Gema PRU-14, bila Malaysia memilih - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Gema PRU-14, bila Malaysia memilih

Jepun Mari | Tuesday, 15 May 2018,09:00 |
Alhamdulillah kita baru habes gema PRU-14. Syukur takde pe yg berlaku, takut jugak istihar darurat ke kan. tahniah team PH kerajaan baru yg mengantikan BN. sejujurnya nervous jugak dengan kerajaan yg bertukar sekarang. ada macam2 color dalam tu. tapi kita semua yakin dengan Tun M boleh guide kita untuk bina semula Malaysia. Now, let's them (kerajaan - PH) doing their job. Always meletakkan Allah first insyaallah jadi mudah. Inilah kuasa bila rakyat Malaysia memilih, jangan ingat yg di atas akan sentiasa berada di atas, sebab Allah tu nak bagi ingat sekali sekala kena jatuh jugak. 


kata raya, pagi tu merendang la dulu sebelum celup jari kat PRU. Pagi sebelum pegi mengundi wani masak rendang ayam hijo. Perghhhh sedap mang aiii


makan kenyang-kenyang pastu pegi mengundi.. aku mengundi kat Sek Rendah Agama Kafa Intregrasi Gombak. Dekat je dengan rumah, pegi naik kereta orang hantar, balik jalan kaki dengan adek. Singgah kedai runcit beli air tin teh bunga, minum sambil jalan kaki.. perhhh teringat pulak masa zaman sekolah, 

Sampai tempat mengundi dalam pukul 9.30 pagi.. aku dah standby payung siap-siap sebab PRU yg dulu berpanas. so kali ni aku siap2 bawak payung.. terkaut payung yg besar boleh payung 4 orang sekali gus.. amik kou we're Malaysian. bawah payung aku ni ada melayu, cina, india.. kitaOK maaa

Kali ni spirit mengundi lain maciammm.. Ramai yg turun mengundi berbeza lah dengan tahun dulu..

ok selesai celup jari.. mokcik nak balik rumah makan rendang

sampai rumah ink kat jari tadi bertukar jadi makin gelap.. Bila cium bau inai yg busuk. pastu macam ada satu lapisan macam plastic, tak selesa sungguh lah.  tak boleh jadi ni!! ndak tak ndak aku terpaksa gonyoh dengan bermacam2 sabun, hasil menyental dapatlaa pudar sikit.. baru sedap sikit nak korek hidung.. ada orang korek hidung pakai jari kelinking... gua tak biasa der, gua biasa korek hidung pakai jari telunjuk.. tu pasal serombong guwe lebar sikit. bahahahaa kata jawa..

ni jari adek.. dia pun ink lagi disaster.. macam mana ntah dia celup jadi buruk macam tu.. tu la.. banyak sangat main taik ayam eeee yeyeekkkk  

habis PRU, petang tu mengudap makan ais milo kepal gan kepok lekor.. kali ni beli kat Gombak. yg ini memang sedap. ais kepal dia halus-halus.. tak manis sangat, sedap lak tu.. aku suka topping kacang memang sedap la.. 

kemain budak tecik ni dengan rantai dia.. aku potongkan pendek rambut dia.. nampak comey sikit.


Tunggu keputusan PRU macam pengumuman nak raya.. tunggu bulan tak muncul-muncul..
so, malam tu aku tak jadi burung hantu pun.. aku tido macam biasa.. Sebab memang tekad kalau parti mana2 menang khamis aku nak cuti.. Tak kira!! celik mata tengok wassap nak tahu sape menang je pukul 5.30 pagi terjaga.. seperti yg jangka Pakatan Harapan menang.. Laki aku 4.30 pagi tak tido lagi.. Mata pon dah rupa kena tumbok.. Aku kata tengok mama celik mata terus dapat result, tak payah nak jadi burung hantu sangat.. Rehat pun cukup, mata tak penat.. Hehhhh

Nak story sikit...

yes!! Keluarga aku all the way support BN-UMNO sejak dari zaman tok nenek. Membesar dengan semangat pangkah dacing. Aku pun tak tahu before kenapa pangkah dacing?  tapi PRU hari tu ter pangkah lain.. eh..  Abah penyokong kuat BN. Jangan mempertikaikan semangat dia dengan BN. Bila BN kalah nampak kekecewaan kat muka abah.. Malam tu abah tak tengok tv pon sebab dapat jangka sape menang. Aku faham apa abah rasa. 
Mungkin sedih sebab fahaman politics yg mahukan perubahan. 
Jaga tutur kata, jaga hati orang tua kita. 
Mahukan perubahan bukan sebab bencikan BN, parti tak salah. Individu yg dalam parti sendiri yg rosakkan parti. kasi beramposssss !!

Eloklah mak pergi di zaman bukan pemerintah BN sebab KEMAS & umno saling berkait rapat. gittchew!!

Insyaallah team ph ada Tun M yg berpengalaman memerintah Malaysia untuk 22 tahun. Ada support team ph yg sudah ada pengalaman dalam tadbir politics. we 'malaysian' akan follow rapat kerja ph supaya berada di landasan yg betul & dan rakyat mesia akan sentiasa jadi paparazzi tak berbayor.. Mesti!!

Amen..

2 Komen untuk "Gema PRU-14, bila Malaysia memilih"

Hilang dah ke dakwat kekal tu? sy punya ada lagi kat jari.Dah nampak macam inai. Hahaha. Apa pun, semoga kerajaan baru ni akan mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat. Amin.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top