Sambal tempoyak petai gan Cendawan kukur pedas



Masak sambal tempoyak petai gan Cendawan kukur pedas

ni pehal tayang gambar durian, saje nak khabor ada kat kampong, ni durian kawin, isi tebal biji ciput.
Sekarang tengah musim doyan kat Kampong Gajah sana. Dari Sungkai nak ke Kampong Gajah agak jauh gak la, tapi ada orang kampong situ yg jadi tokey doyan, so beli kat dia je la untuk rasa. 


Kalau versi ada petai gan tempoyak ni kat mana?
ofcoz kat kampong Sungkai la, dah lama tak balik kampong, sepatutnya sebulan sekali mesti balik, ni busy sebab urusan anak nak sekolah, tahun depan dua2 sekolah. Dengan kerja yg busy mengalahkan abam Fattah Amin, balik umah memang fikir nak rest, dalam kepala otak ni lepas solat tarik bantal fikir nak tido dah.

Masak sambal tempoyak petai gan Cendawan kukur pedas

Kalau jalan hala ke Bidor, Tapah berlambak orang jual petai kat tepi jalan
Gemok2 bijik mata petai ni, buntang2 bijik mata makan.

Snap picture send kat ucu, sekali ramai pulak kawan2 dia kirim beli petai
dahhhhhhh terpaksa beli sepeluk petai ni RM80 ada 100 tangkai petai.
Ko bayangkang aku balik kampong naik Myvi je, bonet myvi beso mana pon, masuk sepeluk petai ni dah penuh bonet aku, tu tak masuk beg baju, beg susu budak lagi
haaaaaaaaa bayangkan nak sumbat mana beg2 aku semua tu.
apa lagi aku susun semua beg letak kaki, susun elok2 dah macam tilam jadinya, budak2 bergumbira la sebab boleh baring kat belakang.
Dia tak tahu kat kaki aku penuh dengan barang, kebas vontot duduk keras kejung gitu.
Cakap kat Amir taknak beli petai lagi, seksaaaaaaaaa nak membawak balik

Cakap nanti dia beli keta beso siap boleh baring2 lagi..
bila bang ! bila tu ! Beli sekarang..

Masak sambal tempoyak petai gan Cendawan kukur pedas

Balik kampong mesti singgah kedai gunting kat pekan Sungkai tu. Dah biasa gunting rambut kat sini, banyak kedai pergi tapi semua tak berkenan, kedai kampong cokia macam ni jugak yg best. Dia faham dah style pe yg kita nak, aku suka buat rambut layer pendek, nanti dia potong memang kena je dengan citarasa.

Gunting sekali rambut anak dara ni, potong rata bahagian depan dengan potong sikit bahagian belakang bagi kemas. Sape suruh tak suka ikat rambut kan dah rupa macam Cibi Maruko Chan.

Tokey kedai ni tak peramah, datang banyak kali tah dia ingat ke tak muka aku ni, lantak la peramah ke tak, janji ahso ni potong rambut cantekkkk. harga pun untuk dua kepala gan Fina tak lebih RM10, tah macam mana dia kira pon tak tahu, aku syak dia cam muka regular customer dia ni, saje buat exsen ehhh. bahahaaa

Masak sambal tempoyak petai gan Cendawan kukur pedas

Sampai rumah teringin nak makan sambal tempoyak petai, beli petai sebeban tadi kan, sokati la nak letak petai banyak mana
time masak seram sikit kalau mak mertua duduk sebelah, semua jadi tak kena, padahal opah tu saje nak tengok menantu hantu dia masak, keluarga sana jarang makan pedas2 tapi tak keruan teman orang nengok teman memasak, ghupa beruk makyeyyy masuk dapur!!

Meriah betol tempoyak aku ni dengan petai, senang sangat masaknya
Tumbuk cili padi dengan bawang, cili padi pon tak yah beli, petik kat pokok depan umah
Tumis cili dengan bawang tadi, masukkan ikan bilis, biasanya ikan bilis aku goreng dulu, sebab nanti bila makan baru rasa ikan bilis tadi, tak hancur, lepas tu masakkan sekejap kemudian masukkan petai, last sekali masukkan tempoyak, letak garam, kalau ok boleh la makan dengan nasi panas2.. makan dengan ikan goreng pun dah cukup juling jik mata. 

memang sedappppppp ooooo makan pulak kat kampung yang beratap kan zink, mendapat kejap2 lap peluh, lap hingus. Pedas tapi nak tambah banyak kali, acaner !!

Masak sambal tempoyak petai gan Cendawan kukur pedas

cendawan kukur ni pun ramai yg makan, ada gak kawan opis yg kirim, kawan ucu pun kirim, pitam aku nak menggangkut dari kampong ke KL, ni ok lagi dari sepeluk petai masuk bonet, penuh.

Satu bekas RM5 boleh masak dua kali. Hari tu tak ingat beli berapa bekas tah.

Masak sambal tempoyak petai gan Cendawan kukur pedas

ni festime masak tumis cendawan kukur, seumur hidup tak pernah masak, makan pon tak pernah
sekali cuba makan sedap jugekkkkkk
Cara masak lebih kurang sama, tumbuk bawang gan cili padi, tumis sampai cili masak, kalau de ikan bilis letak ikan bilis, letak asam keping, last sekali masukkan cendawan kukur, letak air, garam & perasa .. siap.

Cendawan kukur sambal ni request dari abam botak kita, dia nak makan, nak tak nak kena google la cara masak. Nasib baik hasilnya tip top, dia cakap SEDAP.. uewwwwww pandai bini mu masak walaupun tak reti.

Masak sambal tempoyak petai gan Cendawan kukur pedas

sampai rumah KL repeat lagi petai, kali ni masak udang sambal petai pulak.
seminggu ni memetai je la keje nya, tiap kali tu jugak la aku menyembur febreze kat toilet tu..
sekarang ni pandang petai pon dah tak hingin.. kenkadang tu tolak2 petai tak larat nak habis kan, laki bini muka toya je tengok petai.

kalau orang sua petai tak lalu dah makan..exsen taknak
sekarang stop makan petai, kita clash dengan PETAI



-zie-
13 Komentar untuk "Sambal tempoyak petai gan Cendawan kukur pedas"

perghhh sedapnya..syurga makanan time balik kampung.. :)

Ya Allah...semua sedap2 tu kecur ailio teman menengoknyer, kat sini susah nak jumpa cendawan tu

Sambal petai tuuuu kenapaaaaaaaa menyelerakan sgt. Jahat sgt tau.

Cendawan kukur selalu dkt rumah ana masak lemak je. Tp ana prefer cendawan telinga lagi walau rupa dia hitam legam.

perh sambal petai tu...nampak sedappp

uiii sedapnya tgk tempoyak n cendawan tu...tq la resepi tu..nak tryla masak tempyak tumis tu...

cendawan kukur tu fav....mak mertua akk biasa masak lemak cendawan tu..time2 hujan ni banyaklah kuar cendawan tu

Busuk petai mahu seminggu lekat wehhh..

Dapnya sambal petai.

durian kahwin!!! my feberet tu doyan tapi susah nk jumpa kat area ni..kalau dok perak best laa..byk durian dari perak jual kat sini..harga? sebijik cecah rm30 huuhu

murah nya petai dan sendawan kukur.mana nk dapat harga mcm tu kat tempat JM ni..adeh! dua2 tu makanan kegemaran..kalau tahu balik kg..mesti teman pun nk order hihhi

Sedap2 menunya.
Geram nengok petai tu.

bestnya..
tapi perut sangat kalah dengan petai..
poyak mmg suka.

nasib IQ bukan peminat petai tapi IQ peminat durian, nak durian tuuu

Fuhh tgok tajuk pon dah kecur. Tengok sambal petai tu lagi double triple kecur. Nyumm!

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top