Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Resepi soto ayam

resepi soto ayam

Bahan-bahan resepi soto ayam :
1 ekor ayam
Nasi impit
3-4 liter air
3 sudu ketumbar
3 sudu jintan kasar
2 sudu jintan halus-di sangai & di kisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 kiub ayam dan 1 sup bunjut
sohoon goreng

Bahan kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5cm halia

Cara membuat kuah soto
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit, masukkan rempah tumis (kayu manis, cenggih & pelaga)
3. Kemudian, masukkan rempah yang telah di kisar. Kacau hingga garing dan naik bau.
4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
5. Masukkan ayam, renih seketika
6. Masukkan air, kiub ayam, sup bunjut dan garam.

Cara menghidangkan soto 

Ambil nasi impit bubuh dalam mangkuk, letak taugeh celur, sohoon goreng
Tuang kuah soto, letak ayam siat-siat, tabur daun sup, bawang goreng , kacang goreng
Bubuh sambal cili padi tadi..
Siap, mesti nak tambah lagi


 Ayam siat-siat, part ni yang paling malas. Tulang ayam lebihan siat ayam tadi jangan di buang, masukkan dalam sup soto tadi. Jangan membazir tau.

Bahan sampingan 
Daun sup
Bawang goreng
Kacang goreng
Begedil
Sambal kicap cili padi
isi ayam di siat-siat
Nasi impit (kalau tak suka nasi impit boleh di ganti dengan mee, bihun. Jadi mee Soto atau bihun Soto)


 Sambal kicap cili padi:

25 biji cili padi /cili api
4 ulas bawang putih
Kicap secukup rasa
Jus perahan 2 biji limau kasturi

Cara :

1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak, sediakan penutup periuk sebagai perisai sebab akan meletup-letup tau..cepat2 tutup api
2. Toskan dan kisar atau tumbuk, lepas tu perah limau sikit.
3. Letak kicap dan garam secukup rasa.
4. Siap.












-zie-
..................................
2 Komen untuk "Resepi soto ayam "

nampak macam boleh nak buat ni. tapi nampak jugak macam renyah hurm hurm kalau main dengan malas memang ape pun tak jadi kiera oiiii kihkihkih. pape pun nak bookmark dulu resepi ni. thanks share!!! :D

hahha tu la renyah kalau sorang buat mau pengsan,kalau buat ramai2 cepat je siap..bab makan memang laju la

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top