Event family gathering My big Family Day - Day 1



Dah mention kan before this family day ni buat kat mana? Mana yg baru baca, event family gathering ni buat kat Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Kerajaan kat Puteri Beach Resort, Port Dickson. PD je pon hahaa SINI Bajet macam buat kat London 😁😁

Tentatif program untuk Family Day kali ni konsep santai, sampai hotel terus dengan aktiviti masak memasak. 'Penghulu' (ada la orang kuat di sebalik program ni) akan mention setiap orang bawak apa. Setiap family bawak makanan dari rumah, segala bahan mentah akan serahkan kepada sorang yg handle. Lepas tu, setiap family perap 1-2 ekor ayam, ikan siakap perap. Untuk 60 orang, kira2 dalam 11 ekor ayam perap. Sampai hotel terus BBQ, makanan yg di masak tadi tu akan bawak ke dinner, ada la tugas masing2. Semua berhubung dalam wassap group, masing2 duduk jauh, apa2 communication tu yg penting. Macam aku di tugaskan part penginapan & doorgift, semua family bekerja dalam ni, takde sorang pon yg goyang kaki, ada rezeki lebih, ada sponser macam2. Konsep potluck.

My big Family Day

Kat hotel memang tak dibenarkan memasak. AMARAN KERAS tak boleh memasak, kalau didapati bersalah denda RM500 hahaa Tapi kebetulan aku gan ucu sampai awal, kalau tak silap ada chef Rabiathon yg handle kawasan ni, baik hati sangat bagi kitorang sewa gazebo ni RM50 sekali dengan api air, salute kat chef ni segala keperluan air, elektrik. Lepas tu bagi pakai dinner area dia untuk kitorang makan. Macam2 la kemudahan dia bagi, nak nyalakan api kat arang, lepas tu siap nak bagi BBQ stand untuk bakar ayam, kitorang cakap tak pe sebab ada bawak sendiri, baik sangat ni. TQ CHEEF !!

Lepas tu, mendapat la bonet kereta masing2 semua full house, mendap, mampat, dengan orang, barang lagi, macam bawak kelengkapan satu rumah. Dengan periuk nasi, periuk magic pan, sorang sikit bawak, jadi banyak. Semua cukup makan.

My big Family Day

aktiviti rewang merewang, ni nak masak tomyam putih, senang je masak tomyam putih ni, campak2 rebus air, masuk perencah jadi dah. Menu paling senang tomyam la. Nak masak pun tak renyah, masak dalam periuk nasi pun boleh. Tapi bukan aku yg masak, senior2 ramai biar la depa masak, aku pi mandi kolam kah kah2

My big Family Day
 tengok2 budak ni dah terjun kolam, hitam melengut dah pakaikan sunblock pun tak lut. Tetap ereng (hitam) hahaa

My big Family Day
aktiviti panggang memanggang sedang berlangsung, ngeerrr ini semua keje laki2, yg pompuan2 kat bawah ni 👇👇👇

My big Family Day
 inilah makcik2, sepupu sepapat & nenek2 yg vouge

My big Family Day
udang sambal petai

My big Family Day
ayam masak kicap

My big Family Day
ais cream malaya

My big Family Day
 Daging salai oooo mak ekau!!.. Sedap wallaweh, dah puas berendam, datang untuk makan, lepas tu sambung berendam, lepas tu makan, berendam, makan, berendammmmm hahaa

My big Family Day
 mok cik tak tahu berenang, bersidai tepi kolam dengan handbag kecik sorang satu. Dahh tuuuu, semua tak reti berenang, duduk je la tepi kolam

My big Family Day
Celup2 kaki je la, kolam ni dalam melebihi tinggi aku, kalau berdiri betul gam2 paras kepala, tah sape buat kolam jenis dalam macam ni, mencikkk !! tak dapat berenang katak, kolam budak pun paras montot tau, kalau kecik macam Fina always kena monitor la, tak boleh biar diorang mandi sendiri.

My big Family Day
main bola air, ni semua sepupu sepapat, dah besor panjang depa, ada yg dulu macam hingusan, sekarang hensemmmm dah kou

preparation untuk birthday party, baca tahlil dengan makan2

My big Family Day

Aktiviti malam pulak, ada bacaan yasin dan buat tahlil sikit, biar bergema dengan bacaan yassin, suhhh hantu2 semua. hahaa yang hidup tetap teruskan kehidupan macam biasa, yg telah meninggal dunia jangan di lupakan. Sentiasa sedekahkan ayat al-quran. Ramai yg dah arwah termasuk 'arwah mak' malam tu suasana sayu bila part baca doa, terkesan sangat, semoga roh arwah mak di cucuri rahmat. #alfatihah

My big Family Day
sambung sambut birthday party Azreeq Sufi dengan birthday Jan - April. Gambar kek takde, semua melahap, camera simpan masuk poket.

Semua dah keletihan malam tu, selesai semua balik bilik masing2.. tido la pe lagiiii. Ada yg bukak booth jual2, lipstik la, kerongsang, minyak wangi, booth ikan bilis paket pun hader. Time ni je pon laku hahaa pembeli semua di kalangan sedara mara 😜😜😜 taknak beli pun kena paksa beli. kah2 kah2 boleh gittew

goodies bag
goodies bag untuk sepupu2 Azeq

day 1, aktiviti santai mandi kolam, masak2, BBQ, belah malam buat tahlil dengan sambut birthday party. SETTLE DAY 1

to be continue... Day 2



-zie-
18 Komentar untuk "Event family gathering My big Family Day - Day 1"

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Meriah..puas hati...baru day 1..ok next....hihi..

Wah meriahnya. Besar family awak ye. Semoga ikatan kekeluargaan terus bertambah erat. InsyaAllah

uihhhh, meriahnya haaa! seronok betul! kalau family besar IQ plak bila entohnya nak buat family day, sorang sebut lepas tu krik2..hahaha!

ok, next pliss..hehehe

seronok buat family day ...
insya alla kalau jadi, family sebelah husband pun nak buat family day,
tapi hujung tahun lah ...dorang tunggu time xmas kalau tak silap...

Seronok weh...bab2 jual barang sesama family biasa dibuat tu..

Ko punya seluar biru kat kolam tu macam sama aku punya..beli kat Tesco eh? Haha pecah lobang

Ko timbang kati tak balik rumah..takpun kat spital kannnn..

Syok tengok korang sekeluarga..

Banyak pulak perenggan aku

Nasibla kaki bebel

Hahahaha

Baca sampai habis ok.

Bestnya zie...santai habis ye

Seronok bila adik beradik sedara mara berpakat macam ni kan...

Zie tak jual apa2 ke? Rugi tau :)

syoknya berkumpul kan..macam-macam benda boleh buat...jual barang? of course lagi syok..hahhaa..

sampi day-2 je, klu lebih kelaut kang hahaa

tu la, bukan mudah nak dapat muafakat..ingt senang dapat kumpol semua macam ni, kena ada sorang kepala yg berhati kental hahaa

wow..best tu..i will wait entry tu

anis punya biru, kita punya hitam..miah2x
ehhh bukan kita beli sekali ke, time tu ada less kan kan hahaa

xsempt nak menjual, kita sebgai pembeli..dah semua menjual sape pulak nak beli kang hahaa..abih duit den

seronok la eda, amik dulu bayor kendian hahha...biasa
*lps tu mintak no.acc nak transfer hihii memasing tak bawak cash

part bakar ayam tu paling bestttt. smbil bakar smbil makan. hehe

rajin ye family Zie buat gathering..rasa macam baru buat hari tu..hehe.sepupu hensem tu kot ada yang single boleh pm tepi. kah kah

Seronok buat family gathering camnih kan.. :)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top