Karnival KarangKraf, Shah Alam



Sebelum datang sini, makan kenyang kenduri kawen baru cabut datang sini. Kalau ada karnival Karangkraf macam ni mesti pergi. Antara ada masa dengan tidak je. Sebabnya time macam ni lah buku2 ilmiah, novel, buku kanak2 murah. Macam keluaran baru ada potongan hingga 70%. So, weekend hari tu berkesempatan pergi, pergi pun sekejap je plan memang nak beli simple story book untuk anak. Nasib baik dapat parking dalam,yahooo pak Rela yang tolong carikan parking. thank you to pak Rela. Sekarang ada disediakan kenderaan macam shuttle, siapa yang park jauh boleh la naik shuttle ni bila2 masa.

Amir memang tak suka pergi tempat macam ni, sanggup dia tunggu dalam kereta. Ada orang tunggu dalam kereta boleh nak merewang lama2. Memang tak lah. Fina aku dukung la, si anak dara tu memang suka di bawak berjalan. Azreq and apak dia tunggu dalam kereta. Tah hape anak beranak tu buat dalam kereta, tengok dalam kereta tu dah macam tongkang pecah. Dengan bantal jatuh bawah, seat depan di baringkan, dah macam rumah pulak di buatnya..heiiiii pening aku.

karangkraf
Tengok ramainya orang.
Dah tamat tempoh karnival ni, 30 Okt - 8 Nov je, jangan pergi serbu pulak, memang tak de lah.

Karnival KarangKraf, Shah Alam
Macam2 majalah KarangKraf ada, jual 3ketul RM10. Pilih la macam pilih ikan. Majalah tu tahun ni punya la dalam bulan Julai, Ogos, September, boleh baca lagi kan. Majalah Impiana kat luar RM13.90 tapi kat sini 3 buku RM10 boleh campur2.

karnival karangkraf
 Novel RM3, macam2 novel ada. Cari la macam cari kain.


pesta buku karangkraf

Tangkapan hari tu, ingat nak grab lagi story book untuk kiddos. Tapi malas nak cari lagi sebab nak hujan dan panas dalam khemah tu, kipas dan air-cond ada, alaaa tapi sejuk mana air-cond tu. Macam angin kus-kus je lah. Dah la dukung si kenit tu sambil punggah buku, lenguh tangan rasa nak tercabut. Rasanya next time boleh buat dalam dewan yang berair-cond, selesa sikit budak2 tu.

Habis bayar nak pergi kat kereta, hujan pulak. Dah berlari marathon dengan Fina. Lenguh tangan dukung Fina. Onway balik jem kat Subang, perut Azreq masuk angin, tadi nak di suap makan, tak nak makan, dah muntah dalam dalam kereta. Aku tukang tadah muntah dia, habis baju seluar kena muntah. Aku bukan boleh tengok orang muntah. Kang aku ikut muntah sekali. Dah kembang kuncup tekak tengok Azreq muntah, aku pulak kena marah dengan Amir, ter'wek wek erkkk..eh eh eh kita pulak di marahnya. Nampak KFC tepi highway terus singgah isi perut.

Ni budak yang muntah tadi, apak dia layankan aje nak makan bersuap, adeknya lagi independent.

ayam kfc 
Geram dengan budak ni, rasa nak gigit2 pipi dia.

kfc sedap
 Sedap sangat ke ayam tu dek, sampai makan jelir2 lidah.


  


 -zie-
................................
Tag : Lifestyle
14 Komentar untuk "Karnival KarangKraf, Shah Alam"

wahhh syokknya.. Mummy suka majalah impiana tu.. huaaa terlepas la pulok.. :(

geramnya tgk . mau memborong klu pi situ ...

Bestnyaaa.. Labuan takda pun karnival macam ni.. huhu

sama lah mummy, suka deco2 mendeco ni, nti tiba2 dtg idea nak ubah tu ini..

ramai org vee, rasa mmg nak beli lagi. tapi budak dah gelisah..huhuu

Alah..lupa karnival karangkraf nih T__T.dah plan nk pegi

sy frsut x dpt nk cari bukiu yg sy nk. pening kepala tgk buku2 yg berselerak ;-)

sy pun nak muntah tengok lambakan buku yg banyak..novel yg sy cari pun xdapt..huhuu

hehe..mmg best..saya hari tu kul 9. Org tak ramai lg..seronok tgk buku, anak husband pegang..huhu

sy pergi time kemuncak, rmi org. nak punggah buku pun xselesa

best kan..borong banyak2 terus..hehe

mmg best memborong,, duit setong pun xkup hihii

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top