosak beli baru hahahaa

memnag tu yg dicari.. asam pedas melaka..

bolh la geng gan suami akak.. hahaha

quite boring sikit la.. klu betol2 yg memang nak shopping. ok..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top