Dua - dua nangis



Salam Jumaat geng !!

Semalam petang balik keje hujan lebat selebatnya.. Langit gelap macam maghrib. Tengok jam baru kul 5pm

Ucu call nak tumpang balik sama.. Kitorang kalau jumpa mcm gagak gempita ada je cerita yg nak di share.. Ramai orang cakap muka kami sama.. Macam kakak gan adik. Padahal umur kami jauh beza.. Ucu ni adik mak yg bongsu.. Ucu ni mak cik aku, aku ni anak buah dia.  Cermana ni nak kata i tua lettew..

Stuck dalam hujan kat parking..  Tak dapat keluar on road sebab jalan jem

Dalam hujan tu menyembang la kitorang..

Aku cakap de benda nak share tapi citer sedih.. Ucu pun sama ada benda nak citer.. Citer lawak sedih.. Katanya.

Ucu cerita dulu..
ucu tengah lunch gan family dia, tengah sembang gan laki dia.. tiba2 husband dia menangis menjejeh2 air mata sambil gaul2 nasi, tersedu2 nangis, senget2 idung nanges..jarang kan orang laki nangis tersedu2.. Idung merah, mata merah, srott sett hingus meleleh, ada gak setitik dua air mata jatuh kat nasi.. Xde hal nasi campur gan air mata pun boleh makan, air mata sendiri. Nasib lunch kat rumah je, kalau kat kedai mau jadi viral.

Dia cakap dulu time nak kawin gan ucu mak & abah aku tak suka diorang berkahwin.. arwah atok pun tak setuju.. kira mcm cinta terhalang laa..then, telah mengharungi onak duri, sikit lagi nak jadi screen citer tamil. Akhirnya dapat gak kahwin dengan restu keluarga, takde boypen bawak lari girlpen nikah kat Thailand. Tak ya..

Cinta terhalang? De la reason why, hal keluarga tak perlu citer.. Lepas kahwin suami ucu ni bertekad nak jaga ucu sebaik mungkin & membahagiakan ucu sampai bila2. Lama kelamaan perasaan benci jadi sayang. abah & mak ni yg more take care suami ucu even apa dia suka makan pun tahu, apa dia suka, tak suka, makan pe, benda apa tak makan.. Yg dulu tak suka .. Sekarang jadi rapat & sirraturrahim bertambah erat.. Masa husband ucu accident abah & mak banyak tolong, take care anak2 dia..

Boleh dikatakan apa2 yg berlaku, refer mak & abah first.. Kalau segala berita terkini pun mak tahu dulu.

Lepas tu tiba2 senyap.. Sunyi.. pandang hujan yg turun lebat

Aku amik fon.. Tunjuk wasaap yg adik bagi..

Senyap.. again.. (Malaikat lalu)
Tak lama tu..
Dua-dua nangis.. Lap2 air mata gan baju.. Kat luar hujan lebat, sama lebat dgn orang yg dalam keta..

Dua - dua nangis
Ni wasap yg adik bagi, kepok mak dah siap.

Bukak wasap pagi tu terus nangis, tak boleh tahan sedih yg amat dalam, nangis tu tak boleh control even aku kat opis.. Orang lalu cepat2 pandang belakang konon betulkan tudung. Who care!!

Kita manusia biasa, ada kala sedih & suka..
Baru2 ni ada melawat opis mate yg accident , conditions agak teruk, masuk wad icu, pakai bantuan pernafasan, tulang rusuk patah.. Tak boleh move on dengan mesin yg bunyi tit titt tit.. Mesti teringat kat arwah mak.

Semalam melawat lagi office mate yg accident tu dah sedar, dah boleh cakap, boleh angkat tangan, makan minum sikit2 dan dah pindah ke wad biasa.

Terfikir.. Nape arwah mak tak macam tu.. Dari worst getting better ..
Dari sakit ke sihat
Semua yg berlaku dah takdir, ada hikmah nya, mak dah selamat pun di 'tempatnya'

Yg kita ni belum tentu lagi, pengakhiran macam mana, mentamak2 la kita mencari bekalan di sana..
amin..



-zie-
Tag : Mak
6 Komentar untuk "Dua - dua nangis"

jangan lupa kirimkan doa dan bersedekah bg pihak mak zie. sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman. amin.

Banyakkan berdoa, bersedekah untuk arwah juga utk abah yg masih ada. Insha Allah sampai pahalanya.

Akak pun sampai sekarang rindu kat arwah pak even dah berbelas tahun arwah pergi. Memang ada masa2 tertentu yg kita rindu sangat2 pada mereka yg dah takde. Be strong dear!

alfatihah... tu je akk leh kata. be tuff.. kita look forward, makin dekat dgn hari mati dan kita akan bersatu dgn insan2 tersayang yg telah pergi di SANA..ameen. moga kesudahan kita yg baik2... khusnol khotimah.

meleleh air mata baca cite ni. x dpt nak bayangkan situasi tu... :'(

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top