Taknak kurus. nak berat badan geli-geli



Assalamualaikum mengkome

Lama gilos tak update kat sini. Sekarang ni hakak takde kat KL hik hiks. agak2 baru touchdown kat KK kot. now baru ada mood nak menyembang. sebenarnya ada banyak benda nak cerita, hal keluarga, hal diri sendiri. tapi tak semua benda yg boleh kita share kat sini. sedangkan nabi lagi dibenci umat lagi kita manusia biasa, apa yg perlu buat? jangan mengadu kat media sosial, buang masa hmpa! cerita tak hot mana tapi dia punya riuh tu sampai ke danok bahaha. lebih baik tadah tangan berdoa minta dengan Allah.. itu yg terbaik.

ok.. tudiaaaaa panjang tol mukadimah dia. ni sebab gatal tangan la ni dah lama tak menaip mengentel hahaha

Taknak kurus. nak berat badan geli-geli

straits to the point, taknak kurus. nak berat badan geli-geli je.
nampak BMI aku kat atas ni.. 

26.9 overweight siotttt!
aku ni baka tak tinggi. tinggi 148cm (tapi always mention tinggi 150cm) kalau berat tak normal, kang ada pulak compius mana satu kak mah (rosmah mansor) sebelum orang melebalkan aku kembar kak mah better to do something.

Taknak kurus. nak berat badan geli-geli

aku mula sedar mengGEMOK start bulan dis 2018.. itu pun dah hujung2 nak masuk tahun 2019. sebelum ni memang sedar pun diri tu gemok, tapi buat bodo jee. malas nak amik tahu. memang tahu diri tu semakin mengajah, memang sajer taknak timbang. sebab nanti kecewa. pastu mula marah dengan diri sendiri sebab makan ikut sedap tekak. biasaaaaa! terapi minda hahaha

sampai lah satu tahap, ada satu hari tu aku  kat rumah dah duduk berat giler bontot ni nak bangun. badan rasa berat, malas nak gerak, duduk la ngko membusuk kat situ. punya femalas sape yg lalu memang siap aku kambing hitam kan suruh pass barang. 

aku kata? pehal wehhhss semakin MALAS!

ini tidak adil, to be honest...
kalau di biar lama. semakin membelon aku. target aku, taknak kurus dapat berat badan geli-geli pun dah sokkkeyyyy. janji normal weight. dapat BMI cun cantek dah. sebab kurus sangat pun tak cantik, kurus melidi dah macam orang tak cukup zat buat pa! hahaha (sukati je kan, orang kurus sila jangan meroyan steatment aku ni) dapat badan sedap2 ok la

kena ingat.. kalau berat badan dah start naik akan terus naik. nak turun memang sejuta kali susah. kecuali betul2 nekad. tak kisah lah berapa lama masa amik pon, 3 bulan, 6 bulan, even bertahun pun. janji effort tu ada.

so, bila hidayah tu sampai untuk jangan jadi berat bontot. bahasa kasar PEMALAS! (aku cerita tentang diri aku yeeee, takde kaitan dengan orang lain) aku pun start nekad nak turunkan berat badan sikit. dapat normal weight cukup dah.

cara aku:

  • awal tahun aku start joging. boleh tengok sini aku jogging sampai tercabut tapak kasut.
  • aku cut sugar. memang susah giler nak cut sugar. sebab every morning aku akan layan cappuccino @ kopi.. sedap gile wei bila ingat balik kopi2 favorite aku ni. aku ni coffee lover. tapi have to lah untuk lebih sihat. bukan tak minum langsung, kalau teringin aku amik jugak sugar. tapi dalam kuantiti yg sikit. seteguk-dua cukup untuk merasa. bukan melantak yeeee.
  • lebihkan air putih setiap hari (2-3 liter sehari)
  • aku amik GC Plus. Kalau korang blogger memang kenal dengan Kak Di (Diana Ishak).. sila hadam betul GC Plus ni untuk apa.. Boleh refer SINI 

Taknak kurus. nak berat badan geli-geli

Sebab apa amik GC Plus?
sebelum ni macam2 dah aku buat. on diet la.. tak jalan hokey! korang ingat aku boleh diet-diet ni semua. aku ni kan tekak owang kampong, nasi & Suzie berpisah tiada. Kalau aku nampak kambing golek, aku tak amik kambing tu, aku amik nasi dulu (sebab tak makan kambing). istilah diet ni memang takde dalam kamus hidup aku ehh.. gittew!! bahahahaha

pakai girdle/corset.. ada laa pakai tak sampai seminggu. aku rasa dah hazab nak mampos sekat-sekat makan ni. takde nikmat langsung. kalau korang yg gigih pakai girdle tu aku memang salute giler, sebab aku tak boleh macam tu. lebih redho membiar diri tu membesar dengan sihatnya. Bila sampai rumah bukak girdle tahap lapar tu macam pontianak lapah nasi 8 periuk.. laparrrrr wehhhs. connot la! macam menyeksa diri.. bahahaha

badan aku ni bukan gemok segemoknya sampai berat 70-80kg.. tapi kalau dibiar boleh mencanak naik. Berat aku berat lemak. kalau berat air lose 10-15kg tu dalam tangan je ullos. so, aku memang follow blog kak Di sebab dia ni bijak & hamble. dia berniaga tapi bukan target untuk jadi jutawan. produk dia kalau dia betul2 all out macam dato' alif syukri, keluar TV, sponsor program tv, youtube. aku rasa lebih popular dari orang lain kot. tapi kakDi ni memilih untuk besederhana. 

Produk dia, GC Plus bukan produk oem. ada RnD. pi google kalau nak dapat rnd tu punya susah macam mana. Dia bina dengan formula dia sendiri, buat research dan dia risk own her life untuk jadi tikus makmal untuk test produk ni.

aku yakin dengan produk ni. so aku try. (aku memang susah nak percaya produk2 macam ni)
aku taknak yg cilok formula orang lain pastu rebranding produk sendiri kat kilang.
kebanyakkan produk kat Mesia ni memang macam tu lah kan.. korang boleh choose sendiri, terpulang. pilihan atas korang.

Taknak kurus. nak berat badan geli-geli
tengok perbezaan gambar ni.. aku memang takde sejarah membuntal sangat. tapi kalau korang tengok yg berat 59kg tu semangat betol. dah la tak tinggi mana. 

dengan izin Allah. aku dapat turunkan 5kg.. wehhhhhh wehhhssss.
laki aku benggang giler aku pakai baju biru tu. dah macam baju tido katanya. memang laa wehhss dulu pakai gam2 kat badan sekarang merayap yooo serupa baju kelawar. nak sumbat nana masuk dalam ni pun takde hal lahhhh.

dah susut tak payah pakai baju ketat2 nak tunjuk body. cukup pakai baju biasa, pipi ada shape sikit, peha mengecil, tangan mengurus. itu pun dah cukup nampak ada perubahan.

paling happy, bila pinggang berubah inci, itu tandanya ada pengurangan berat lemak, bukan berat air.
masa berat aku aku 59kg pinggang aku 34inci. after 54kg pinggang aku 31inci. walaupun beza 3 inci, tapi memang susah-susah-susah nak lose weight.. percaya lah!

bukan senang nak turunkan lemak.
hilang 3inci kat pinggang dia punya happy tak tahu nak cakap macam mana laaaaaaaaa weh
aku dah boleh pakai seluar jean levi's aku yg aku beli zaman bujang dulu.. jean tu ada sentimental value sebab seluar jean pertama yg aku beli time dapat first gaji, jean levi's ori, paling mahal, paling lusuh hahaha.

kat bontot dia macam dah tetas sikit, tapi takpeeee boleh tampung. jean ni kalau makin lusuh makin rare bahahahaha..

Taknak kurus. nak berat badan geli-geli

Taknak kurus. nak berat badan geli-geli

yeyyyy.. Alhamdulillah dapat BMI normal.. cukup la.. taknak kurus mengeding sangat.
sekarang aku maintain berat 50-53kg. jangan lebih dari 55kg. nanti overweight balik.

sepanjang aku ambil GC Plus, aku tak skip meal.. ingat! jangan skip meal.
makan tetap makan. pegi baca blog kakDi GC Plus ni functional dia macam mana. Aku dah dapat berat ideal aku stop amik gc plus. bukan kena makan berterusan. macam ubat jugak. dah baik demam still continue makan ubat ke? tak kan? cuma nak bagi mula-mula turun berat tu macam susah sikit. so, aku kena cari alternatif tambahan.

sampai sekarang pun aku still buat exercise. takpayah exercise yg heavy. kena pegi gym, zumba la, aku tak rajin ehh.. yg rajin pegi la kan tapi aku tak rajin. apa yg aku buat, every morning sabtu atau ahad aku akan bukak youtube exercise kat rumah. cukup la kan! dapat keluar peluh sikit-sikit jadi laa. kalau terlebih rajin pegi jogging. itu jeeeee.. bejalan 7 ribu steps pun kira exercise jugak.

makan tetap makan. takde istilah tahan-tahan makan. ko nak makan pe makan lah. tapi jenis beringat la. jangan sampai mentekedarah satu periuk nasi habes bedal. berhenti sebelum kenyang.. enough !!

Taknak kurus. nak berat badan geli-geli

ok. Setakat ni je dulu... panjang sangat dah ni..
nak sambung packing baju, esok nak fly malam ni baru terhegeh2 nak pack.


-gee-

6 Komentar untuk "Taknak kurus. nak berat badan geli-geli"

berat geli2 hehe...okla tu...kita pn berat juga tp tula suka mkn tkleh wat apa ...bila ntah nk turun berat ni..bersenam idok haha..tp nk kurus camne..

Haha uish 53kg uolsss...aku pernah berat tu zaman blaja. Bila angin kuat badan rasa nak melayang. Idealnya kena 57kg je..tapi sekarang hazab...tah bila nak turun berat tu.

Nampak ketara perubahannya zie 👍👍👍
Akak ni pun niat nak buang kilo juga tapi tu lah tak konsisten huhu...

nais!IQ pun da naik berat badan balik, haishh, lain macam lepas kahwin ni, huhu

berat badan ni kalau dah mula naik, badan pun kemalasan melanda jiwa, parah gak kan.. Tapi gee okay dah tu, cmel dah pada kak ana :)

Hahaha.. tajuk tu serius kelakar..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top