Ekspo Pertanian Pesta Konvokesyen UPM, Serdang



Sekarang di UPM, Serdang sedang berlangsungnya Ekspo Pertanian Pesta konvokesyen ke-39 dari 30 oktober hingga 04 November 2015 sahaja. Tahniah adik2 kakak2 abang2 yang bertungkus-lumus untuk mendapat segulung Ijazah. Bertahun2 untuk menghabiskan segala dugaan dan rintangan sepanjang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Aku pergi sana bukan nak meraikan konvokesyen sape2 tapi mak nak cari bunga Orkid, ada bermacam2 jualan kat eskpo ni selain pameran Orkid. Sekarang mak tengah gila bunga Orkid. Pergi sana semata-mata nak cari bunga orkid. adoii mak !!. Lepas mak nampak Orchid terus lupa anak cucu. Abah pulak dengan anak pokok, anak pokok nenas lah. 

Di samping itu, ada banyak jualan lain seperti gerai makanan, baju2 dan shwal yang jual online pun turun padang sekali. Ramai anak muda kita yang join booth jualan. Shawl, kain pasang english cotton, tudung bawal, AidiJuma, Shawl macam2 lagi. Benih anak2 pokok pun ada jual, macam anak pokok rambutan, pelam, durian, macam2 benih pokok. Siapa yang dekat area sini dan sedang mencari anak benih pokok boleh la datang sini sampai 04 November je, lepas tu kalau cari memang tak de lah..

Macam2 program ada, boleh naik trektor jalan2 pusing UPM bayar RM5 dewasa, kanak2 RM3. Nanti ada konductor yang menceritakan tentang UPM. Ada painball, flying fork pun ada, tak tau bayar berapa.

Ekspo Pertanian
 Orchid For Sale

bunga orkid
 Macam plastik kan, tapi tu bunga Orkid betul.
bunga orkid
Ada yang murah, ada yang mahal. Boleh pilih ikut citarasa

bunga orkid

bunga orkid
Ada RM8, RM10 dan RM12. Pilih ikut sukahati.

Ekspo Pertanian
 Ada taman Orkid juga, kiddos main lari2 kat sini.

Ekspo Pertanian
 Tengah main lari2, tiba nak terkencing pulak. Dah mengagau cari toilet. Tadi mama tanya taknak kencing lagi katanya.

Ekspo Pertanian 
Azreq with favorite untie - Adek

Ekspo Pertanian
Boleh bagi rabbit makan, masuk bayar RM3 seorang. Aku bayar untuk 2 orang Azreq and Fina, sekali Fina tak nak masuk, rugi je bayar Fina tak nak masuk. Geli dia cakap. Jinak rabbit ni, boleh pegang2 belai2, Azreq cakap rabbit ni putih macam susu dia..hahaha

Ekspo Pertanian
 Kejap je Fina masuk, pastu dia nak duduk kat stoller.

Ekspo Pertanian
Comel rabbit ni, pandai dia makan. Fina punya la penggeli, siap nak berpeluk je.

Fina tak nak turun nak berdukung, 
Azreeq siap paksa rabbit tu makan " nah makan ! makan!" dia cakap.
rabbit
arnab jinak
 Finally, Fina duduk kat stoller. Nampak tak kat anak panah tu. Nasiblah Adek ada boleh la dia jagakan budak2 ni. Mak abah tah mana, nampak orchid terus hilang.

rusa yang jinak
 Boleh bagi rusa makan, bayar RM1 kalau tak silap.

kuda yang jinak
Ada kuda juga, kuda ape tah namanya. Tak sempat baca Info. Tapi kuda ni cantik, masa ni dia macam tak selesa mungkin sebab ramai orang, kuda ni macam marah ke sana ke sini , berdengus banyak kali. Azreq cakap kuda ni kentut, mama. Ada student kat situ tergelak dia dengar Azreq cakap.

lembu
 Ada lembu juga, siap boleh pegang lagi.
Area sini ada playground, kiddos terus berkejar nak main playground.

nasi ayam dara
 Nasi Kukus Ayam Berempah - RM5
Kat sini ada banyak gerai jualan makanan, murah pulak tu. Harga student.

kopi satu sedap
 'Kopi Satu' pun ada - Ice Blended Cuppuccino RM5.85

 Sedapnya sedut, cuaca agak panas juga. 
Tapi redup sebab banyak pokok2 boleh berlindung.
  
tutorial shawl 
Sempat rembat chiffon shawl RM28/pcs tapi ada offer kalau 2/pcs RM50, terus ambil dualah. Chiffon premiun, kain lembut dan berat senang nak bentuk, yang penting tepi shawl bukan jahit tepi.

 Selfie sebelum pergi, sama tak muka kami. Muka lebar setalam

 Tuan belog sebelum bermandi peluh masam, licin kulit camera pentipu.










-zie-
...................................
Tag : Lifestyle
12 Komentar untuk "Ekspo Pertanian Pesta Konvokesyen UPM, Serdang"

cantiknyaa bunga orkid tu :D

mmg cantik, macam plastik tapi bunga orchid betul.

alaaa...dah tak sempat nak bawa anak-anak ke upm

bestnyer pergi sini, bunga orkid tu memang lawa lah..

Hi Zie, cantiknya the orchids, harga pun kira ok tak mahal sgt. I pun suka tanam orchids juga.
Your anak very cute and adorable. Nice pictures, thanks for sharing.

Thanks for dropping by my blog, Best regards.
Amelia

tu la, kejap sgt ekspo ni, kalau MAHA lagi banyak pilihan,

lawa bunga orchid ni, nmpk macam plastik tapi real orchid

hai Amelia, tq dropping my blog to,

wow bestnya
anum singgah n follow back

Tahniah pada para graduan.... Alhamdulillah berbaloi segala penat lelah belajar kan....
seronok nya kalau dpt ke Ekspo Pertanian mcm ni..mcm2 ada...
salam singgah & follow #85 :)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top