Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Demam Dilwale

Jepun Mari | 11 January 2016,00:00 |
Hai, Kajol lawanya kamu. Makin tua makin lawa. Rasa dulu masa time hingusan di Kuch Kuch Hota Hai tak la lawa macam ni. Ini dagu runcing, badan mantap. Menari pun takde goyang air.

Siapa peminat bollywood kita geng. Segala cerita hindustan kita layan. Minat sebab kebanyakkan view dalam cerita hindustan sangat cantik. Memukau kalbu melihat keindahan ciptaan tuhan. Walaupun kadang-kadang kalau bergusti lebih kuah dari sudu. Bab menari dari padang pasir, golek-golek sampai pantai. Kejap kang tiba-tiba dah ada kat air terjun. Pejam celik guling-gulling kat taman bunga. 

Macam cerita Chennai Express, Shahrukh Khan dengan Deepika Padukone permandangan dalam filem ni sangat cantik. Padahal buat dalam studio je.

dilwale

 * Sinopsis Film Dilwale 2015:
Cerita Dilwale 2015, takde kena mengena dengan filem Dilwale dulhania le jayenge. Pelakon je sama. Shahrukh Khan dengan Kajol. Raj (Shahrukh Khan) terlibat dalam dunia gangster setelah dikhianati oleh wanita yang dicintainya, Meera (Kajol). Ketika sedang menolong adiknya, Veer (Varon Dhawan), mengejar gadis yang dicintai, Ishita (Kriti Sanon), Raj bertemu Meera kembali setelah 15 tahun. Masih tidak dapat memaafkan dan melupakan masalah di antara mereka, keduanya ternyata tidak dapat menipu perasaan cinta yang masih ada. Yang terjadi selanjutnya adalah serangkaian peristiwa lucu yang penuh aksi dan drama. Dalam cerita ini Shahrukh Khan ada 3 nama, nama gengster Khaali, nama baik Raj, nama tukang cuci Ramlal. Kajol ada 2 nama, nama gengster Meera, nama khayalan Pogo. Nak tau macam mana Kajol dapat nama Pogo korang kena tengok cerita ni.

Dilwale bukan cerita tangkap leleh macam Kabhi Kushi Kabhi Gham sampai tisu 1kotak pun tak cukup. Baru nak kering air mata, tiba-tiba bergenang air mata balik. Dalam filem Dilwale, part paling suka, masa kereta Kajol rosak then Shahrukh Khan datang, tengah repair kereta hujan pulak. Time tu la Shahrukh Khan berangan nyanyi dengan Kajol. Suka lagu je pun

Overall, filem Dilwale ni  kita bagi 4setengah bintang dari 5bintang.
lengkapnya : http://www.kompasiana.com/i-mahar/review-chennai-express-sebuah-drama-komedi-nan-penuh-pelajaran_552af7a0f17e61145bd623b2
Film ini memperlihatkan pula bagaimana refleksi masyarakat India. Rahul yang berasal dari utara atau kota besar, Mumbai, mempunyai pemikiran yang bebas, sedangkan Meenamma harus berhadapan dengan aturan dan ikatan adat tradisionalnya sebagai masyarakat pedesaan di selatan India. Dari penampakannya pun terlihat berbeda, Rahul memakai kaos dan jins, sedangkan Meenamma dan wanita di Komban Kaum tetap dengan saree dan warga laki-laki nyaman memakai dhoti.

Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/i-mahar/review-chennai-express-sebuah-drama-komedi-nan-penuh-pelajaran_552af7a0f17e61145bd623b2


Suka lagu ni





-zie-
.................................
Tag : Movie Review
2 Komen untuk "Demam Dilwale"

Mummy pun tgh demam dilwale ni..geram tgk SRK yang makin encem dan kajol yang makin jelita.. mesti banyak makan ulam pegaga kot..hahahaha :p

huaaa.smpai lagu janam janam tergiang2 dlm otak ni..hahha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top