Berdialog lagi.. with Pharmaniaga di InterContinental Hotel KL



Sekarang keje menimbun2 kat office, start nak masuk akhir tahun memang rutin macam ni, berperang dengan dokumen. Keje sendiri pun tak tertanggung, ini kan pulak menangggung keje orang.. takpe anggap ini satu cabaran & pengalaman to more explore.. positif

Bila akhir tahun macam ni, teringat kat arwah mak.. hujung2 tahun macam ni la mak mula sakit.. kerap sakit.. dengan aku nak cuti pun tak boleh.. kejar closing account.. rasa bersalah sangat tak dapat nak beri perhatian sepenuhnya kat mak.. cuti pun dibekukan, dah closing account baru boleh cuti.. tapi takpe.. mak dah selamat pun di tempat yg kita semua akan pergi..
perasaan rindu tu tetap ada. terSANGAT rindu, rasa seperti dirobek2, disentap..di siat2..
kadang2 tengah menulis pun boleh sebak, drive, menyapu sampah, tiba2 je air mata mengalir..
terus berdoa.. dan berdoa.. syurga tempat ibuku..

Back to the tittle..

Dah lapuk dah citer ni, last week attend Dialog with Pharmaniaga kat Intercontinental Hotel.. tak jauh pun dari opis..semua pergi naik bus kontot sambil beronok-ronok.. macam orang jakun tak pernah naik bus. Keje opis macam ni kalau dapat keluar dari gua memang mengelinjat suka.. bahahaa

Sebenarnya, yg should pergi Mek, tapi disebabkan dia ada masalah kesihatan, kita la jadik wakil.. Last attend dialog Pharmaniaga tahun 2015. Dialog Pharmaniaga ni memang yearly aktiviti.. tak kisah dapat pergi or not, macam attend meeting dengan bos-bos besaq.. HOD semua turun, yg penting bos-bos la kena banyak fikir.. yg kita ni backup belakang jeeeeeeee hakhakkk

 normal for bloggers .. ajet2 macam blogger popular macam Cik Epal tu.. haha

 aloloo.. montel anja2 semua.. kiri.. kak ton. kak sha.. dan ehem ehem

 time ni dah bosan, tu mengelamun sekejap sampai PARIS *rolling eyes..
adalah discuss a few issue..boring sebab tak paham kah2kahhh.. dalam hati ada 'dap dup dap'  sebab nak present sikit untuk wakil unit.. 

Habis dialog.. EAT EAT EAT time.. hahaaa
Makanan biasa2 je. lagi best yg before.. tak banyak variety 
Dengar citer.. next year depa request nak buat kat Majestic Hotel.. class kou bedah!
tengok la next year turn sape pulak.. harappppp la




duduk kat kusi yg de cahaya macam ni.. memang disuruh tido.. sikit lagi nak terlelap.. perut pun dah kenyang

ready get set goooooo!! 

sampai opis memang banyak keje pending.. di tambah pulak jiran sebelah kita tu gi kursus kat tempat jin bertendang.. nunnnn jauh ke dalam tu.. tiba giliran Sarina kena gi kursus 5 hari.. *gelak setan sikit

ni nak bagi pantun dua kerat khas untuk Sarina

anak itik makan hati,
IPN tetap di hati.

bahaha.. 


Tak pernah2 balik dari dialog naik van.. selalu naik bus panjang @ bus kontot.. sekali driver datang dengan VAN daaaaa.. terlonjat2 makanan dalam perut .. sikit lagi nak termuntahhhhhh..
apa2 pun enjoy dengan geng2 unit.. pergi pun nak happy2.. nothing serius..
hal2 yg boleh settle kita sorok belakang.. cerita yang baik2 ajer hahahaa


-zie-
Tag : Lifestyle
4 Komentar untuk "Berdialog lagi.. with Pharmaniaga di InterContinental Hotel KL"

samalah kita kalau teman bos2 gi meeting macam ni.bukan participate sangat.kecuali acara makan.haha

meeting & makan tak dapat dipisahkan..eheheeee

Jemput baca simptom & jenis-jenis cyst semasa hamil yang berisiko dihadapi oleh semua ibu hamil

sekali skala dpt keje luar opis best juge lpstu tmpt best dan dpt mkn sedap2 plak walau hakikatnye keje di opis makin menimbun..hhuhu

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top