Rombongan pengantin sambil bercuti ke Sandakan, Sabah - part 1



Bercuti ke Sandakan, Sabah | Lama gila kot tersimpan kat draf, tak ada masa nak buat.. ini pun curi masa sikit2 nak update blog.. Actually my 2nd brother kahwin dengan orang Sandakan, sambil buat kerja kahwin sambil menyelam minum air, holiday sekali, pergi 5D 4N, pergi untuk hantar pengantin, banyak program ke arah untuk kerja kahwin. pergi ari khamis, nikah jumaat, sabtu sanding, Ahad ronda2, Isnin balik, tapi depa kat sana kalau kenduri kahwin program sampai ke subuh, ada joget la, karoeke la, mostly yang menyanyi semua suara sedap2 belaka, betul la orang Sabah pandai menyanyi 😍, pantang dapat mikrofon mesti menyanyi punya..

Fly to Sandakan took almost 2 hours 55 minutes,i though 1 hour,..ugrhhh.. pergi naik AirAsia, tapi Ya Allah, seat sempit sangat, dengan Azreq-Fina tak reti duduk diam, macam duduk dalam bus, 

Ucu mesti ikut, memang dari kecil ucu mesti ikut mak jalan sampai dah ke anak pinak mesti ikut mak jalan, bestfrenz abah mesti ikut juga, Cik Saidin-dah macam bayang2 abah, muka pun lebih kurang sama, kalau ada kenduri kendara cik Saidin ni la yang orang paling busy, bab masak-memasak celah gusi je la..

Pengantin dah fly dulu, family ucu and c.Saidin dah sampai tengahari, kami sampai petang nenek pun ada sekali



    
 Us, anak beranak

 
Jauh nak jalan ke bording pass

 
Nasib tak delay tau


 Kat sana, rumah semua pattern macam ni, tak pasti sebab apa tinggi2 macam ni, tapi yang  
 pastinya situ banyak anjing, mungkin sebab itu rumah tinggi macam ni.tapi ada kemungkinan sebab banjir, mungkin.

Ini adalah keadaan dalam rumah, suka sangat rumah ni, lengkap dengan washing machine, prizer, perkakas dapur usah cerita la, lengkap periuk, belanga, kukus bagai, kitorang boleh masak pelbagai makanan, tom-yam la, ada pulak cheff jemputan dari Johol, Negari Sembilan, siapa lagi -c.Saidin la.. 

yang penting sekali adalah TOILET, bersih sangat.. macam kat hotel..love! love!.. actually rumah ni bapa saudara kepada pengantin, owner adalah cikgu tapi balik hari weekend untuk rehat, kira macam homestay untuk dorang beristirehat jauh dari kota.

 
Si kecik ni..cantik sangat la tu..macam ulat gonggok je..

Masa kat sana, mewah dengan dengan ikan, ikan fresh sangat macam2 jenis ikan, murah pulak tu, ayam kat sana mahal..kami yang gila ikan ni membeli ikan macam beli kain, kejap mak beli, kejap ucu beli,kejap c.saidin beli, penuh peti sejuk tu la dengan bermacam2 jenis ikan. pagi tu kami pergi pasar dekat area situ, pukul 5.30 pagi pergi pasar, tapi kat Sandakan pukul 5.30 pagi tu matahari dah naik macam pukul 7 kat k.l

Apa tah nama ikan ni

 

Ikan tenggiri my favorite, murah kat sini. 

Tengok la, bermacam2 jenis ikan..pilih je..kalau dekat dah bawak semua balik k.l..urghhhhh

Pergi sana pun atas urusan kahwin, so tengahari tu sanding, cuaca kat sana panas sangat, Fina mengamuk je kat kenduri, homestay dengan rumah pengantin sebelah2 je pun. Aku balik homestay awal, Fina dah mengamuk. diorang still enjoy the kenduri, 
 
 
  Fina dah start mengamuk, panas kot. Ini budak puteri lilin.

Gambar blurr, hp je

 
      
Family photo


Ini sanding malam, ada joget lambak lagi.


Normally, kat sana kenduri kahwin sampai ke malam, ada tukar2 baju la, ada pancaragam, ada joget2, karaoke sampai ke subuh, azan subuh baru berhenti, tapi majority suara depa sedap2 belaka.. ucu dengar je ada joget2..dia dulu berlari ke depan berjoget, hamboiii2 laki dia geleng2 kapla je..hahaha malam tu ada tukar2 baju lagi, meriah la kat sana, ada potong kek bagai.. the next day baru dapat jejalan Sandakan..



-zie-
..............................
2 Komentar untuk "Rombongan pengantin sambil bercuti ke Sandakan, Sabah - part 1"

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top