Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa



Cerita dah basi, pengantin pon dah pergi honeymoon kat Phuket
Nak cerita kenduri kahwin sepupu kat Kampong Sabak Bernam, kampong arwah mak
Sepupu ni anak kepada abang mak (Wak Kotong)

Wak aku ni kelakar.
kalau boleh semua orang nak di jemput, orang kampong tu memang confirm wajib jemput la
ni posmen yg hantar barang tu pon dia jemput, apek kedai gas pun dia jemput
memang ramai la orang datang, sampai ke petang orang tak putus datang.
nanti nak risik berapa riban dapat membecek bahaha (duit kaut)

kitorang Sampai kampong agak lewat, pukul 12 tengahari pengantin dah sanding
Aku sampai tengah berkompang, laju2 aku turun kereta bukan kejar nak tengok pengantin
kejar sebab nak makan LAKSA
Bongok tau diorang bakor2 dalam wassap cakap laksa nak abes, sape lambat tak merasa
Ape lagi aku turun kereta kendong Fina terus gi gerai laksa, Fina lak tengah mamai baru tido, tu la suruh tido dari KL tak mau, dah nak sampai baru terkial2 nak tido.

tinggal Azeq gan bapaknya terkontang kanting dalam kereta
Baru nak mati enjin, nak betulkan kaki seluar la, dengan Azeq buat perangai lagi,
Lambat !! bio bini mu ini gi rasmi kan dulu

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa

sedapppppp gila laksa ni, kuah pekat, cukup rasa dengan nenas, timun, salad 
telo rebus je takde, tapi di sebabkan nak sangat makan laksa dengan telo rebus, aku gi amik bunga telo kat pelamin, kopek2 makan kat situ jugak, 
hilang bunga telo satu bukan orang perasan pon, melainkan ada orang tiru aksi ni
memang mendapat kena pekik laaaaaaaaaaa
bahahaaa

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
bini yg lupa laki sendiri, nasib abam botak tak marah, dia paham bebenor kalau bini dia jumpa laksa lupa daratan. Azeq tu, biasa la.. dengan mood tak tentu hala yg tak suka kenduri. Aku bagi laki  yg handle, dia dengan bapak dia kamcing. 

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
 cian anak dara aku yg tido aku angkat bawak turun. 

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
ni makanan orang jawa, punten namanya . tah betul eja ke tak!
yg bentuk bulat macam apam tu nasi, nasi lembik di kepal dengan santan, buat bentuk lonjong sikit
lepas tu makan dengan sambal jawa.
perrrrrghhhhhh sedap gila sampai juling jik mata
rasa dia berlemak pedas, nasi tu dah berlemak lawan pulak dengan sambal jawa yg pedas, memang berlawan dalam mangkuk, tah berapa kali aku tambah pon tak ingat, asyik benda ni ulang2

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
sedap woiiiiii
jarang2 buat, tangan embah2 je yg pandai buat

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
ni je yg ada gambar family, muka pon dah berkilat2.. rumah kampong kat sawah macam ni memang mendapat la angin hangat2, takde angin sejuk sepoi2 bahasa yerrrrr 

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
 ni la model2 jaga gerai laksa, sebelah gerai laksa, gerai bubur kacang durian

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
 dari kiri, cik Ani, miss Suzie, Cik jue, Cik Ana dan nenek yg paling kepoh Ucu, semua ni makcik sedara.

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
semua anak dara, terselit sorang bini orang yg hujung. Semua anak dara tratantang tang tangggggg

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
 ni cik jue gan cik lan, diorang berdua hadap nasi ambeng, ni pun makanan orang jawa. tak lama tu baru yg lain join. Ada yg dari tadi tak sentuh nasi lagi sebab busy, aku sampai memang sedang2 elok la, terus zassssssss makan 

nasi ambeng ni menu special untuk rombangan belah sana, tah diorang pandai makan ke tak, 
tengok diorang pon terkuis2 hahahah, dapat orang bukit Antarabangsa lak tu. Rombongan diorang pun tak ramai. 
Tak ramai yg pandai makan nasi ambeng, nasi makan dalam talam, letak ayam kicap, mee, serunding, tempe masak sohun, ada yg suka it's ok la. 

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
 dah ramai yg join makan nasi ambeng

Petang sikit dah habis kenduri, dah siap basuh pinggan mangkuk
periuk kuali je tak basuh lagi, memang tinggal untuk pengantin menyental

aku bisik2 la 'durian ada lagi tak'
semua cakap dah habis, kecewa nak mampossss tak dapat makan durian, orang yag hantu durian je tahu perasaan tu, abah cakap cuba tanya nenek, nenek de sorokkan durian, abah pun tak tahu nenek sorok kat mana.

laju2 gi cari nenek
sekali, inilah hasilnya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa
 dia dah duduk bersila

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa

Alhamdulillah dapat gak rasa durian kampong Gajah yg dok viral tu
tu pun mertua sepupu yg baru kahwin tu import durian kampong Gajah bawak naik helux
malam tu diorang dah open table makan durian, bikin panas kejap2 tayang2 durian dalam wassap group
orang yg masih kat KL tak senang duduk dah, hati tu bengkekkkkkk je, tido malam boleh pulak termimpi makan durian

itu pun nenek sorok dua biji durian kat bawah almari tutup dengan surat khabar
dapat la rasa dua bijik, hadap la laki bini makan doyan

Aku lagi suka durian kampong dari durian kahwin
bukan tak makan, makan.. cuma lagi suka durian kampong
sebab durian kampong original dengan rasa pahit manis gas.. kalau sendawa keluar gas dulu dari bau
tu belum gas dari lubang bawah, baru dari mulut.. kalau melepaskan gas boleh bergegar punggung
perfume narciso pon kalah

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa

Cantik nya permandangan sawah menghijau macam ni, sejuk mata memandang
Balik KL Ahad pagi, sebab nak singgah Sungai Besar beli barang sikit.

Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa

lalu jalan kampong aku bukakkan tingkap untuk Fina, suka betol dia rambut dia terbang2 kena angin, siap tadah kepala bagi rambut dia tiup angin, suruh bapak dia bawak keta laju-laju
tak payah bawak laju, angin sawah tu dah cukup berangin

time pagi boleh bukak tingkap
kalau time tengahari nak bukak tingkap pon tak hingin, panas hoi




-zie-
9 Komentar untuk "Kenduri kahwin kat Kampong Sabak Bernam dan makanan orang jawa"

Oit menyeksa jiwa raga tengok makanan atas tu. Laksa, nasi ambeng, durian. Fuhhhh.

Akak kawin dulu pun posmen kampung join haha...kebetulan dia hantar parcel hadiah kawin terus ajak makan kenduri hehe...lagipun dari akak kecik memang dialah satu-satunya posmen yg setia berkhidmat di kampung kami hikhik...

Akak suka kalau dapat makan kenduri masyarakat jawa. Lauk pauk food semua sedap2

Aduh durian kampung memang terbaik zie...

saya pun mula2 kawin terkuis2 nak makan nasi ambeng. haha. suami jawa saya kelantan. tapi betol la diorang punya kenduri perghhh byk gila makananan.

meriahnya..makanan orang Jawa ni sedap-sedap (alah, kalau kaki makan tu semua pun sedap). Haha. Wak Zie macam Mak saya la, bai jual roti pun nak dijemputnya. hadaplah. haha. untunglah dapat makan durian, nasib baik nenek sorokkan.orang tua macam tulah memang ingat dekat anak cucu. samalah kita, lagi suka durian kampung

Sukanya kenduri kendara.. Sedap betul merasa pelbagai makanan.. Husniey suka makanan jawa terutamanya nasi ambeng. hehee

patutt opis selalu bau pekong tempoyak! boleh kenal sipi2 bau durian kg gajah.. hang lah pnya keje melepasss eh? puiiii hahahha

Bestnya suasana kampung. Laksa Tu mmg nampak sedap Dan durian pulak mmg mama.punya fav laa

bestnya siap ada milo ais lagi

sian abam botak...durian lagi..adeh..sabo ye JM hee

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top