Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Sembang wayang : Layan movie Train to Busan free online

Jepun Mari | 18 September 2016,12:00 |
Start tahu cerita Train to Busan ni pasal yg viral LRT terputus bekalan elektrik yg jalan kaki ramai2 kat landasan LRT. Lepas tu ada pulak yg edit gambar Train to Busan kat Malaysia.

Hari cuti yg bersambung tak de ke mana2, lepak duduk rumah layan cite zombi. Nak masuk panggung memang tak sempat, so kita tengok on9 je la. Layan kat rumah dengan soundtrack kiddos jerit zombiiiiii zombi2. Kejap2 mama, tu ape? mcm ni? nape mcm tu? zombie tu ape? tiba2, mama tepi cikit, eh eh si kecik ni, dia duduk depan haaaku, mcm mana aku nak tengok wayang macam ni!! Tak tenang tapi tak pe la asal diorang ada depan mata.

Kalau masuk panggung pun bukan boleh tenang jugak, nak kencing la, nak makan la, mesti tak duduk diam. Better duduk rumah tengok on9, that's better !!

Train to Busan

Cerita ni pasal ape?
ok. cerita ni pasal ada satu wabak virus yg menyerang rakyat Korea Selatan. Cerita pasal ZOMBIE menyerang. Pelakon dia Seok-Woo (bapa) hero cerita ni. Soo-An ni anak kepada si hero. Seok-Woo dah bercerai dan Soo-An nk pergi jumpa mak dia kat Busan. Dia cakap kalau ayah tak dapat hantarkan, dia pergi sendiri. Lepas tu bapak dia cakap yela2 bapak antarkan...gitu la!!

Seok-Woo ni sangat la workaholic, kejap2 tengok fon, call la. Cerita ni bermula bila ada seorang perempuan yg dah kena gigit dgn zombie ternaik train tu. Bila sorang dah kena gigit, secara automatik terus jadi zombie. Sebab dia la, semua org dalam train tu jadi zombie. Punca sebab pompuan tu je.


Lepas tu, staff train tu ternampak ada org tengah sakit. Dia tak tahu, org yg sakit tu la zombie, tapi belum jadi zombie lagi. Baru nak jadi. Dia pun baik hati nak tolong, sekali dia la org pertama yg kena gigit dgn zombie ni. Kesiannnn !!

Bermula la episod kejar mengejar nak menyelamat kan diri dari digigit oleh zombie. Zombie ni kadang2 sengal jugak. Bukak pintu train pun tak reti. Dia tak boleh tengok manusia. Kalau dia nampak manusia dia akan jadi ageresif sangat. Lepas tu ada satu babak bila satu gerabak penuh dgn zombie, manusia ni tutup cermin dgn surat khabar, elok je pun zombie ni duduk diam jadi dungu.

Bayangkan pergi mana2 pun penuh dgn zombie, turun naik train asyik jumpa zombie je. Dari ramai2 yg naik train tadi sikit2 mati kena gigit dgn zombie. Sehingga kan askar, sukarelawan pun jadi zombie, kou ghaser nak lari mana? Dah jatuh dari bangunan pun hidup lagi, dgn patah kaki tangan jalan senget2 kejar kou dgn mulut nak mengigit jew.. tampo kang..seriau darah !!

Ada satu bab yg sedih, dimana bapak Soo-An terpaksa jadi zombie demi nak menyelamatkan anak dia. part ni sedih, sangat sedih. huwaaa. yg idup Soo-An dgn perempuan mengandung tu. Cerita mcm tergantung, macam mn nak matikan zombie tu?  punca sebab tanaman? tanaman ape?

Kesimpulan, cerita ni best, mendebarkan, tertunggu2 pe next scene. Tak meleret2 tak cliche..best !! tiba2 darah kou naik sebab mcm nak melarikan diri. Hentak2 tangan, over tau. Sepuluh minit terakhir tu akan buat korang menangis, tengok la sendiri !!





-zie-
Tag : Movie Review
4 Komen untuk "Sembang wayang : Layan movie Train to Busan free online"

tang nangis tu mmg leleh ayaq mata..
sedih..

Julia dah tonton...best cerita ni...3-4 hari dok bayang zombie tu dimana saje hahahha...mmg nangis tgk cerita ni

Hihihi memang best dan berbaloi tengok.

xsempat nak tgk lg...busy manjang

ari tu dah tgk tp skerat jalan xsempat abis..ntah bila plak blh ngadap betul2 movie ni

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top