Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Terkena air panas jangan amik ringan

Zie Azi | 25 July 2017,09:00 |
Tajuk macam serius jer bunyi, nothing serius pun, just nak share.
Cuma kita sebagai parents lebih allert kalau anak terkena air panas/minyak panas/burn jangan amik ringan, event diri kita sendiri pun. 

Agak lama jugak nak tulis entry ni, sebab nak bagi pulih sepenuhnya. 

Hari tu tangan Azeq terkena air panas. Masa tu tengah bawak air panas, dia berlari2 kat dapur, tersenggol terkena tangan dia. Dah pesan kat dia, kalau orang tengah buat keje kat dapur, jangan sibuk main kat dapur, tah macam mana hari tu dia buat perangai, tepercik air panas kena tangan dia. 

Cepat2 siram tangan dia kat bawah air paip, sirammmmmm lama2. Budak yg kena air panas tu steady dia, macam takde benda berlaku, tanya dia sakit tak, pedih tak, panas tak. Tanya soalan macam2 kat dia. Dia buat tak tahu je macam takde perasaan.

dia cakap 'kenapa mama riso sangat'

eh...mana tak riso, aku bayangkan pelajar UPNM yg melecur teruk kena tekap pakai steam iron tu sampai third degree burn. Fikiran mak2 memang gitu,  kalau masuk zoo tengok haiwan mak2 yg over excited 'waaaah tiger, waaaah zirafah, uihhhh gajah besarnya' anak relax je bahahaa eh citer apa tadi, citer tangan Azeq terkena air panas, balik pada citer.

Lepas tu aku google types of burns
First degree burn : warna kemerahan seperti sunburn dan melepuh, baikpulih 2-3 minggu
Second degree burn : lebih serius, berasa sakit, melepuh dan bewarna merah keputihan 
Third degree burn : paling seriussss, kawasan kulit kering & bewarna putih, hitam atau coklat gelap. yg ini jangan nak duduk diam kat rumah, cepat2 dptkan rawatan, boleh mengalami dehidrasi dan jangkitan kuman.

Terkena air panas jangan amik ringan
sumber google

Tangan Azeq first degree burn, tapiiii hazabnya nak baik makan masa 1-3 minggu. Bapaknya tak bagi gi sekolah hampir seminggu jugakla (pre-school boleh la pontengkan lama2, haha), nanti dia melasak kat sekolah, dia dah la lasak, kasar, kalau dah jumpa kawan tak ingat tangan tu sakit, main sampai berpeluh2 basah kuyup baju, peluh masam2 sedap. Budak baya macam ni bau peluh pun sedap, anak2 syurga..putih bersih takde dosa lagi.

Terkena air panas jangan amik ringan
 ni baru balik dari hospital, doktor bagi ubat sapuan dan pcm.

Mula2 kena memang tak nampak kesan, bila sentuh kat kawasan yg lecur tu, rasa panas & bahang, sentuh bahagian kulit yg lain normal haba, mesti sakitttttt, kalau kita pun terkena minyak panas sikit dah mengelupur.

Doktor bg nasihat cara nak hilangkan radang, bengkak & sakit. Cara pertama rendamkan atau basahkan kawasan yg lecur selama 15 minit, kemudian bilas dgn air yg bersih. Cara kedua, tuamkan dengan tuala yg sejuk pd kulit yg melecur selama 15 minit dan ulangi proses yg sama. 

Aku buat cara yg pertama, lagi better, takut pulak nak tuam dgn tuala sejuk sebab kulit sensitif mudah terkoyak.

Terkena air panas jangan amik ringan
 1 week later

Mencegah jangkitan kuman (infeksi) - Kawasan lecur mudah terkena infeksi kalau tak di jaga  dgn betul. Part ini aku amik berat, untuk mencegah infeksi, kawasan yg lecur di sapu dengan larutan dettol, buat dengan perlahan kemudian bilas dgn air. Buat 2-3 kali. Dah bersih, letak cream antibiotik, letak cream antibiotik pun pakai cottonbud.

Kemudian, kawasan kulit mudah melepuh dan menggelembong, jangannnnnnn sesekali pecahkan, nanti akan bertambah buruk. walaupun kenkadang macam geram jeee nak pecahkan cucuk dgn jarum. PLEASE DON'T DO THAT! NEVER Biarkan dia surut sendiri, hanya sapu krim antibiotik. Masa gi hospital hari tu, doktor bg fusicort cream untuk mencegah kuman. Kat mana2 farmasi/klinik ada jual kot.

dah masuk 2 minggu. Kawasan yg lecur tu gatal ya amat, sampai dia merengek mintak garu, aku cakap boleh garu tapi berlapik, itu pun aku yg tolong garukan, kalau ikutkan dia nak garu pakai kuku, lagi parah, kalau dah kena infeksi lagi lambat baik, kdg2 tak sedar, tengah tidur dia tergaru sendiri.

Pemakanan pun kena jaga, buat sementara tak bagi dia makan benda gatal2, telo, keropok..dah baik kang nak makan pe makan la, ni nak bagi baik luka dulu.


3 week later
Luka dah kering tapi meninggalkan kesan parut. Bila dah baik sepenuhnya, baru berani letak scarserum. Ada orang letak Aloe vera. tapi, sebelum ni pernah pakai Scarserum kat kulit muka, elok. Letak Scarserum ni cepat hilang parut. Dulu pernah tercakar kulit muka Azeq kat bawah mata, letak scarserum ni elok hilang parut SINI.

scarserum AZANIS
bentuk cecair mcm ni, tak melekit, bila sapu smooth je

Terkena air panas jangan amik ringan

Alhamdulillah tak serius sangat, cuma amik masa untuk baik pulih,  happy & smile again.


-zie-
16 Komen untuk "Terkena air panas jangan amik ringan"

alahaiii..kesiannya...memang kalau baru terkena takdelah rasa sakit sangat,tapi lama2 uih..tak boleh tahan

Sakit juga kena air panas...nak baik makan masa plak tu..memang mak dia kena banyak bersabar la jawabnya =)

Elok dah tangan anak tu. Budak mudah sembuh kan.

Kita kalau kena first degree pun xboleh tahan. Mula2 ok bila lama2 sakit dia dtg dr dlm. Semoga cepat sembuh azeq.

terkena sikit je tapi kesan dia selepas seminggu tu berkerut jugak dahi IQ tengok. kulit tuuu..

nasib baik dah pulih semuanya. Alhamdulillah

allahu sakit tu.. satu lagi terpercik minyak...ya allah tuhan aje tahu sakit semasa kena dan selepas kena...berparut tu satu hal

Melecur ni memang pedih kan.. Alhamdulillah dah pulih. thank you recommendkan produk tu, sy memang tengah cari yg boleh hilangkan parut2 saya ni. hehe.

baru kena tak nampak kesan, tp bila pegang tmpat tu rasa bahang je

elok dah dia, budak2 tak makan macm kita..dia bnyak minum susu..

kan ana,kulit melepuh2 lepas tu gatal sagtttt

nmpk mcm sikit, dah kering besar jugak tempat kena tu..time mengelembung tu payah nak jaga..takut tergaru kan

kita ni yg terkena sikit pun dah sakit..

sy memang pakai azanis dari dulu, elok, cepat sangat hilang parut..

alhamdulillah dah sembuh, tapi Azeq memang brave boy.kalau kita mau dah menangis sakit..huhu

Alhamdulillah dah okay..Kuat Azeq nie..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top