Penyusuan susu bagi ibu yang bekerja



Teringat kisah masa menyusukan Fina, cuti bersalin untuk 3 bulan hampir berakhir. Pejam celik dah nak naik kerja. Pengalaman menyusu anak pertama telah mengajar untuk menjadi lebih sempurna. Pernah masuk peraduan penyusuan susu ibu peringkat HKL dan dapat tempat ke-tiga, ada cerita disebalik kisah . Ada cerita teknik penyusuan ibu yang betul disini. 

Persedian penyusuan bagi ibu yang bekerja :

1. Kerja memerah boleh dilakukan menggunakan tangan atau pam. Kalau mengepam pakai tangan akan cepat penat. Masa tengah mengandungkan Fina, sibuk mencari pam susu yang sesuai. Google sana sini, tengok kat FB, insta semua mahal, ada yang cecah ribuan ringgit. Tak mampu nak beli semahal itu. Pam susu bukannya murah. Kebetulan pada masa itu, join CME tentang penyusuan ibu dan kenal salah seorang pembekal yang menjual pam susu jenama Medela.

penyusuan susu ibu
Medela Swing menjadi pilihan hati, bersesuaian dengan harga. Masa itu beli dalam RM500 lebih, kalau tak silap tak sampai RM600 pun. So, terus comfirm nak beli.

penyusuan susu ibu

2. Buat stok susu. Seeloknya susu mula diperah tiga minggu lebih awal dari tarikh sebelum mula kerja. Simpan susu dalam bag plastik macam ni, jimat ruang untuk menyimpan nanti. Labelkan setiap paket dengan tarikh dan masa mengepam. Ingat lagi, gigihlah bangun tengah malam semata-mata nak mengepam susu. Susu perlu disimpan dalam kuantiti kecil, cukup untuk satu penyusuan sahaja. 

penyusuan susu ibu 
3. Buat persediaan seperti peti ais tambahan dan perlatan lain. Bagaimana menyimpan susu? Susu yang diperah hendaklah dilabel tarikh diperah untuk disimpan di peti sejuk beku/nyahbeku. 


storage bags penyusuan susu ibu

4. Peralatan lain yang diperlukan seperti storage bags dan cooler. Tempoh cooler dapat bertahan dalam pam susu adalah di antara 6-8 jam.

5. Beritahu kepada majikan tentang keperluan dan niat untuk penyusuan ibu. Jangan disebabkan mengepam susu sehinggakan menganggu kerja dan tertangguh. Set masa dan perlu bijak mengatur tempoh mengepam dengan baik. Majikan pun tak marah kan kalau kerja settle.

6. Sentiasa mengamalkan doa agar dipermudahkan urusan penyusuan. InsyAllah segala usaha murni akan mendapat ganjaran pahala di samping mengukuhkan ikatan dengan anak.

penyusuan susu ibu
Ini Fina umur 3 bulan, pipi hasil dari penyusuan ibu

Bagi saya, walaupun terpaksa berbelanja agak besar di awal untuk membeli sebuah pam Medela dan kelangkapan penyusuan yang lain tapi saya yakin ia jauh lagi jimat berbanding membeli susu formula.








-zie-
...................................
6 Komentar untuk "Penyusuan susu bagi ibu yang bekerja"

kalau dpt majikan yg memahami mmg bersyukur sgt2 kan

syukur sgt kalau ada support dari org lain

wooooah cabaran sungguh yaaa nak kasi anak menyusu.. tapi yes..
kena buat macam ni sistematik insyallah okay =)

tabik buat ibu2 diluar sana..

insyallah yabg penting nawaitu nak menyusu anak

beruntung sangat sis boleh menyusukan baby,saya susu x banyak :(

ms 1st baby sy pun tak pandai nk perbanyakkan susu, bila 2nd baby baru pandai sikit hhaha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top