Kereta auto untuk bini yang cantik



Sambung citer pasal tukar kereta manual ke auto. Macam tau2 je kereta convert auto untuk bini dia yg cantik, off course.. Mestila sape tak sayang bini oiiiii. Berapa kos tukar gear box kereta myvi?

Amir start buat survey, ada satu bengkel ni kat Ampang harga letak rm3,500 ada gearbox passo je, try survey Gombak, gearbox & wiring Passo RM3,500..mintak bengkel wiring Myvi dia takde stok. Memang nak pilih kat Gombak. dekat pun dekat tapi dah takde stok, nak buat cemana kan. Last jumpa satu tempat ni kat PJ harga RM2,800 gearbox passo + wiring Myvi. Akhirnya, buat kat PJ sebab buat masa ni dia JEEEEEEEE yg ada stok wiring Myvi, gearbox pakai Passo. 
Kalau tanya aku bab ni sure tak tahu, so aku serahkan sebulat2nya kat Amir. Aku ikut je kalau dia kata A, A la jawabnya

Lepas tu dia balik bincang, aku pun layan je la, dengar dia citer gini.. gini..gini.. mata tengok tv ni..
Faham sikit2 la, Amir cakap pakai gearbox Passo..
Aku tanya 'Passo tu pe'
Dia pandang aku tak berkelip, naper bang 'lawo ke bini awok ni'
Aku kata bakso aku tau la hahaa
Passo tu jenama kereta jepun, kat Malaysia takde. Biasa nampak kat jalan tu, body Myvi bonet Passo. Tu dia dah convert.. Contoh macam body Waja, lambang letak BMW, kalau orang yg buta kayu macam aku ni, mati2 ingat huyoooooo dia naik BWW, padahal convert hahaaa
ambil lambang BMW tepek kat kereta waja.

Start hantar kereta hari khamis, dan dia janji 3 hari boleh siap, confident gila cakap 3 hari. kitorang bajet hari Isnin kereta dah ready sebab Amir ada keje nak settle kan hal lori dia.
Amir whasap nak amik kereta isnin sebab dia canang kat media sosial isnin boleh check-out
Call tak angkat, whassap blue tick tapi tak reply. Lama baru reply. Dapat info petang siap..
Ok..
Gi petang sikit dengan anak beranak ikut sekali.. Yela nanti balik nak bawak dua keta kan.

Sampai bengkel, gearbox pon tak turun, kou ghase pe!! yg dok canang keta boleh check-out buat menda...
dia kata wiring dah siap pasang ..
Dia ingat Amir bodo, dia tengok je dia dah tahu 'wiring tak pasang lagi kan' errrr ber ter terrrrrr
Tak berani dia dekat, main hp.
Amir duduk situ tengok pomen dia buat keje, lama gilerrrrrr aku gan anak beranak tunggu dalam keta.. Ni time lunch kitorang ni, tak kira la walaupun dah makan kat rumah tadi, still nak makan lagi.

Gan Fina nak kencing la, mana nak cari toilet yg ok kat bengkel keta macm ni, nampak kedai mamak depan tu, bawak Fina kencing kat situ, takut nak cakap kat laki, mood tak berapa ok kan, hal kecik kita boleh handle sendiri.

Kereta auto untuk bini yang cantik

Kereta auto untuk bini yang cantik
sian pak vi aku dah barai. takut je dah bukak tak reti pasang.. bahaha 

Lepas tu gi makan jap, Amir cakap lepas makan dia nak datang tengok lagi, kalau dah naik gearbox.. OK.. fine

Datang bengkel semula, ok settle gearbox dah masuk. tapi disebabkan dia dah janji Isnin boleh siap, Amir mintak hantar malam sebab esok nak pakai keta, pomen kata ok.. dah malam tak de update info, member dah bengang, wasap tak balas.. At least bagi response pe status, jangan dah baling batu sorok tangan, sian member tu bengkek hati.

Nak tahu kul berapa dia call nak hantar kereta.. 2 pagi!!.. Gila pe buat keje macam ni.. Tengok sikit customer jenis cemana, bujang ke? family ke? kalau bujang boleh la tak tido 2, 3 pagi, ni dah berkeluarga, kalau tak dapat hantar on time.. pleaseeeee response 'keta tak siap pasang lagi bang, hantar esok pagi la sebab hari dah lewat malam'
gittew dek cara bercakap dengan 'orang'
Ini di buatnya macam member2 dia.

Pagi2 dapat wassap voice suruh amik keta kat Sentul SEBELUM 7.30 pagi.. Dah la KAMI pi amik. PAGI pulak tu, tak ke kabut nak gi keje. Banggang betol !! dengan member nak gi keje lagi... Ko tau la laki aku tu mana tahu marah, tapi kali ni dia betul2 hilang sabar.

Kereta auto untuk bini yang cantik

Dah sampai Sentul, kitorang memang punctual sampai 7.30 pagi, yg dia tengah bersiap baru nak turun (rumah apartment) 15 minit jugak la tunggu dia kat bawah, tak boleh sabar dah, dibuat main je ye.. Laki aku tu bukan jenis suka membebel, dia cakap sekali tapi semua takut, anak2 pun gitu, dia jarang mara anak, yg selalu jerit, pekik, terlolong aku la orangnya, budak2 ni dah biasa dengor mak dia macam tarzan, tapi kalau bapak dia mara, jerkah sikit nangis sedu2 sedih sangat macam kena rotan..

Laki aku cakap dia malas nak maki orang pagi2,  'dia' turun je.. Ber ter.. ter.. terrr
Nasib dia diam, tak cakap pe, kalau dia berbalas memang panjang lagi cerita.

Tak nak rekemen!!
So, kat sini aku tak nak rekemen bengkel yg aku buat kat mana. Bila dah berjanji yg kau create sendiri, and somehow janji tu tu macam tak valid tapi kau still pegang pada janji for what reason yg sendiri tak tahu. sampai satu tahap kau sendiri jadi blank. Tapi bila berpegang pada janji, kau rasa macam buat keje bodo sebab takde benefit.

bisnes ni kena jujur, kena face up pe yg terjadi, kalau tak boleh.. terus terang cakap tak boleh, kalau cakap elok, orang boleh terima, kalau asyik nak mengelak takut nak berhadapan dengan situasi macam ni better mintak nasihat, bukan 'senyap'

nak dapat sales citer yg elok2 je kat media sosial, tak baik dek buat kat orang gittew
Kalau dengan satu komen ada bad experience macam ni, tak ke effects pada orang lain jugak. sian kat bisnes ang jugak, so dah de bisnes buat elok2. pegi gali lagi cara2 nak attend customer cemana, bila bisnes ang bagiuhh orang suka, bila orang suka, orang rekemen, nanti ang jugak yg masyuk naaa.

Laki aku mara sebab tu je la, janji tak tepat, dia pun de keje nak buat, bila lari2 macam ni keje dia terbengkalai sebab dia nak repair lori dia lagi, tu yg dia mara sangat.

Siap pesan lagi, jangan buat kat orang lain macam ni, kat aku takper, kalau dapat kat orang lain lingkup bisnes ko. Yg tak tahan tu 'kat aku takper' adoii bang sabar lagi awak ye

Lepas tu, boleh lak buat lawak, cakap nak ajar bini aku bawak auto lagi
Hello!!  bang tak yah la mention tu, nampak sangat bini mu ni kuno..

pakai oppo muka terus jadi flawless habis

Ok.. Sekian cerita 'kereta auto untuk bini yg cantik' ada rezeki lebih boleh angkat kereta baru.

Kereta auto untuk bini yang cantik

Bawak memang sedap la, pakai gearbox Passo kalau tekan minyak memang pickup la, beza aku bawak Axia auto dengan Myvi yg sekarang ni. Ni kita sembang Myvi convert auto, jangan nak bezakan dengan jenama lain, Honda, Nissan, Mazda ke tu lain cerita.

Risiko dia kalau jadi pe2 susah la, tapi tak kisah la, tak larat dah main klac. Nanti nak bawak check Puspakom kat geran boleh declare auto, tapi panjang proses, tu semua laki aku punya keje, aku tau kereta ready on the road.. ahahaha

tahun depan, keta ni dah habis bayar, so aku ada duit balance belanja RM500 sebulan. bestnyaaaaaaa. Sekarang hakak gi keje dengan senang hati sambil goyang tetep pon boleh, tak de alasan nak sakit kaki dah, ni cemana nak cari alasan malas masak

sekarang comel tak !!! bahahahaa




p:s - ok la.. ok laaaaa
tukar gambar lain.. aku pun geli tengok gambar sendiri yg tak senonoh de taik gigi
cannot sebenarnya, rasa nak muntah tengok banyak kali.
bahahahaaaa




-zie-
Tag : Myvi
13 Komentar untuk "Kereta auto untuk bini yang cantik"

Alhamdulillah dah selesai...syukur...

ha molek ... longgar sikit muka hang mai gheja..if not..ketat kemain, mcm skru mati. hahahha. Alhamdulillah. Pangai tak gosok gigi pi ubah naaa.. huduh! hahhahahhaa.

Alhamdulillah, dah selesai semuanya...
tapi customer service workshop nampak teruk...kena hantar pi kursus..

Ngeri ahhh nape ko tepek gambar bawah sekali tu 😄😁

kak geeeee, amende gambar last tu haihhhh..ahahahha!!

best la krete org tu dah convert auto, best wooo autoooo...hahaha! lepas ni vrooommmkan kita di belakang plak..(macam pernah selisih dekat jalan jer..haha!)

pomen mana pernah pegang janji, lebih2 lagi kalau benda libatkan enjin, xkan pernah tepatnyeee...pernah rasa dah...huhu

kannnnn k.sha, pagi2 muka ni yg membebel pasal parking kat HKL ni, stress dengn parking tambah pulak bawak keta manual,, sekrang kurang la sikit stress nya.. ni cemana nak bg alasan datang lambat ni hahahaha

kan.. tak faham degn orang mcm ni.. malas nak banyak cakap

ok laaa. ok laaa.. aku dah tukar babe.. kembang tekak tgok gambar sendiri hahahaaa cannot weh berkaitan dgn gigi ni..

akk dah tukar... kembang tekak tgok gmbar sendiri hahahah
kreta orang lain tu, kreta akak gemuk pendek hahahahahaaaa

Senang lah lepas ni zie. Setakat jammed tu xde hal dah kan. Kaki pun xde lah lenguh2 mana.

Ramai je ana jumpa owner myvi tp kereta tulis nama passo. Haha. Sebab bentuk kereta lebih kurang sama je.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top