Kalau dah tertulis bukan rezeki kita, memang bukan hak milik kita.
Beli kat org yg jual tepi2 jln tu, tah rohingya ke yg jual. Diorang jual lagi murah, beli udang, sotong, ketam RM70, puas hati makan dapat banyak. Ketam pun isi padat, udang besar2, sotong panjang2 semua fresh lagi. Semua nampak fresh, takde la pulak dah benyek ke haper.
-zie-
Cerita bermula dari bapak aku pergi pasar borong kat Selayang tu. Abah memang beli barang basah kat pasar borong selayang atau NSK selayang tu. Pagi2 abh dah start enjin moto grengg gi pasar. Biasa hari minggu aku akan masak sedap2 since mak tak berapa sihat ni. Kitorang la take over rumah tu.
Sampai rumah abah cakap
'abah beli sotong dgn udang tapi dah hilang, orang curi'
jeng jeng2
Abah cakap besar2 udang dgn sotong dia, total semua sekali RM51. Letak dalam bakul moto, helmat kat bakul moto. Elok je helmet tu di alihkan ke seat, sotong dgn udang dlm raga hilang. nasib ikan tenggiri dgn ayam tak hilang, mungkin letak belah bawah nak angkat berat. Padahal abh masuk gerai sayur beli sayur kejap je. Kejap2 abh cakap besar sotong dgn udang abh beli tadi, panjang2 sotong dia. Macam terkilan sian abah...
Tak boleh jadi ni, sok ye aku gi pasar Selayang naik kereta. Tak suka sebenar ye gi pasar Selayang tu, busuk. Aku suruh amir gi sorang naik moto, nak jugak bawak bini dia ni, di seret ye aku, dia cakap tak payah mandi pun tak. Aku cakap 'pergi je la sorang naik moto' suruh jugak aku ikut, dia cakap tak payah turun pun takper, jadi peneman dia dalam kereta. Ini nak suruh manja2 ke haper, kalau nak ajak detim ke, cari la tempat yg best sikit ini PASAR SELAYANG buat perrrrrr. Sesak, jln sempit ya amat, tak suka. Dek memikirkan udang sotong yg kena curi semalam, ganti balik udang, sotong tambah beli ketam sekali.
ketam lemak kuning
Since mak sakit, dah lama abh tak makan lemak kuning. Hari tu aku masakkan ketam lemak kuning, hiris daun kunyit sikit. Bertambah2 abh makan, maklum la org negori somilan lomak kuning cili api tak dapek di pisahkan.
esok ye masak asam pedas ikan tenggiri, tengok gigi pun dah tau tak gosok gigi.
next, udang sambal
ini untuk budak2, dah semua menu pedas2, gorengkan ayam drummet utk kiddo's
Tak dapat nak ganti cara lain, cara macam ni pun dah cukup puas hati. Nak cari pencuri yg curi udang sotong tu memang tak dapat la. Tapi dengan cara mcm ni dapat la sedap kan hati orang tua kita. Orang yg curi udang sotong abah den tu 'watch out, dah lama buat keje ni' Makan benda haram
Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak.
Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak.
Tak pe la, mungkin ada rezeki lain yg Allah nak bagi, semoga org yg mencuri tu mendapat hidayah dari Allah, tak kira lah islam ke tidak, mengikut kepercayaan masing2, mungkin dia dalam kesusahan yg membuat dia terpaksa mencuri, tapi ada banyak cara lain yg tak perlu mencuri. Wallahu a'lam...
-zie-
Tag :
Resipi
5 Komentar untuk "Sotong dengan udang kena curi!! Astaghfirullahalazim"
X pe Allah nak ganti dengan rezeki lain ..untuk pencuri tu . kat akhirat esok2 mana mau lari... Teruk perangai manusia sekarang ni.
Singgah sambil tinggalkan jejak.. :)
Ya Allah...Hmm..xpela..xde rezeki..tapi Allah gantikan rezeki yang lain...
kita halalkan sahaja mungkin yg curi itu mereka yang miskin atau dalam kesusahan..
Semoga Allah berikan mereka peluang untuk berubah..Amin...
Alahai kesiannya..macam2 sekarang kan..benda macam tu pun nk curi
...
Eh eh teruknya siap kena curi.
alahai..
sedey kan
suami saya pernah gak jd mcm tu.
katanya tak denya org mk curi
skli ari tu msa kat pasar pud, beli ayam. terlupa beli brg tinggal kjap kt moto. skali dtg tgk dh tak ade..
bukan rezeki kita lah tu, kan!
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.